Wednesday, November 16, 2011

Bruschetta Kanak-kanak - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 10 biji - Tomato dipotong dadu
  • 5 biji - Bawang Besar dipotong dadu
  • 6 sudu besar - ‘Capers’
  • Segenggam - Daun Parsli (dicincang halus)
  • 2 biji - Jus Lemon
  • 5 biji - Jus Limau Nipis
  • 3 sudu besar - Garam
  • 2 sudu besar - Gula
  • 2 sudu besar - Minyak Neuvida
  • Secukupnya - Roti
  • Pilihan antara salami, peperoni atau bakon daging untuk diletak di atas roti.
Cara-cara :
  • Gaulkan semua bahan kecuali garam, gula, roti dan daging ke dalam sebuah mangkuk besar sehingga sebati untuk membuat salsa.
  • Tambah garam dan gula ke dalam gaulan. Tambahkan atau kurangkan gula atau garam mengikut cita rasa dan rasa tomato.
  • Selepas itu, bakar roti sedikit dan masak antara pilihan daging di atas.
  • Letak roti, letak daging di atas roti dan sudukan sedikit salsa di atasnya.
**Kumpulan Merah terdiri daripada Brian(Ketua), Imelda, Wahidan, Zuraidah, Ezani, Azilah, Danial, Zamir, Felix, dan Saiful.

No comments:

Post a Comment