Tuesday, January 31, 2012

Kari Asam Pedas Ikan Kerisi


Bahan-Bahan

Seekor ikan patin sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh diganti dengan ikan lain seperti tenggiri, ikan merah, pari dsb nya) - Nur gunakan ikan kerisik
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai, diketuk
lengkuas, dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesom

Cara-Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur
hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
5. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
6. Perasakan dengan garam & gula. (Nur tak bubuh gula)

Stir Fry Black Pepper Crayfish - Udang Karang/Lipan Lada Hitam


Bahan2nya
1.5kg Udang Karang/Lipan - dibersihkan dan dibelah dua
2 sudu lada hitam
2 sudu besar biji ketumbar
1 inch halia
Bahan diatas ditumbuk hingga lumat bersama 1 sudu besar gula
1 biji bawang besar di hiris
3 ulas bawang putih dicinchang
1 batang serai
3 sudu besar tepung KFC
Garam & gula secukup rasa
Minyak Conola/Sayur untuk goreng

Cara2nya
Gaulkan bahan2 yang di tumbuk pada Udang dan tepung KFC, letak sedikit garam.
Panaskan minyak dikuali biarkan ia benar panas. Masukan sebatang serai dan masukan Udang Karang/Lipan yang sudah diperap dengan rempah lada hitam. Gaulkan supaya semuanya digoreng rata. Letakan bawang yang sudah dihiris. Gorengkan selama 10 minit. Udang masak apabila isi nya berwarna putih dan kulit nya merah. Sajikan panas bersama nasi putih dan juadah lain

Peach Trifle Pudding


Bahan bahannya

1 batang swiss roll mocha ( atau apa apa perisa pun boleh )
1 tin buah peach
Serbuk agar agar ( sy guna brand swallow warna hijau )

Bahan utk kastard

1 tin susu cair
1 mangkuk kecil ( size tafufa ) air
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard

Caranya

Kek dipotong dan disusun kedalam bekas
Basahkan kek dengan sedikit air buah
Campurkan 4 sudu tepung kastard kedalam air
Masak susu cair dan gula.
Biarkan ianya reneh sebentar
Masukkan kastard tadi dan masak hingga pekat
Matikan api dan tuang diatas kek
Biarkan ia sejuk sebentar
Kemudian susun buah peach yg telah dipotong
diatas kastard tadi
Masak agar agar mengikut arahan yg tertera dipacket tersebut
Apabila masak tuang keatas kek tersebut
Biarkan ia sejuk sebentar kemudian masukkan ke dalam peti ice
Enak dimakan sejuk

** Jika anda tidak suka buah peach, anda boleh tukar ke buah lain
Saya guna agar agar jenama swallow kerana ianya cepat mengeras

Rusuk Kambing Hitam Manis


Bahan2nya,
1.5kg Daging & Rusuk Kambing, dibersihkan dan direbus dengan halia dan bawang putih dan daun pandan.

1 sudu teh biji serbuk Jintan Manis & putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh biji ketumbar
3 ulas bawang putih
1 inch halia
Bahan2 di atas ditumbuk lumat

2 biji bawang besar di hiris
1 batang kayu manis
4/5 lima biji buah pelaga
1/4 biji cengkih
1 bunga lawang
1/2 cawan kicap manis
1 batang lobak merah (dipotong kasar2)
1/2 cup of water
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar bawang merah goreng
Minyak masak Canola/Sayur

Cara2nya.
Panaskan periok atau kuali wang besar masukan rempah yang di tumbuk dengan bawang besar dan rempah kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang. Bila bawang lembut dan rempah sudah wangi aromanya masukkan daging rusuk yang sudah direbus. Gaulkan hingga sebati tuangkan air dan kicap manis. Masukan garam dan gula secukupnya. Masak hingga daging empuk. Letak air daging jika perlukan kuah yang lebih. Kuah nya jangan terlalu cair. Masak hingga ia kurang ikut cita rasa. Rasa kuah nya. Taburkan bawang goreng dan tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi berempah, Nasi Tomato/Bukhari, Nasi Mentega......Boleh diletakan kentang goreng juga

Nasi Tomato


Bahan2nya
1/2 kg Beras Basmati (Biryani) - direndamkan beras selama 20mins
2 biji bawang besar - dihiris2
10 biji bawang merah - hiris
1 botol kechil - Tairu biasa /Yogurt plain
2 tin tomato buah (sederhana)
2 biji tomato dipotong dadu kasar2
1 tin kechil tomato puree
3 helai ketumbar - dipotong kasar
1 genggam duan pudina (petik duan2nya)
3 akar duan ketumbar - ditumbuk lumat dengan bawang putih
4 ulas bawang putih - ditumbuk dengan akar ketumbar
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
8 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari
5 sudu bawang goreng
3 ikat daun pandan
2 cawan stok daging / ayam
Garam secuckup rasa
1 tin sederhana Minyak sapi atau Mentega & 3 sudu besar minyak masak

Cara2nya
Panaskan minyak diperiok yang, masukan bahan2 bawang hiris, bawang putih, akar ketumbar, rempah (4 kawan) daun pandan, tomato buah, tin & puree dan yogurt. Goreng bahan2 nya hingga bau harum, letakan garam secukup rasa. Masukan beras dan gaulkan pelahan supaya sebati. Bubuhkan daud ketumbar & daun pudina. Tuangkan air stok daging/ayam cukup untuk menanak nasinya.
Tutup periok biarkan nasi nya masak. Gaulkan nasinya semasa separoh masak.
Bila sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar diatasnya. Sajikan dengan lauk pauknya

Honey Garlic Chicken Wings


Bahan2
1/2 cwn tepung gandum
Sedkt black pepper
Sedkt garlic powder
1/4 sd kecil paprika
1/4 sd kecil cayenne pepper(serbuk lada)
1/4 sd kecil garam
Gaul sebati, coat the chicken wings. Letak dlm peti sejuk at least 1 jam, kalau tdk tepung x lekat kat chicken wings.
Then ready to deep fry. Goreng sampai garing.

Sos:
1 cwn "Diana" Honey garlic sauce (blh guna jenama lain)
Saya modified dgn adding 2 sd bsr gula & 1 sd bsr kicap cair. Masak atas api kecil sampai gula larut.
Finally tuangkan sos ke chicken wings & gaul sampai rata.
Siap blh ratah!

Roti Jala


Bahan2
4 cwn tepung gandum
3 1/2 cwn santan cair
1 bj telur
2 sudu besar myk jagung
1 sudu teh garam
1/2 cwn susu cair

caranya
1 kan semua bahan di atas smpi sebati
setelah siap d bancuh masih ada ketulan tepung
blh lah di kisar mgunakan blender
bahagi kan kepada 2 bahagin jikalau n mmbuat 2 kale
kemudian msukan ke dlm botol acuan dn blh lah d kirai kan..
saya guna kuali non stick so x pyh pki myk..
setelah siap kirainya blh lah d hdgkan dgn kari ayam or daging.

Ayam Ros Pandan


Bahan-bahan:

  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan kisar halus:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Sushi

ini laa rupa beras sushi


Bahan2 (blh dpt 4-5 gulung sushi sblm kerat kecik2):

  • 1 1/2 cawan beras sushi (jgn guna beras lain lak)
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan rice vinegar (cuka)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • seaweed (me guna yg gmbr kt sebelah nih)

filling
  • carrot- potong panjang2
  • timun- potong panjang
  • telur- dadar n potong panjang jugak (me campur mayonis)
  • tuna
  • crab stik
  • salmon- kalu jumpa laa
Sauce
  • light soy sauce
  • wasabi
  • 3 sudu besar mayonis + 1 sudu light soy sauce

Cara2:
  • Masak beras dgn 2 cawan air (mcm masak nasi biasa).
  • Campurkan rice vinegar, garam, dan gula, n masak atas api yg perlahan sampai gula hancur.
  • Tunggu nasi sushi tu suam2 sket, n tuangkan campuran cuka td dlm nasi. gaul dgn hebatnyer sampai sebati.

  • Letak seaweed atas papan gulung sushi. pastikan dh alas ngan plastik papan tu, nnti nasi melekat kt celah2 lubang dia, susah nk basuh.
  • Ratakan nasi sushi atas seaweed tu, tekan2 sampai mampat (xnak nnti dh potong dia relai).
  • Letak filling kesukaan kt hujung, dan gulung kemas. me letak gmbr demo kt bawah nih.
  • dah siap gulung, boleh laa kerat2 ikut ketebalan yg sesuai. pastikan pisau tajam, ye. nnti potongan x cantik. pastu lap bersih pisau dgn kain lembap every now and then, sbb beras tu suka melekat2 kt pisau.
  • Siap!! blh makan ngan sauce yg disukai. me suka cicah ngan mayonis+light soy sauce ^^


Laksa Johor


Bahan-bahan :
spagetti - 1 bungkus pn dh cukup
1 biji timun - di potong kecil2
50 sen tauge - di bersihkan
1 biji bawang besar - dimayang
telur rebus - tknk letak pn tkpe..suka hati..
5 tangkai daun kesom
3 keping asam gelugur
ikan parang 1 kilo - kakcu guna ikan selayang 8 ekor
santan1/2 kilo
kerisek rm 2
lada kering rm 1 - dikisar
udang geragau 1 cawan (cuci bersih) - dikisar
4 biji bawang merah yang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
serai 2 btg - dikisar
lengkuas sebesar ibu jari - dikisar
1 peket kecil rempah kari ikan adabi
garam, serbuk perasa,..minyak untuk menumis...
limau kasturi
 
cara2nya:
ikan direbus ambil isinya..tulangnya di blend..ambil airnya..isi ikan pun diblend halus...
udang gergau di blend
lada kering+bwg putih/bwg merah+belacan+serai+lengkuas+diblend sampai halus
masukkan sekali rempah tadi dgn udang geragau yg telah diblend.
tumiskan sampai naik baunya...masukkan isi ikan dan airnya....kacau lagi masukan garam n serbuk perasa....masukkan santan n kerisik...masukkan asam keping n daun kesom
suaikan sesedap rasa ikut cita rasa sendiri...

spagetti direbus...masukkan sedikit butter/minyak.
toskan & cuci.

cara menghidang.
masukkan spagetti dlm mangkuk, masukkan toge, masukkan timun,telur rebus n masukkan bawang.
masukkan sambal belacan..perahkan limau kasturi..masukkan kuahnya.
lepas tu..apa tunggu lagiiii..makan laa...;))

Cream Puff


CREAM PUFF
100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

-Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
-Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
-Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
-Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
-Tepung gandum di ayak
-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 
-Masukkan adunan ke dalam piping bag.
-Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
-Pipe kan ke atas dulang
-Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
-Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
-Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

-Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
-Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
-Masukkan telur dan kacau lagi. 
-Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
-Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
-Masak sehingga pekat. 
-Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
-Ulang sehingga pekat.
-Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

-Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
-Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Puding Pisang


Bahan2
6 biji pisang
gula 5 sudu besar (agak2 manis)
tepung kastard 3 sudu besar
2 cawan santan
1 cawan air
garam 1 sudu kecil (secukup rasa)

cara2
masak gula dgn air sampai gula cair
masukan pisang kacau lebih kurang 5minit masukan garam
tepung & santan kacau sebati & tapiskan kedalam periuk pisang
kacau hingga pekat dgn api perlahan......bila dah pekat boleh masukan dlm loyang....sejukan dlm peti sejuk...sedap dimakan semasa sejuk

'Rainbow' Stir Fry Chicken with Mixed Vegetables & Cashew Nuts - 'Pelangi' Ayam bersama sayur2an & gajus goreng.


Bahan2nya
400gm Dada ayam di potong dadu2.
1 biji bawang besar - dipotong kasar
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
2 batang lobak merah - dipotong serong
1 paket baby corn - dipotong serong
1 kuntum sayur broccoli - dipotong kasar2
1 biji cili kapsikum - di potong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu besar kicap manis pekat
Segenggam gajus goreng
Air sedikit (1/2 cawan) sebagai kuahnya.
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng - hiasan

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, masukan bawang besar, halia dan bawang puih. Bila bawang mula lembut masukan ayam, gaulkan dan biarkan sebentar. Kemudian letakan sos tiram, kicap & sos ikan dan air. Gaulkan supaya sebati. Masukan sayuran2nya. Rasa kuah nya, leakan garam secukup rasa.Tutup kuali sementara supaya sayuran nya stim di kuali. Buka tutup kuali dan letakan gajus goreng. Taburkan bawang goreng. Sajikan bersama nasi panas.

Ayam Panggang Tandori


Bahan2nya
1 kg Peha Ayam - dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek - halba
1 paket tairu biasa
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya - ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih - ditumbuk halus/kisar
1 inch halia - ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
2 biji lemon - perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris tipis (optional - dipanggang bersama ayam dikuali grill)

Cara2nya
Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk2 kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat. Gaulkan pada peha2 ayam. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 - 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas - 1 jam. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C - 200C. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C - 160C. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda2 bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi & kari ikan atau kari sayur2an

Puding Roti dengan Sos Berkrim Lemak Manis


Bahan2nya
1 bantal roti - disiat2 kechil
1 paket santan kotak - 250ml - 300ml
8 sudu gula pasir
1 sudu teh Essence of Vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)
4 biji telur
2 sudu besar mentega (salted)
3 sudu besar buah Kismis &
8 keping buah apricot kering - dihiris
1 sudu besar icing sugar - (Unuk ditaburkan diatas roti)

Cara2nya
Letakan roti yang sudah dikoyak kechil kedalam basin, rendamkan dengan santan, gaulkan bersama gula pasir. Kemudian tuangkan telur yang sudah dipukul, bersama gula, serbuk buah pala, kayu manis sedikit & mentega, kismis, apricot yang dihiris2 & Essence of Vanilla. Gaulkan semua didalam basin. Kemudian angkat dan letakan di dalam mangkuk kukusan casorul. Ambil satu lagi dulang pembakar letakan air. Acuan Roti diletakan di atas dulang tersebut. Kemudian panaskan oven kesuhu 180C. Letakan dulang tadi didalam.Set kan masa selama 20mins atau bila roti berwarna keemasan di atas. Letakan icing sugar diatas puding roti, kemudian disajikan bersama sos krim lemak manis.

Bahan untuk Sos-nya
1 Tin susu Cair Carnation
3 sudu besar gula
1 1/2 mentega
2 sudu besar tepung gandum

Cara2nya.
Cairkan mentega di periok kecil, tuangkan susu cair dan masukan gula. Gaulkan supaya sebati. Letak 2 sudu besar tepung biasa kedalam sos kacaukan sehingga ia pekat sedikit.

Makaroni Pedas Daging & Udang


Bahan2nya.
1 paket pasta Macaroni - 500gm - rebus dan ditoskan, ketepikan
150gm daging cinchang atau hiris
1 biji bawang besar dikisar atau potong dadu kechil
2 ulas bawang putih dikisar atau hiris
1 cili hijau & merah - dipotong hiris
1 biji tomato buah diporong dadu kechil
3 sudu besar tomato sos/ketchup
1 lobak merah dipotong hiris/dadu kechil
3 sudu besar cili kisar
1 cub knorr - ikan bilis (atau)
2 sudu besar udang kering & ikan bilis - ditumbuk halus.
1/2 cawan air
Daun sup & bawang - dipotong kasar2
2 sudu besar bawang goreng
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak - Canola/Vegetable
Timun potong - ulam sampingan

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan bahan2 yang dipotong/kisar dan cub knorr, bila ia besati, masukan daging hiris/cinchang. Goreng untuk seketika hingga Daging nya masak letakan tomato potong & tomato sos, tuangkan air sedikit. Masukan macaroni dan gaulkan dengan sos daging. Taburkan daun sup & bawang bersama bawang goreng. Letak garam & sedikit gula secukup rasa. Sajikan panas bersama timun potong & tomato sos.

Baguette Ayam Mayo & Keju


Bahan2nya
2 Roti Perancis - Baguette - dibelah dan keluarkan isi putihnya
2 Keping Dada Ayam - Dihiris
1 biji bawang besar Jepun - di hiris tipis
1 buah Tomato - dihiris tipis wedges
1 batang Lobak Merah, dihiris tipis - bulat
3 sudu besar Mayonaise
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
Secubit lada hitam
Jus Lemon
Garam secukup rasa
2 sudu besar mentega/Minyak masak (Canola/Sayur)

Mozzarella cheese - untuk toppingnya

Cara2nya
Panaskam mentega di kuali, gorengkan bawang besar, lobak merah & tomato.
Bila bawang lembut masokan ayam hiris, gaulkan hingga sebati. Letakan rempah serbuk, garam secukup rasa.Masukan mayonaise dan gaulkan bersama daun sup. Bila ayam masak tutupkan api.

Belahkan roti baguette, jangan sampai terputus, keluarkan isi putih nya. Letakan sos ayam diroti anda dan kemudian taburkan cheese Mozzarella di atas sos ayam. Panaskan oven ke suhu 160C, grill diatas. Bakar untuk 15mins atau hingga cheese nya masak, warna keemasan kunning. Di makan panas2 bersama minuman panas.

Bingka Ubi Kayu


Bahan-Bahan:

* 4 cawan ubi kayu yang telah diparut
* 2 cawan santan
* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan
* secubit garam
* sedikit pewarna kuning
* 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
* Loyang berlubang ditengah

Cara membuat:
* Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
* Campurkan semua bahan hingga sebati.
* Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
* Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
*Sejukan baru dipotong.

Ayam Panggang Madu III - Kayu Manis, Rosemary & Ketumbar


Spicy Honey Grilled/Roasted Chicken with Cinnamon, Rosemary & Coriander Spices.

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan gosokan dengan garam sedikit
30gm madu
Serbuk Kayu Manis
Serbuk Ketumbar
Rempah Duan 'Rosemary'
Minyak Zaitun/Canola/Sayuran untuk sapu pada ayam

Bahan untuk rebusan
1 batang kayu manis
1 biji rempah bunga lawang
Sayur campuran - lobak merah & sayur seleri

Cara2nya
Rebuskan sekor ayam di dalam periok yang sederhana, letakan rempah ratus
kayu manis and bunga lawan dan sayur2an campuran. Rebuskan ayam 3/4 masak dan dikeluarkan. Biarkan is sejuk dan sapukan dengan rempah serbuk
kayu manis, ketumbar, madu & dedaun Rosemary. Masukan ayam didalam oven dan panggang selama 20mins. Air rebusan boleh dijadikan sup ayam.
Letakan ayam atas dulang pembakar setiap 10mins di pusing supaya rata dipanggang. Suhu oven 140C 'Grilled setting. Sajikan bersama cili kisar, jus limau & bawang putih ditumbuk



Nasi Goreng Ramadhan


Bahan2nya
4 manggkuk Nasi putih
15 ekor udang segar - dibuangkan kulit dan uratnya
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 cili hijau - dihiris serong
1 cili merah - dihiris serong
2 ulas bawang putih - dicinchang halus
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar - Sayur2 campuran - peas,carrot,jagung
Garam secukup rasa
Daun sup-dipotong halus
Bawang merah goreng
Minyak masak (canola/sayur)

Bahan Taburan-nya (Topping)
Ikan bilis goreng
1 cili hijau - dipotong serong
1 cili merah - dipotong serong
Daun Sup & Timun hiris

Cara2nya.
Panaskan minyak, masukan bawang2 dan cili hiris, bila ia mula lembut, letakan sos tiram dan nasi putih, sayur campuran dan udang segar. Gaulkan hingga sebati. Buhuhkan bawang goreng dan daun sup. Sedikit Kicap manis(optional).
Siapkan 2 biji telur, dipukul dalam mangkuk, tepikan nasi ketepi dan letakan sedikit minyak. Tuangkan telur dan biarkan ia goreng sebentar. Kemudian gaulkan telur kenasi goreng anda. Beraikan nasi supaya tidak melekat kepada telur. Sajikan panas2, bersama ikan bilis goreng,cili daun sup, timun hiris dan bawang goreng.

Anda pun boleh meletak bahan2 lain macam sotong, bebola ikan dan daging hiris tipis atau daging cinchang. Kalau hendak meletak daging letak halia hiris dan sos lada hitam.

Shashuka - Masakan Timur Tengah


Bahan2nya
500gm daging kambing Cinchang
2 lobak merah di potong dadu kechil
2 biji tomato dipotong dadu kechil
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 chili hijau dipotong hiris
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang inch kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inch halia - ditumbuk halus
2 helai daun ketumbar dipotong halus.
4 biji telur
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi gee/mentega
Minyak masak (Canola/Sayur)

Cara2nya
Daging kambing cinchang digoreng dahulu dengan minyak sapi, rempah kayu manis, serbuk ketumbar, jintan manis, kunyit, sedikit garam dan lada hitam, kemudian ditepikan. Keluarkan kayu manisnya.

Panaskan minyak masak di kuali, masukan bawang besar,bahan yang ditumbuk halus dan kayu manis. Bila bawang mula lembut, masuk daging goreng, lobak merah, cili hijau dihiris, daun ketumbar, bawang merah goreng dan tomato dadu. Gaulkan hingga sebati. Letakan garam secukup rasa. Bila masakannya masak, angkat dan tuangkan dimangkuk pembakar (cassarole) buat 4 lubang kechil. tebal inti daging lebih kurang 1 inch, dibahagian itu di masuk telur kedalamnya. Panaskan oven dan bakar selama 10min hingga telur nya masak.
Sajikan panas, dimakan dengan belbagai roti2. Chapati,Roti Peranchis, Roti putih biasa, Roti Naan

Daging Goreng Kicap Lada Hitam


Bahan2nya
300gm Daging Sapi, dihiris tipis
1 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumabar
1 biji bawang besar dihiris atau kisar
2 ulas bawang putih dihiris atau kisar
1/2 inch halia - dihiris atau kisar
1 batang cili hijau di hiris
1 batang cili merah di hiris
1 lobak merah dipotong dadu kasar2
1/2 inch kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 cawan kicap manis
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Bawang merah goreng - bagai khiasan
Minyak untuk menumis

Cara2.
Panaskan minyak dikuali, masukan bahan hiris / kisar, bawang halia, rempah ratus dan bahan serbuk lada hitam, ketumbar & jintan halus. Biarkan sebentar hingga baunya naik. Masukan Daging hiris dan gaulkan dengan rempahnya. Tuangkan sedikit air dan 1/2 cawan kicap manis. Letakan lobak merah dan gaulkan, garam dan gula secukup. Biarkan ia mendidih and masak. Sajikan dengan taburkan bawang merah goreng.

Ayam Masak Merah


Bahan2Nya.
Ayam Sekor di potong 12 atau 16 - digoreng dengan kunyit & garam
10 biji gajus di goreng dan dikisar
2 bawang besar - dikisar / di potong bulat
3 helai daun ketumbar - dipotong kasar, ambil akarnya dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inch halia - dikisar
3 sudu chili kisar (tanpa cuka)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari
3 sudu serbuk masak merah (kalau ada)
2 biji buah tomato dipotong dadu
1 batang kayu manis
4 biji rempah buah pelaga
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan-diikat rapi
1 tin sederhana tomato puree
2 sudu besar bawang goreng
Air cawan
Garam & gula secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis & goreng ayam.

Cara2nya
- 2 biji ubi kentang - dipotong tebal hiris - digoreng sebagai khiasan
- Ayam digoreng dengan kunyit & garam, ditepikan.
Panaskan minyak di periuk, masukan bahan2 dikisar, serai, serbuk2 rempah & rempah ratus. Bila ia mula berbau harum letak daun pandan, cili kisar, tomato buah & tomato puree. Tuangkan sedikit air dan ayam goreng yang sudah di goreng tadi. Tuangkan air dan gaulkan ayam dan kuah merah supaya sebati. Bubuhkan garam dan gula. Lebihkan gulanya ikut cita rasa anda. Biarkan ayam nya masak hingga empuk. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar sebagai khiasan. Boleh disajikan dengan nasi putih, nasi minyak & nasi berempah yang lain bersama daun salad, begedil, acar & paceri, kerabu timun/mangga muda dan lain2 lagi

Udang Goreng Kunyit Masam Manis


Bahan2nya
400gm udang - dibersihkan buangkan hujung kepala dan ekor
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cili hijau - dihiris
1 chili merah - dihirs
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 mangkuk air assam - atau jus limau
Garam dan gula secukup (lebihkan gula untuk memaniskan kuahnya)
Minyak untuk menumis
Daun bawang dan bawang goren untuk Khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak dikauli. Masukan bahan2 yang dihiris, bila lembut
Masukan Udang, air assam, kunyit, garam & gula.Gaulkan rata2 supaya sebati.
Rasa kuahnya ikut cita rasa. Kuah harus ada pedas,masam & manis. Sajikan bersama daun bawang dan bawang goreng.

Sotong Goreng Mentega


Bahan2nya
4 ekor sotong segar(Siz besar)- dibersih dan dipotong hiris2.(rings kechil)
2 cawan tepung jangung(Corn Starch)
1 sudu teh garam
2 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh kunyit
1 sudu besar mentega
Minyak untuk mengoreng

Cara2nya
Sotong hiris harus kering dan tak berair/basah. Letak 2 cawan tepung di mangkok yang besar, letakan serbuk paprika,serbuk kunyit, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Masukan sotong dalam mangkok dan gaulkan dengan tepung dan mentega. Panaskan minyak di kauli untuk mengoreng. Letakan sotong bertepung kedalam kauli. Goreng dalam 8-10hiris keping sotong dahulu, jangan tuangkan semua sotong sekali gus. Biarkan ia garing di kuali baru angkat

Begedil Daging


Bahan2nya
1/2 kg Ubi Kentang - dihiris dan digoreng hingga masak
150gm daging cinchang - digoreng dengan sedikit serbuk ketumbar dan garam
Segenggam daun sup - dicinchang halus
4 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
Garam & serbuk lada hitam
Minyak untuk mengoreng (Canola/Sayuran)

Cara2nya
Leyetkan kentang yang digoreng. Kemudian, gaulkan dengan daging goreng,
bawang goreng, daun sup, garam & lada hitam dalam mangkuk yang besar. Pecahkan sibiji telur dan gaulkan sampai sebati. Ambil sedikit kentang yang digaulkan dan membuat bebola mengikut cita rasa siz nya.
Pecah dan cacaukan sebiji telur lagi untuk dibuat sebagai coating pada kentang yang dibuat bebola. Buatlah sampai habis. Panaskan minyak di kuali untuk mengoreng begedilnya. Disajikan dengan masakan sampingan lain.

Mee Rebus


Bahan2nya (Kuah Mee Rebus)
3 Biji Ubi Keledek Oren (Sederhana Besarnya)
2 Biji Ubi Kentang (Russell Potatoes)
250gm Daging Tetel - dihiris2
3 Ulas Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
2 inch halia.
Bawang & halia (di kisarkan)
4 sudu besar taucu
2 buah tomatoes di potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
1 kuib knor ikan bilis
4 sudu besar udang kering kecil / atau Udang kering grago)
1.5 mangkok air assam
Minyak memasak
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya
Rebus keledek dan Ubi Kentang hingga masak dan lehyitkan Panaskan minyak, goreng rempah yg di kisar, bila bangkit, masokan daging tetel. Goreng untuk sementara, masokan Kari daging dan di kacau hingga sebati. Masokan tomatoes di potong dadu kecil, 1 kuib knor ikan bilis, air 3 cawan besar. masokkan taucunya. Bila air mula mendidih masokkan Keledek & kentang yg sudah di lehyitkan. Gaulkan sampai keledek itu pekat. Ambil udang kering grago, di basoh dan di tumbuk halus, masokkan ke dalam kuah, di kacaukan kuah nya selalu supaya, keledek di dalam tidak melekat di bawan periuk.Masak hingga daging nya empok. Letak garam dan gula secukup rasa.

Bahan2 lain,
1 kg Mee Kunning
100gm Taugeh
2 puchok Daun Sup - hi potong kasar2
Limau Kasturi - di belah dua
Chili hijau & merah di hiris
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah dua
Kicap manis


Kerabu Sotong + Mangga Muda


BAHAN-BAHAN
1 biji mangga (di sagat halus2)
5 ekor sotong saiz kecil (di potong & di rebus)
3 ulas bwg merah (di hiris)
3 helai daun limau purut (di hiris)
4 btg serai (di hiris)
3 sudu gula
air perahan limau nipis (di ambil dari 2 biji limau nipis)
garam secukup rasa
sedikit kacang tanah (di tumbuk)
1 sudu teh sos ikan

CARA-CARA
1. Gula + Garam + Air perahan limau nipis di kacau hingga gula hancur.

2. campur semua bahan dan rasa ikut citarasa masing2.

selamat mencuba

Lemak Tauhu, Udang & Kacang Buncis


Bahan2nya
300gm Udang Hidup (Fresh Prawns) - Bersihkan dan buangkan kulitnya.
1 biji bawang besar
1 batang cili hijau - dipotong hiris
1 batang cili merah - dipotong hiris
2 ulas bawang putih - dipotong hiris
1 paket - santan kechil
250gm kacang buncis (French bean) - dipotong selang hiris
2 keping tauhu biasa - dipotong dadu2.
1 cub knorr ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak (Canola/Vegetable Oil)
Fried Shallots for garnish

Cara2nya
Panaskan periok, letak minyak sedikit. Goreng bawang dan cili. Bila ia lembut
masukan air, untuk kuah nya, 3 mangkok.Kemudian masukan knorr dan santan.
Bila menideh, masukan udang, tauhu & sayur buncis. Bubuhkan garam and sedikit lada putih. Bila udang masak, tutup apinya.Rasa kuahnya. Ready to serve. Sprinkle some fried shallots as garnish.

Homemade Roti Capati


Bahan2nya
450gm Tepung Gandum (Wheat flour)
1 1/4 cawan air suam panas (tepung mesti di uli supaya mampat dan lembut)
Minyak Gee/Mentega
Garam secukup rasa


Cara2nya
Capurkan garam ke tepung, sesudah itu tuangkan
air suam panas ke-tepung. Gaulkan supaya sebati. Rengiskan dan gaulkan sedikit minyak gee/ mentage kepada tepung supada ia tidak melekat. Ulikan adunan itu beberapa minute, roti cheppati mesti merasa lembut bila anda menekan nya.Tepikan untuk 1/2 jam, tutupkan dengan kain basah.

Potong atau cubit tepung yang di uli dan bahagikan kepada 4 bahagian. Setaip satu di buat bebola bulat dan tekan sedikit dan di tepikan.

Siapkan kuali yang rata. Panaskan kuali dengan api sederhana.
Ulikan roti sehingga tipis dan rata. Letakkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Letakkan roti diatas kuali biarkan sementara. Balikan roti bila sebelah sudah bertukar warna choklat. Tekan keliling roti pelahan lahan, roti akan mula gelembong. Angkat dan sapukan dengan minyak sapi. Boleh di saji panas keema atau Dhal Cha kari

Mee Siam Asli


Bahan2nya
Satu packet Mee Hoon - direndamkan dahulu kemudian di toskan.
Rempahnya
3 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
4 sudu besar towcho
5 sudu besar cili kisar (gunakan chili kering di kisar)
2 sudu besar udang kering
Bahan2 semua di kisar halus.
garam & gula (secukup rasa)
Air Assam (semangkok)
Semangkok santan (...asingkan semangkok santan pekat) atau (1 kotak - santan kara, gunakan separuh saja dulu.)
Bahan2 untuk sajian atas mee siam
5 biji Limau Kasturi
Tahu dipotong kechil dan di goreng
Daun Kuchai - di potong kechil2
Udang hidup - 500gm (di goreng dengan kulit nya di tepikan) Kepala udang dikisar halus. Perahkan jus air udang ke dalam mangkok untuk di campurkan dengan rempah untuk di masak sama.
4 biji telur rebus (di potong empat)
Sedikit Taugeh
Bawang goreng
Memasak-nya
Goreng rempah sampai wangi, bersama jus udang.
Bubuh setengah mangkok santan pekak.
2 cawan air,
Gula & garam secukup rasa.
Bila menidih(bahagikan dua) 1/2 untuk kuah nya.
Tambahkan santan cair, cili dan 3 cawan air kepada kuali / periok
garam dan gula (secukup rasa)
Kuah sudah menidih, buburkan mee hoon & taugeh, gaulkan sampai sebati.
Mee Hoon akan meresap kuah tadi menjadi merah jambu.
Bubur separuh udang hidup kedalam mee hoon, sedikit daun kuchai, di gaulkan.
Rempah untuk kuahnya,
masakkan semula 1/2 rempah kuah tadi, tambahkan santan cair,
3 cawan air dan 1 assam keping bersama chili kisar(2 sudu besar)
garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga menidih.

Mee Siam di sajikan bersama udang hidup, taburan daun kuchai, bawang goreng dan tahu goreng, 2/3 sudu besar kuah.
Letak 1/2 biji telur rebus dan limau kasturi.
Perah jus limau untuk membangkitkan rasa-nya.
Sedikit Sambal tumis jika perlu

Ayam Bakar 101 Rempah


Bahan2nya
2kg Kepak Ayam dibelah dua
1 1/2 inch Halia
1 1/2 inch Lengkuas
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 helai daun ketumbar dengan akarnya
Bahan diatas untuk dikisar
3 sudu besar chili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk 'Thyme'
1 sudu teh serbuk daun 'Rosemary'
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak 2 sudu besar

Cara2nya
Ayam yang sudah dipotong dua dibahagikan dua, (Kepak dan Drumlets)
Gaulkan rempah yang sudah dikisar dengan rempah serbuk. Gaulkan hingga sebati. Letakan minyak dan gaulkan ayam nya. Bahagikan dua bungkusan dan diperam dipeti sejuk. Peram lebih kurang 3 jam. Bila hendak dibakar/Grilled panaskan oven dahulu. Masak selama 30min, atau hingga ayam nya masak ikut cita rasa.

Panduan : Panaskan oven / oven toaster kesuhu 160C, setting 'Grilled'. Set 'Alarm' nya ke 30mins.


Daging Goreng Ketumbar Jintan


Bahan2nya
1kg Daging goreng (kambing atau lembu) di hiris tipis.
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh biji Jintan Manis
1 inch halia
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa, lebihkan supaya merasa manis-nya
Kicap manis 2 sudu besar
Minyak masak - 1/2 cawan
1 biji bawang besar(jepun) di hiris bulat2 - Oinion Rings
1/2 cawan air

Cara2nya
Goreng biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins saja atau bila bau nya keluar.Tumbuk rempah bersama halia dan bawang putih dan sedikit garam & gula. Sampai halus. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk, kunyit/ketumbar & jintan halus. Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi).Goreng daging yang berempah tadi,masukkan 1 batang kayu manis & 3/4 biji buah pelaga.Kacaukan daging supaya garing.Masukkan air dan biarkan daging di kauli dengan api yang sederhana.Buburkan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula supaya rempah dan daging merasa manis sedikit. Sajikan dengan kentang goreng

Sambal Pais Udang



Resepi Rempah Pais nya. (Udang & Ikan)
Bahan2nya - Ingredient
1 biji bawang besar - Large Onion
1 1/2 in lengkuas (Galangal)
15-20 ulas cili api - chili padi (atau 6 sudu besar - Chili kisar - Chili Paste)
1 inch halia - Ginger
2 batang cili merah - Fresh Red Chili
3 ulas bawang putih - Garlic
20 ulas bawang merah - Shallot
Semua bahan2 diatas dikisar - All the above to be blended into paste
1 helai daun kunyit - Tumeric Leave
6 helai daun limau perut - Kafir Lime leave
Garam & gula secukup rasa
2 tbspn minyak masak - (Canola/Vegetable)

Cara2nya :-
Panaskan minyak di kuali di api sederhana. Masukan rempah yang sudah dikisar. Goreng sampai ia mula kering. Masukan daun kunyit yang dikoyak kedalam. Bila bau aroma ia naik. Tutupkan api dan biarkan lauk sejuk sebelum di gaulkan kepada Ikan & Udang untuk dibungkus. Letakan daun limau perut yang dihiris sebelum Ikan atau Udang dibakar atau kukus di oven.



Bihun dan Sup Bebola Daging


Bahan2nya
1 paket Bee Hoon putih - di rendamkan supaya lembut
1 paket bebola daging
1 bawang besar Jepun - dipotong dadu
2 lobak merah - dipotong dadu
2 ubi kentang - dipotong dadu
2 tbspn - bawang merah goreng
1 sudu teh serbuk - jintan halus
1 sudu teh serbuk - ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 cawan air
1 kub knorr - ikan billis
1 inch halia - dipotong tipis atau di titik saja
2 ulas bawang putih - dipotong hiris
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Garan & gula secukup rasa
2 pucuk daun sup - dipotong kasar
1 pucuk daun bawang - diptong kasar
Minyak untuk menumis. (minyak Canola/Vegetable)

Sosnya
Sos Kicap manis
2 batang chili atau Chili api - dihiris atau dipotong dadu.
Perahan Jus Limau

Cara-nya
Panaskan minyak diperiok, masukan bahan2 yang disiapkan di atas, bawang besar,halia, bawang putih. Bila lembut masukan 3 cawan air stok atau 1 cub knorr dengan 3 cawan air. Masukan lobak merah & ubi Kentang yang dipotong dadu, masukan daging bebola an biarkan ia masak. Bebola daging akan timbul bila ia sudah masak. Masukan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Garam & gula secukup rasa. Rasa kuahnya mengikut cita rasa.

Bee Hoon puith harus dicelurkan kedalam air mendidih selama 1min. Tos dan sajikan dimangkok. Letakan beberap bebola daging dan sajikan kuah nya di sebuah mangkok lain. Taburkan bawang goreng kepada sup sebagai khiasan. Anda boleh membuat sos kicap manis dengan chili api dengan perahan jus limau sebagai cecahan daging. Hidangkan semasa panas

Daging Masak Blackpepper


bahan-bahan:
1/2 kilo daging (potong kecil)
perencah black pepper maggi
1 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1 labu bwg besar (potong bulat)
1/2 inci halia
sos tiram
kicap manis
carrot
daun bwg
tomato

cara-cara:
- tumbuk halia, bwg merah dan bwg putih..pastu tumis
-masukkan daging
-tambahkan sedikit air
-masukkan sos tiram
-masak sehingga daging masak
-masukkan perencah black pepper
-kacau smpai kuahnya pekat
-masukkan kicap
-masukkan bwg besar, carrot, daun bwg, tomato

Ayam Panggang Sambal Serai Manis


Bahan2nya
4 keping peha ayam - sederhana siz nya
4 batang serai
2 inch halia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
Bahan di atas dikisar
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
1 biji bawang besar (Bawang Jepun) - di potong dadu kechil
Minyak masak (Canola/Kachang/Sayur)

Cara2nya.
Panaskan sedikit minyak (2sbr) dikuali. Goreng bawang besar, bila ia sudah lembut masukan bahan2 yang di kisar.Gaulkan kepingan ayam dengan kunyit dan garam. Bila sambal serai sudah bangkit letakan garam & gula secukup rasa. Masukan ayam dalam kuali, gaulkan rata2. Kechilkan api dan tutup kauli. Biarkan ia berwap dan masak selama 10mins. Balikan ayam selepas itu. Angkat ayamnya dan letakan ke dulang yang sudah di selaput dengan aluminium foil, untuk di panggang. Buburkan sambal serai diatas ayamnya. Panaskan oven ke paras 160C, grill setting. Grilled ayam dalam oven selama 15 to 20mins hingga masak.


Ayam Goreng Tomyam


bahan-bahannya :
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu pes tomyam
10 biji cili api (dimasukkan sebiji2 atau diketuk)
1 batang serai
1 sudu makan besar air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili
1 biji buah tomato (belah 6)
garam
sedikit gula
minyak masak secukupnya
daun limau purut

cara-cara :
1.panaskan minyak, goreng ayam hingga masak (jgn terlalu garing)
2.panaskan minyak,tumis bawang putih,bawang besar,serai,cili padi dan pes 3.tomyam sehingga wangi.
4.masukkan sedikit air,jus limau,sos cili dan garam.
5.masukkan ayam dan masak hingga pekat.
6.last sekali masukkan tomato dan daun limau purut.

Puding Roti Karamel


Bhn2
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara2
Cara membuat gula hangus ,
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.



Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Sy kukus lebih kurang 30 mins
 

Bihun Goreng


Bhn2..
1 paket bihun - rendam sampai lembut dgn air
1 bj bwg merah besar*
3 ulas bwg putih*
2 sdb udang kering - rendam air pns - *dtumbuk
10 bj cili kering - potong - rendam air pns - kisarkn
3 ekor sotong - potong kecil
3 btg sawi - potong panjang - asingkn btg n daun
Garam n gula
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap manis
200 gm taugeh
3 sdb sos cili

Cara2nya..
1. Pnskn minyak, tumis bhn2 tumbuk, biar sampai naik bau.
2. Masukkn cili kering yg dkisar, biar ampai sdkt garing.
3. Kemudian masukkn pula sotong, btg sawi, garam, gula,sos tiram, kicap manis, biar sampai mdidih
4. Masuk pula bihun, gaul sampai sbati.
5. Masukkn taugeh n sos cili, perasakn skali lg n gaul sbati, biar bihun masak n sentiasa dgaul. Siap n bole dhdgkn waktu sarapan.

Saturday, January 28, 2012

Kek Gula Hangus - Cara Bakar



Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

Murtabak Meggi


*bahan2:
sepaket maggi kari (maggi direbus smpai lembut)
perencah maggi kari
2 biji telur
sedikit susu cair (klau xnk letak susu cair kna tambah telur sebiji lg)
sayur2an spt carrot
daun bwg
lada sulah



telur pecahkan pukul pastu masukkan la sayur ke sosej ke pape la bahan yg suka tp kalu nk letak ayam atau daging kena la rebus dulu..gaul sebati pastu masukkan maggi yg telah direbus, gaul2 lagi smpai sebati, panaskan minyak, tuangla adunan tadi, masak apiperlahan mcm masak murtabak tu jgk, dh masak sebelah tu terbalikkan sebelah lg goreng sampai masak..

perencah maggi tu masuk sekali msa pukul telur tu..klau ct biasa tgk org buat murtabak kt pasar malam mcm tu la, mcm buat telur dadar jgk cuma maggi tu letak last sekali lepas bahan2 lain dh di gaul sekali, pastu letak skit garam dan lada sulah untuk perasa, klau takmo masin sgt xpyh la garam sbb perencah kari tu dh masin..

Makaroni Seafood


bahan2 :
1) makaroni - direbus sehingga lembut
2) isi ketam+sotong
3) lada kisar
4) cili hijau (4@5btg) - tumbuk
5) sayur kobis+sawi
6) telur - 2biji
7) sos tiram
8) sos chili
9) garam
10) bawang putih - tumbuk
11) bawang besar - tumbuk

cara2 :
1) panas kn minyak,tumis kn lada kisar,cili hijau yg ditumbuk,isi ketam,sotong...stlh hmpir garing masuk kn telur,sedikit garam...
2) masukkan makaroni,sayur,sos cili,sos tiram
3) siap dihidang

Sotong Goreng Tepung



bahan2 :
1) sotong
2) telur
3) serbuk lada sulah
4) minyak masak
5) tepung beras
6) sedikit garam

cara2 nya :
1) bersihkan sotong & potong
2) telur+serbuk lada sulah+garam (kacau mcm nk buat telur dadar)
3) panaskn minyak dgn api sedang
4) sotong td dimasukkan kedalam bancuhan telur & gaul rata
5) tepung beras (bekas berasingan) kemudian ambik sotong yg tlh digaul sebati dgn telur,gaul dlm tepung & goreng sehingga nmpk kekuningan :)
6) siap utk dihidang

selamat mencuba :)

Mango Panna Cotta


Ingredient:
7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

*resepi x dapat byk sgt.dpt 4 cawan jer,so sesapa yg nk buat dalam kuantiti banyak boleh gandakan ok.