Tuesday, November 15, 2011

Roselle Nasi Ayam Bersama Salad - Amita


Bahan-bahan Nasi :
  • Nasi - 1 mangkuk
  • Air Roselle - 1 mangkuk
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Garam - 2 sudu kecil
Bahan-bahan Tumis :
  • Bawang Merah (dihiris) - 1 biji
  • Bawang Putih (dicincang) - 3 biji
  • Bunga Lawang - 5 kuntum
  • Minyak Masak - 3 sudu besar
Bahan-bahan Ayam :
  • Dada Ayam (dipotong 2 secara mendatar) - 1 ketul
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Bawang Putih (dihiris) - 3 ulas
  • Minyak Masak - 1 sudu
  • Garam
Bahan-bahan Salad :
  • Limau Bali (dikeluarkan isi) - 2 bahagian
  • Tomato (kulit dikeluarkan dan dicincang) - ½ biji
  • Jus Limau - ½ biji
  • Kacang Badam (dipotong) - 6 biji
  • Minyak - 2 sudu besar
  • Gula
  • Garam
Bahan-bahan Sos Roselle :
  • Jus Roselle (rebus kulit buah Roselle dalam air mendidih) - 1 mangkuk
  • Minyak - 2 sudu besar
  • Gula
  • Garam
Cara-cara Penyediaan Nasi :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan Tumis sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, campurkan bahan-bahan Nasi ke dalam bahan tumisan, dan masakkan bahan-bahan tersebut dengan api yang besar. Kacau nasi tersebut dari masa ke semasa supaya nasi tidak hangus.
  • Kemudian, kecilkan api dan masak sehingga nasi menjadi lembut kira-kira 15 minit.
Cara-cara Penyediaan Ayam :
  • Perapkan ayam dengan sos tiram, bawang putih dan garam yang telah dilumurkan keseluruhan ketulan dada ayam.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan dan goreng ayam tersebut sehingga masak dan keperangan.
Cara-cara Penyediaan Salad :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sehingga rata.

Cara-cara Penyediaan Sos Roselle :
  • Panaskan kuali dan renehkan jus Roselle sehingga ia menjadi pekat.
  • Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Apabila gula dan garam sudah cair, masukkan minyak untuk menjadi sos.

No comments:

Post a Comment