Saturday, November 12, 2011

Pic Bersama Gratine Kentang - Zamir


Bahan-bahan Itik :
  • Dada itik
  • 4 batang thyme
  • Garam secukup rasa
  • Satu sudu kecil lada hitam
  • Satu sudu kecil minyak masak
Bahan-bahan Gratine Kentang :
  • 1 kentang US
  • Krim pekat
  • Keju cheddar
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Satu sudu daun thyme
  • 1 ulas bawang putih
Bahan-bahan Sos :
  • 1 biji buah pic
  • 1 biji oren
  • Halia saiz ibu jari
  • Satu ulas bawang putih
  • Garam dan lada secukup rasa
  • Satu sudu kecil daun thyme
  • Sedikit gula
  • Satu sudu mentega
Bahan-bahan Bayam :
  • Dua genggam bayam kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • Satu sudu kecil minyak masak
  • Satu sudu kecil mentega
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Memasak Itik :
  • Pecahkan sedikit lada hitam tersebut dan taburkan di atas kulit dada itik.
  • Taburkan garam di atas kulit juga dan letakkan thyme.
  • Kemudian panaskan kuali sehingga berasap dan letak minyak pada itik.
  • Kecilkan apidan masukkan itik pada bahagian kulit di bawah dan masak selama 7 minit.
  • Keluarkan itik dari kuali dan masukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit.
Cara-cara Memasak Gratine Kentang :
  • Potong dan hiris kentang sederhana besar dan rebus di dalam air mendidih selama 5 minit.
  • Campurkan krim, keju cheddar, garam, lada, daun thyme dan bawang putih ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  • Lapiskan kentang ke atas tulang, letakkan satu sudu campuran tadi ke dalam setiap lapisan sebanyak 5 lapisan.
  • Taburkan juga sedikit keju cheddar pada setiap lapisan.
Cara-cara Memasak Bayam :
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
  • Masukkan mentega dan masukkan bayam.
  • Letak garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment