Monday, May 28, 2012

Udang Kara Tiga Musim - Soo Wincci



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 3 BIJI TELUR
  • 3 BIJI TELUR MASIN
  • 2 KEPING FU CHUK
  • 2 CENDAWAN
  • 3 SUDU KECIL MAYONIS
  • 1 BIJI BAWANG MERAH
  • 3 HIRIS HALIA
  • 1 KEPING AYAM
  • 2 SUDU KECIL MENTEGA
  • 1 SUDU KECIL KICAP HITAM
  • 2 SUDU KECIL MINYAK BIJAN
  • 5 HELAI DAUN CILI
  • GARAM




    CARA PENYEDIAAN:
  • UNTUK SEDIAKAN UDANG KARA TELUR MASIN, PERAPKAN UDANG KARA DENGAN GARAM DAN LADA PUTIH
  • PANASKAN MINYAK DENGAN TELUR MASIN DAN CAMPURKAN UDANG KARA DAN TAMBAHKAN BEBERAPA HELAI DAUN CILI
  • UNTUK SEDIAKAN UDANG KARA TELUR MAYONIS, REBUS SEPIT UDANG KARA DAN TELUR
  • BELAHKAN TELUR YANG TELAH DIREBUS KELUARKAN KUNING TELUR KE DALAM MANGKUK
  • MASUKKAN ISI UDANG KARA DAN TAMBAH MAYONIS, GAULKAN
  • SUMBAT KESEMUANYA KE ATAS TELUR PUTIH YANG TELAH DIREBUS
  • UNTUK MENYEDIAKAN SUP LOBSTER CINA, REBUS AYAM UNTUK DAPATKAN SUPNYA
  • GORENG BAWANG, HALIA DAN CENDAWAN KEMUDIAN CAMPUR BAHAN YANG TELAH DIGORENG KE DALAM SUP
  • TAMBAH DAGING AYAM, UDANG KARA, FU CHUK,KICAP HITAM,GARAM, LADA,TELUR DAN MINYAK BIJAN KE DALAM SUP
  • GAULKAN TEPUNG JAGUNG DENGAN AIR DAN TAMBAH KE DALAM SUP

Udang Kara Enak Dengan Sos Cendawan - Serena Redzuawan



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 5 BIJI BAWANG PUTIH
  • ½ BIJI BAWANG BESAR
  • 1 CAWAN SUSU BERKRIM
  • OREGANO
  • THYME
  • ROSEMARY
  • SERBUK LADA HITAM
  • GARAM
  • GULA
  • MINYAK ZAITUN
  • SOTONG
  • KEJU
  • JUS LEMON
  • LADA BENGGALA
  • BROKOLI
  • BUNGA KOBIS
  • SALAD DENGAN THOUSAND ISLAND




    CARA PENYEDIAAN:
  • PANGGANG SOTONG DAN UDANG KARA
  • REBUS PENGEPIT UDANG KARA DAN SAYURAN HIASAN
  • GAULKAN SOTONG DAN UDANG KARA DENGAN BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN GARAM
  • UNTUK MEMBUAT SOS, MASUKKAN MINYAK ZAITUN KE DALAM KUALI, KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG PUTIH DAN BAWANG BESAR DAN TUMIS HINGGA SEDIKIT LAYU
  • KEMUDIAN MASUKKAN OREGANO, THYME, ROSEMARY DAN LADA HITAM, TUMIS SEKETIKA
  • MASUKKAN SUSU DENGAN API KECIL DAN MASUKKAN SEDIKIT KEJU
  • AKHIR SEKALI PERAH JUS LEMON DAN TAMBAH SEDIKIT GARAM DAN GULA SECUKUP RASA


Udang Kara Masak Lemak Pedas - Sarah Raisuddin



    BAHAN-BAHAN:
  • 5 BIJI BAWANG MERAH
  • 1 BIJI BAWANG PUTIH
  • SEDIKIT KUNYIT DAN LENGKUAS
  • 1 BIJI LIMAU
  • 2 HIRIS TOMATO




    CARA PENYEDIAAN:
  • TUMBUK BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, CILI KERING (YANG TELAH DIREBUS), KUNYIT DAN LENGKUAS
  • MASUKKAN KE DALAM SANTAN DAN DIDIHKAN
  • MASUKKAN LIMAU, TOMATO DAN MASUKKAN ISI UDANG (YANG TELAH DIREBUS)
  • SEDIA UNTUK DIHIDANG


Udang Kara Masam Manis - Salamiah Hassan



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 BIJI BENGGALA HIJAU
  • 1 BIJI BENGGALA MERAH
  • 1 BIJI BENGGALA KUNING
  • 5 ULAS BAWANG PUTIH
  • 4 BIJI CILI PADI
  • 1 INCI HALIA MUDA
  • ½ SUDU BESAR LADA HITAM
  • 3 SUDU BESAR TOMATO PURI
  • 2 BIJI TOMATO SEGAR
  • BEBERAPA BIJI TOMATO CERI
  • GARAM
  • GULA




    CARA PENYEDIAAN:
  • HIRIS SEMUA BAHAN DAN TUMBUK LADA HITAM
  • TUMIS BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA DAN LADA HITAM HINGGA NAIK BAU
  • MASUKKAN SECAWAN AIR, TOMATO DAN SEMUA LADA BENGGALA
  • KEMUDIAN MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
  • MASUKKAN UDANG KARA YANG TELAH DIREBUS TADI
  • HIAS DAN SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN


Udang Kara Jingga - Raja Azmi



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 SUDU TEH JINTAN MANIS
  • 1 SUDU TEH KETUMBAR
  • 1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
  • 8 BIJI CILI MERAH
  • 1 KETUL KECIL KUNYIT HIDUP
  • 4 BIJI BAWANG MERAH
  • 7 BIJI BAWANG PUTIH
  • 1 HIRIS HALIA
  • 2 RANTING DAUN KARI
  • 4 BIJI UBI KENTANG
  • 1 CAWAN KECIL SANTAN PEKAT
  • 4 SUDU BESAR MENTEGA
  • 4 SUDU BESAR MINYAK MASAK
  • ½ BIJI LIMAU
  • GARAM
  • GULA




    CARA PENYEDIAAN:
  • REBUS UDANG KARA UNTUK 10 HINGGA 15 MINIT DAN REBUS UBI KENTANG
  • POTONG NIPIS SEBIJI UBI KENTANG DAN DIGORENG DENGAN 2 SUDU MENTEGA
  • TUMBUK KUNYIT, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, CILI MERAH DAN SEMUA JINTAN
  • MASUKKAN 4 SUDU MINYAK MASAK DAN TUMIS BAHAN YANG TELAH DITUMBUK
  • SETELAH NAIK MINYAK, MASUKKAN SANTAN, GULA DAN GARAM SECUKUP RASA
  • KEMUDIAN PERAH LIMAU UNTUK MENAMBAHKAN RASA
  • AKHIR SEKALI MASUKKAN HIRISAN HALIA
  • 2 BIJI UBI KENTANG YANG DIREBUS DILENYEK BERSAMA MENTEGA
  • DAUN KARI DIGORENG DENGAN SEBIJI KENTANG YANG DIPOTONG NIPIS UNTUK HIASAN SERTA UNTUK MENAIKKAN BAU MASAKAN MELAYU.


Udang Kara Pedas dan Sayuran - Mej Dr Faiz Khaleed



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 BATANG LOBAK
  • ½ BATANG BROKOLI
  • ½ BUNGA KOBIS
  • ½ BIJI KOBIS
  • 1 BIJI TIMUN
  • 1 BIJI TOMATO
  • 1 MANGKUK BESAR SOS THAI
  • REMPAH RATUS




    CARA PENYEDIAAN:
  • POTONG DAN BELAH UDANG DAN LETAK REMPAH RATUS KE ISI UDANG
  • BAKAR UDANG KE DALAM KETUHAR PADA SUHU 150°C SELAMA 20 MINIT
  • POTONG LOBAK, BROKOLI, BUNGAN KOBIS DAN KOBIS KEMUDIAN DIREBUS
  • POTONG TOMATO DAN TIMUN UNTUK HIASAN
  • LETAK SAYUR YANG TELAH DIREBUS KE DALAM MANGKUK DAN CAMPUR SEDIKIT MINYAK ZAITUN
  • LETAK UDANG KE ATAS PINGGAN DAN HIAS DENGAN TIMUN DAN TOMATO
  • LETAKKAN KEJU DI ATAS UDANG DAN SEDIAKAN SOS THAI UNTUK DICICAH


Udang Kara Popular - Lousia Chong



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 3 BIJI ANGGUR HIJAU DAN MERAH
  • 1 POTONG NENAS
  • 1 SUDU KECIL LADA PUTIH
  • 1 BIJI BAWANG PUTIH
  • 1 BIJI LADA BENGGALA KUNING
  • 1 BATANG SERAI
  • 1 HIRIS DAUN SALAD
  • 1 POTONG MENTEGA
  • 8 SUDU BESAR MAYONIS




    CARA PENYEDIAAN:
  • UDANG KARA DIREBUS DENGAN SERAI DAN HALIA DALAM PERIUK SELAMA 20 MINIT
  • BIARKAN AIR MENDIDIH UNTUK 5 MINIT, TUTUP API DAN TUANGKAN AIR PANAS DAN BILAS UDANG KARA DENGAN AIR SEJUK
  • POTONG ANGGUR HIJAU, ANGGUR MERAH DAN NENAS HINGGA HALUS
  • PANASKAN KUALI, MASUKKAN MENTEGA DAN GORENG BAWANG PUTIH DAN CILI PADI YANG SUDAH DIPOTONG KECIL HINGGA WANGI
  • CAMPURKAN 8 SUDU BESAR MAYONIS DENGAN ANGGUR HIJAU, ANGGUR MERAH DAN NENAS UNTUK DIJADIKAN SOS
  • UDANG KARA YANG DAH MASAK DIPOTONG DAN DIHIDANGKAN DENGAN SOS


Kerabu Harimau Menangis - Karl Shafek



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 EKOR SOTONG
  • 100GRAM CILI HIJAU
  • 1 BIJI TOMATO
  • 2 BIJI BAWANG MERAH
  • 2 ULAS BAWANG PUTIH
  • 2 BIJI LIMAU NIPIS
  • 1 BATANG BUNGA KANTAN
  • 2 BATANG SERAI
  • SEDIKIT HALIA




    CARA PENYEDIAAN:
  • POTONG SOTONG DAN UDANG KARA YANG TELAH DIBUANG KULIT
  • REBUS SEPIT UDANG KARA
  • KISAR CILI MERAH DAN TOSKAN AIRNYA
  • HIRIS BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, TOMATO, CILI, BUNGA KANTAN, SERAI DAN HALIA
  • GAULKAN LADA HITAM DAN HALIA BERSAMA UDANG KARA DAN SOTONG LALU DIGORENG SEHINGGA SEPARUH MASAK
  • GAULKAN SEMUA BAHAN BERSAMA DAN LETAK SEDIKIT GARAM
  • PERAH SEDIKIT LIMAU NIPIS DAN KERABU SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN


Udang Kara Panggang Aglio Oglio Ala Thai - Juliza Adzlizan



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • MENTEGA
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH
  • LENGKUAS
  • DAUN KARI
  • 3 BATANG SERAI
  • GARAM
  • MINYAK
  • SPAGETI
  • BROKOLI (DIREBUS DENGAN AIR GARAM)




    CARA PENYEDIAAN:
  • PANGGANG ATAU BAKAR UDANG KARA DENGAN MENTEGA
  • REBUS SPAGETI SELAMA 7-10 MINIT
  • KISAR CILI MERAH DAN TOSKAN AIRNYA
  • TUMBUK BAWANG PUTIH DAN LENGKUAS KEMUDIAN TITIK SERAI
  • TUMIS BAHAN TUMBUK SAMPAI NAIK BAU TERMASUK SERAI
  • MASUKKAN CILI MERAH YANG TELAH DIKISAR KEMUDIAN MASUKKAN PURI, LIMAU NIPIS DAN HIRISAN LIMAU PURUT
  • SETELAH UDANG KARA SUDAH MASAK DARI KETUHAR, HIDANGKAN
  • MASUKKAN SETENGAH DARI PES CILI YANG SUDAH MASAK DAN GAUL BERSAMA PASTA DAN SELEBIHNYA DILETAKKAN DI ATAS UDANG KARA
  • BROKOLI YANG SUDAH DIREBUS DITAMBAH MENTEGA


Kisah Udang Kara - Jehan Miskin



    BAHAN-BAHAN:
  • 4 UDANG BESAR
  • 10 BIJI BAWANG PUTIH
  • ½ BIJI BAWANG BESAR
  • 2 BIJI BAWANG MERAH
  • DAUN KARI
  • SERBUK CILI
  • 3 CILI PADI
  • KRIM
  • 1 LADA BENGGALA HIJAU
  • 1 LADA BENGGALA KUNING
  • MENTEGA
  • 1 UDANG KARA




    CARA PENYEDIAAN:
  • REBUS UDANG KARA HINGGA SEPARUH MASAK
  • MASAK SEMUA BAWANG SERTA MASUKKAN DAUN KARI, SERBUK CILI DAN MENTEGA
  • MASUKKAN CILI PADI
  • BIAR SAMPAI PEKAT KEMUDIAN TAMBAH KRIM
  • TAMBAH TEPUNG JAGUNG, AIR, GARAM, GULA DAN LADA PUTIH
  • POTONG LADA BENGGALA SEBAGAI HIASAN


Kara Karmaleon - Farouk Hussain



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 EKOR SOTONG
  • 1 CAWAN SUSU
  • 1 SUDU MENTEGA
  • 1 CUBIT GARAM
  • ½ PAKET PASTA
  • SALAD
  • TEMBIKAI SUSU
  • ½ CAWAN SUSU SEJAT




    CARA PENYEDIAAN:
  • REBUS UDANG, SOTONG DAN PASTA
  • 2. MASAK MENTEGA, SUSU DAN SUSU SEJAT
  • AMBIL ISI UDANG DAN HANCURKAN
  • POTONG SOTONG
  • HIDANG PASTA DAN TUANG SOS (YANG TELAH DIMASAK DENGAN ISI UDANG DAN SOTONG) KE ATAS PASTA
  • HIASKAN DENGAN TEMBIKAI SUSU DAN SALAD


Sambal Tumis Udang Kara Cik Cik Kaboom KLCC - Azwan Ali





    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 5 BIJI BAWANG BESAR (DIHIRIS)
  • 5 HELAI DAUN LIMAU PURUT (DIHIRIS)
  • 5 BATANG SERAI (DITUMBUK)
  • 3 SUDU BESAR CILI SERBUK BABAS
  • 2 KOTAK SANTAN
  • 3 HIRISAN LIMAU
  • 3 HELAI DAUN KUNYIT (DIHIRIS)
  • 3 BATANG NENAS (DIPOTONG DADU)
  • 3 SUDU MINYAK
  • 1 SUDU BESAR GARAM
  • 1 CAWAN AIR




    CARA PENYEDIAAN:
  • REBUS UDANG KARA DENGAN AIR DAN SESUDU GARAM UNTUK 30 MINIT
  • TUMIS BAWANG BESAR DAN SERAI UNTUK 3 MINIT DI DALAM KUALI
  • MASUKKAN GARAM DAN AIR
  • MASUKKAN SERBUK CILI DAN SANTAN
  • DIDIHKAN UNTUK 15MINIT DAN MASUKKAN DAUN KUNYIT, DAUN LIMAU PURUT DAN LIMAU
  • MASUKKAN NENAS DAN DIDIHKAN UNTUK 15 MINIT
  • UDANG KARA YANG TELAH DIREBUS, DIPOTONG BERSIH DAN DIGAUL DENGAN BAHAN YANG DITUMIS

Udang Kara Sos Nenas - Angah



    BAHAN-BAHAN:
  • 1 EKOR UDANG KARA
  • 1 BIJI BAWANG MERAH
  • 8 ULAS BAWANG PUTIH
  • 1 BATANG SERAI
  • ½ INCI HALIA
  • 1 POTONG NENAS
  • LEMON
  • ¼ GELAS KRIM PUTIH PEKAT
  • KEJU (YANG SUDAH DIKISAR)
  • LADA BENGGALA
  • MENTEGA






    CARA PENYEDIAAN:
  • REBUS UDANG KARA KEMUDIAN DIGORENG SEKEJAP
  • UNTUK SOS, TUMISKAN BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH, HALIA, NENAS DAN SERAI
  • SELEPAS GARING DAN WANGI LETAKKAN KRIM PUTIH PEKAT
  • HIDANGKAN UDANG DENGAN SOS

Monday, March 26, 2012

Daging Goreng Hitam Manis


Bahan2nya
750gm Daging hiris
2 sudu besar - Lada hitam- ditumbuk
2 biji Bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar - biji Ketumbar-disanggah dan ditumbuk
1/2 sudu teh - biji Jintan-disanggah dan ditumbuk
1/4 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1.5 inch halia - ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar & akar - ditumbuk
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang karot - dipotong serong
1 biji cili bol - dipotong dadu kasar2
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis & masin.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak Canola/Sayur
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak diperiok/kuali, masukkan bawang besar dan rempah2 yang di tumbuk halus. Bila remaph mula bangkit tuangkan daging hiris, gaulkan hingga sebati. Letakan kicap manis & masin dan 1 cawan air, letakan garam & gula. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit. Goreng hingga setengah masak, letakan cili bol dadu & karot yang dihiris serong. Tutupkan tudong periok sebentar. Goreng kentang di kuali lain, yang di potong dadu. Masukkan ubi kentang goreng kedalam periok. Gaulkan bersama dagingnya. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Udang Kicap Pedas Madu Karipulai @ Daun Kari


BAHAN BAHAN
1kg udang kertas size sederhana
1 biji bawang besar di hiris2 nipis
3 tangkai daun kari
2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 batang serai ketuk (linapg tambah)2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap pekat (linapg gn kicap Mahsuri)1 sudu besar kicap manis (linapg gn kipas udang)
1 sudu besar gula (xboh)
1 biji cili merah/ijo - potong serong (linapg tmbh)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
- Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan sekejap.
- Angkat & toskan
- Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
- Masukkan sos tiram dan madu, kicap pekat, kicap manis kacau2kan lagi.
- Apabila kuah sudah pekat, masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
- Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau2kan lagi
- Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Telur Asin


bahan2
4 biji telur asin - direbus
2 biji tomato - potong ikut suka
6 kcg botol - dibersihkan & di potong nipis
1 biji bwg besar hiris
6 ke 8 biji cili api ditumbuk dgn sedikit belacan -klu nk pedas boleh tambah lagi & jika x suka belacan boleh tukarkan kpd udang kering
1 btg serai dihiris
1 biji limau nipis - perah ambil jusnya
gula secukup rasa

cara2
didalam 1 mangkuk campurkan semua bahan kecuali telur asin
seratakan & cukupkan rasanya
telur asin dibelah 2  & klurkan dr kulitnya..belah 4 atau 6
campurkan telur asin ke dalam mangkuk yg berisi bahan2 lain tadi.
siap utk dihidang.

Udang Goreng Lada Hitam Bersama Lada Benggala


Bahan2nya
500gm Udang Segar (Tiger Prawns) - dibersihkan.
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 biji cili bol (capsicum) - dipotong dadu
2 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat
1/2 sudu teh biji ketumbar - ditumbuk lumat
1/2 inch halia - ditumbuk lumat.
1 tangkai - daun ketumbar - di potong kasar
Garam & gula secukup rasa
4 sudu besar Minyak Canola untuk menggoreng

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan rempah yang di tumbuk lumat, bawang kisar. Bila aroma rempah mula bangkit masukan Udangnya. Gaulkan hingga sebati.
Letakan garam & gula dan taburkan daun ketumbar di dalam. Minyak kauhnya biarlah manis sedikit. Masukan Cili Bol (Capsicum) yang di potong dadu.Gaulkan untuk 5 mins. Udang sudah masak bila kulit nya berwarna merah. Sajikan panas2 bersama nasi putih

Puding Cendol


Bahan-bahannya:
30 gram strip agar-agar
800 ml air - untuk memasak agar-agar
200 ml air - untuk memasak gula pasir dan gula merah
500 gram cendol – boleh dibeli di pasar raya
150 gram gula pasir
150 gram gula merah
300 ml santan pekat
300 ml susu cair
2 biji kuning telur saiz sederhana
1 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Masukkan agar-agar dan 800ml air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
2. Dalam periuk yang lain masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan, dan 200 ml air. Masak sehingga gula larut, kemudian tapiskan.
3. Satukan santan pekat, susu cair, kuning telur dan sedikit garam di dalam blender. Blend sehingga campuran sebati.
4. Setelah agar-agar larut, masukkan larutan gula tadi (2) dan kacau rata. Kemudian baru dimasukkan campuran (3) yang telah diblend tadi dan kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan cendol, kacau sedikit dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Tutup api dan angkat. *Tuangkan ke dalam acuan yang bersesuaian.
6. Ketepikan seketika di luar sehingga suam. Kemudian baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.



Tips:
*Disyorkan menggunakan acuan seperti bekas tupperware supaya puding mudah dikeluarkan daripada acuan apabila telah sejuk.

Bingka Labu


bahan2nya:
350gm labu yg telah di rebus
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
200ml santan + 11/2 cawan air
2 cawan gula (saya taruk 11/2 cwn gula,itu pn dh manis..boleh kurangkan lg)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar minyak masak
sedikit bijan ( utk tabur di atas adunan sebelum di bakar)

cara2nya:
semua bahan2 di atas di campurkan dan di kisar hingga sebati
KECUALI minyak.
sebelum adunan di bakar,2 sudu besar minyak masak di panaskan
dalam loyang,supaya adunan tidak melekat di loyang.
kemudian masukkan adunan dlm loyang yg masih panas td dan bakar dengan suhu 165darjah selama 1 jam 10 minit
atau sehingga masak mengikut suhu oven masing2.
(saya bakar guna api bawah sahaja tp dlm 10 minit terakhir saya guna api atas bawah,
supaya btl2 masak).

Muffin Choc Chip


bahan A:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang lembut atau gula castor
2 sudu teh baking powder
1/2 cawan choc chip

(satukan bahan di atas)

bahan B:

1/2 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu cair
2 biji telur- di pukul
1 sudu teh esen vanila

(satukan bahan di atas)

cara:

Masukkan bahan B sedikit2 kedalam bahan A sambul digaul sebati
isikan ke dalam paper cup (3/4 cup)
(nk senang, isikan ke dalam plastik dan paipkan)
tabur sedikit choc chip dan kepingan badam kalau suka (leh ganti dgn badam cincang)

bakar selama 15-20 mnt atau sehingga masak

(aku guna api atas dan bawah dgn suhu 150 darjah- ikut oven memasing ye...)

*minyak jagung leh diganti dgn butter cair (sukatan yg sama), tp aku just letak minyak sbb dh ada penggunaan susu, takut terrlebih berlemak lak)

Siakap Kukus Stim


Bahan-bahan ( 5 org makan )

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
sos tiram 4-5 camca besar- utk separuh resepi, tun letak 1 sudu besar je
2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar- tun letak cili padi
1 biji buah tomato potong dadu
daun sup- tun letak daun saleri
garam secukup rasa
sayur masin- tun tambah
* ditumbuk/ blend

Cara-cara

bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..

Tomyam Santan


bahan2

udang
ayam
2 btg serai
1 inci lengkuas
2 cwn air rebusan ayam- xltk pn xpe,ganti air biase je
4 helai daun limau purut
1 biji tomato
cendawan
batang saderi
cili padi

1 cawan santan segar (kalau nk kuah byk bole lbhkn santan)
4 sudu jus limau nipis
3 sudu sos ikan
bwg besar (belah 4)
garam & gula

STEPS:
rebus semua bahan -udang/ayam,serai,lengkuas,daun limau,cili padi.
masukkan santan segar dan jus limau
garam & gula secukupnye serta sos ikan.(masak dng api perlahan).masuk cndwan,saleri dan tomato akhir skali.

selamat mencuba :D

Sambal Goreng 2


bahan2nya :
6 keping tempe - hiris kecil2 - digoreng
3 keping tauhu - hiris kecil2 - digoreng
2 biji kentang - hiris nipis - digoreng
2 keping tauhu kering - digoreng (di ramas tapi jgn hancur sangat)
suhun/soon (rm1.00) - digoreng (di ramas)

2 biji lada merah - dihiris
2 biji bwg besar - dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
sedikit ikan bilis - ditumbuk kasar
2 cawan pati santan
kicap manis secukupnya
minyak masak & garam secukup rasa

cara2nya :
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hiris dn ikan bilis sehingga naik baunya
2. masukkan pati santan,gaul rata
3. setelah santan mendidih masukkan semua bahan2 yg digoreng tadi,gaul2kan hingga rata
4. masukkan kicap secukupnya,gaul2kan lagi
5. masukkan garam secukup rasa,gaul rata,kemudian bolehlah padamkan api.
6. sedia untuk dihidangkan...;))

Saturday, March 10, 2012

WAJIK


BAHAN-BAHAN :
1KG BERAS PULUT
1KG SANTAN PEKAT
1KG GULA MELAKA - DIPOTONG KECIL2 (CEPAT CAIRNYA NANTI)
1/2 BIJI KEPALA MUDA - DIPARUT
GULA MERAH - SECUKUP RASA MANIS (KALO TAK MANIS, WAJIK AKAN CEPAT BCENDAWAN)

CARA-CARA :
1- TANAK BERAS PULUT HINGGA MASAK DAN SEJUKKAN
2- MASAKKAN SANTAN SEHINGGA NAIK MINYAK
3- MASUKKAN GULA MELAKA. KACAU HINGGA SEBATI
4- KECILKAN API DAPUR SEKETIKA
5- MASUKKAN PULUT SEDIKIT-SEDIKIT DAN GAUL SEBATI
6- KEMUDIAN MASUKKAN KELAPA MUDA DAN JUGA GULA MERAH
7- BESARKAN SEMULA API DAPUR
8- KACAU HINGGA SEBATI DAN PEKAT
9- KEMUDIAN BULEH LA PADAMKAN API
10- SIAP SEDIA UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS

*SEDAP DIMAKAN JUGA SEMASA CAIR

SELAMAT MENCUBA

Puding Roti Keju


bahan2:

8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3-4 keping keju- cincang
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip

utk sos:

200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega

cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, dan gula dan baki susu cair 1/4 tin...
blend sampai sebati
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip + keju
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh

utk sos coklat:

campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut

-tunggu sejuk sblm potong! baru dpt potongan yg cantik dan x sememeh-

Puff Kari Ayam


utk intinya:
2 biji kentang- potong dadu kecil2
1 mangkuk kecil ayam cincang kecil2
1 biji bwg besar- cincang dadu
3 ulas bwg putih- tumbuk
1 sudu besar (membumbung) serbuk kari ayam

cara:

tumis dua2 bwg sampai naik bau
masukkan serbuk kari yg di bancuh ngan air
biar sampai rempah agak garing
masukkan ayam dan kentang
tambah air dlm 1 cawan
biar sampai kentang empuk dan kering airnya
kalo kentang lom empuk, tambah air skit
perasakan ngan garam (dan gula kalo suka)


* bentangkan pastry, letak inti tg2..lipat dua..
kelim kemas dgn hujung garfu...

sapu sedikit kuning telur atas pastry sblm bakar..tp dlm gambor tu x sapu sbb kelupaan..

bakar lebih kurang 15 mnt api atas bwh suhu 180..
atau sampai atasnya nampak kegaringan (pastikan bontotnya pun garing)

Chicken Cream Soup


Bahan
1 paket puff pastry - ready  made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)

Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam 
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam

Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering



 


Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata.  Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat.  Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh.  Ketepikan.
3.  Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan.  Tutup acuan dengan pastry puff.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6.  Enak di hidang panas.

*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.

Sardine Puff


BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine cap ayam, asingkan ikan dan sosnya
1/2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya (atau guna keju chesdale)
Serbuk lada hitam, secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar, sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkan ikan sardine dan hancurkan. Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan (seperti dalam gambar), kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.
  3. UNTUK SARDINE PUFF :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa cebisan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan sardine puff tadi atas jaringan. Boleh juga ditebur serbuk lada hitam jika suka..

Sambal Goreng Jawa


Bahan2 Utama

Tempe - potong dadu pastu goreng
Tahu - potong dadu pastu goreng
Suhun - jangan dibasuh dan goreng dengan minyak
Fucuk Kering - jangan dibasuh dan goreng dengan minyak

Bahan2 Lain

Bawang merah
Bawang putih
Cili Padi
Cili Giling
Belacan
Santan
Kiub Ikan Bilis
Air asam jawa
Garam Dan Gula

Cara2nya

1.Kisar bawang merah,bawang putih,cili padi,cili giling dan belacan sehingga jadi pes
2.Suhun dan fucuk yg dah goreng tadi tu dipecah-pecahkan sikit supaya menjadi kepingan dan potongan kecil tapi jangan sampai hancur
3.Tumis semua bahan kisar sampai naik bau dan sehingga agak kering
4.Masukkan sedikit air bersama santan dan biarkan mendidih
5.Perasakan dengan garam,gula,air asam jawa dan kiub ikan bilis
6.Masukkan tempe dan tahu yg dah digoreng tadi dahulu dan biarkan sehingga mendidih
7.Dah cukup rasa baru masukkan fucuk dan suhun yg dah digoreng dah dipecahkan sikit
8.Gaul mesra semua bahan tadi sehingga samabl agak memekat
9.Boleh tambah air jika inginkan sambal goreng agak basah tapi jika nak kering gaul dan masak sehingga sambal agak mengering
10.Sedia dihidangkan....sesuai makan dengan nasi ambang , nasi himpit,roti atau apa2 yg sesuai untuk digabungkang...nak makan gitu jer....pun boleh....

Selamat Mencuba