Friday, November 25, 2011

Crepe Durian - Azlina


Bahan-bahan Crepe Lempeng Nipis :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu
  • 5 sudu besar tepung

Bahan-bahan Kastard Durian :
  • 120ml susu
  • 30ml santan
  • 50ml krim putar
  • 2 biji telur
  • 2 ulas durian - ambil isinya sahaja
  • 2 sudu besar gula
  • Roti keping

Bahan-bahan Krim Putar Durian :
  • 1 cawan krim putar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 ulas durian - ambil isinya sahaja

Bahan-bahan Sos Coklat :
  • 3 sudu besar tepung coklat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar kastard durian
  • 2 susu besar air

Cara-cara Penyediaan Crepe Lempeng Nipis :
  • Pukulkan bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  • Gunakan senduk dan cedukkan ke kuali sambil dipusingkan kuali agar setiap bahagian kuali ditutup dengan lapisan nipis.
  • Masukkan selama 4-5 minit pada api perlahan sehingga keemasan.
  • Terbalikkan masakan selama 1 minit.

Cara-cara Penyediaan Kastard Durian :
  • Kacau gula dan telur sehingga menjadi sedikit pucat warnanya.
  • Masukkan susu dan letakkan di atas pot yang mengandungi air mendidih.
  • Sentiasa kacau agar telur tidak menjadi kental.
  • Apabila masak, masukkan isi durian dan kacau lagi.
  • Ketepikan dan biar sejuk.

Cara-cara Penyediaan Krim Putar Durian :
  • Putarkan krim dan gula sehingga sebati dan kembang.
  • Masukkan isi durian dan teruskan memutar.
  • Berhenti apabila krim sudah cukup dipukul (stiff peaks).

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan panaskan di atas dapur.
  • Masak sehingga kesemuanya masak.

Cara-cara Susunan :
  • Letakkan selapis krim durian di tengah lempeng nipis.
  • Kemudian letakkan isi durian di atas krim durian.
  • Seterusnya letakkan roti yang direndam dalam kastard durian.
  • Ulang langkah di atas sekali lagi dan balutkan.

Hiasan :
  • Karamel bersama almond yang dipecahkan (serpihan).
  • Sedikit isi.
  • Sos Coklat di sekeliling pinggan.

No comments:

Post a Comment