Tuesday, November 29, 2011

Gula-gula Ciabatta dan Pizza Focaccia Sosej Cendawan - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Gula-gula Ciabatta :
  • Roti Ciabatta (dipotong dadu besar)
  • Ubi Bit Merah (dikisar halus)
  • Gula
  • Lada Benggala (dipotong dadu kecil)
  • Buah Pic (dipotong dadu)

Bahan-bahan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Roti Focaccia
  • Sosej Cheese (dipotong nipis)
  • Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Merah (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Kuning (dipotong dadu kecil)
  • Cendawan Butang (diricik)
  • Sos Cili Maggi
  • Garam
  • Cheese Parmesan (diparut kasar)

Cara-cara Penyediaan Gula-gula Ciabatta :
  • Masukkan roti ciabatta yang telah dipotong dadu ke dalam ketuhar dan panaskam ia sehingga menjadi sedikit keras.
  • Panaskan air dan masukkan gula bersama ubi bit merah yang telah dikisar.
  • Gaul rata sehingga gula cair, masukkan roti ciabatta yang telah dibakar tadi.
  • Gaul lagi sehingga rata dan selepas itu boleh dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Tumiskan bawang merah kecil, bawang putih sehingga naik bau, masukkan sos cili, selepas itu masukkan capsicum merah dan kuning. Tumiskan sehingga masak. Kemudian sapukan tumiskan atas roti Focaccia.
  • Taburkan cheese parmesan pada sapuan tumis dengan rata, letakkan hirisan sosej mengikut cara sendiri dan susunkan hirisan cendawan dan taburkan capsicum merah dan kuning.
  • Selepas siap baker pizza, selama 10 min, boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment