Monday, January 2, 2012

Rendang Daging - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :

    • Bawang Merah Kecil (dikupas kulit)
    • Kunyit Hidup (dikupas kulit)
    • Bawang Besar (dikupas kulit)
    • Bawang Putih (dibuang kulit)
    • Lengkuas
    • Cili Kering (direndam supaya lembut)
    • Serai (ditumbuk 2 kali sahaja)
    • Kerisik Kelapa
    • Santan
    • Daun Limau Purut
    • Daging Lembu Batang Pinang (dipotong kiub)
    • Air
    • Garam dan Gula



Cara-cara :

  • Kisarkan bawang merah, kunyit hidup, bawang besar, lengkuas, bawang putih dan cili kering menggunakan alat Pengisar PANASONIC.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis ahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan serai dan daging batang pinang dan biarkan masak selama 15 minit. Kacau sekali sekala agar kuah tidak hangus.
  • Kemudian masukkan kerisik, santan dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  • Biarkan mereneh dan sehingga kuah agak kering. Kacau sekali skala supaya rending tidak hangus di bahagian bawah.
  • Jika daging masih liat, tambah sedikit air lagi dan kacau sehingga air kering.
  • Apabila daging sudah masak dan lembut,masukkan garam dan gula.
  • Sedia untuk dihidangkan.



Kumpulan Merah: Imelda(Ketua), Brian, Amita, Felix

No comments:

Post a Comment