Tuesday, November 29, 2011

Sandwich Sara - Deena


Bahan-bahan :
  • Roti Ciabatta
  • Sosej Ayam
  • Buah Pic (potong dadu)
  • Ubi Bit ( potong nipis)
  • Tomato (potong wedges)
  • Bawang Putih (cincang halus)
  • Daun Thyme
  • Bawang Besar (didadukan)
  • Daun Salad
  • Telur (ambil kuning sahaja)
  • Lemon
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah

Cara-cara :
  • Gaulkan tomato dengan bawang putih, daun thyme, garam, gula dan lada sulah.
  • Bakar di dalam oven Selama 15 minit.
  • Goreng sosej ayam dengan bawang besar.
  • Goreng ubi bit sampai garing.
  • Toastkan roti ciabatta.
  • Setelah tomato masak, letakkan di atas kuali dan lenyekkan.
  • Masukkan buah pic dan masak lagi sehingga buah pic lembut.
  • Buatkan sos mayonis dengan memukul kuning telur dan jus lemon sampai gebu, masukkan minyak neu-vida sedikit demi sedikit sehingga menjadi ringan dan gebu.
  • Satukan semua bahan dan buat seperti sandwich.

No comments:

Post a Comment