Tuesday, November 29, 2011

Kerabu Suhun & Udang Panggang Tok Ki - Deena


Bahan-bahan :
  • Udang
  • Sotong
  • Suhun
  • Limau Nipis
  • Bawang Merah (dimayang halus)
  • Cili Padi (dihiris halus)
  • Kacang Panjang (dipotong halus)
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja)
  • Belacan (dibakar)
  • Garam dan Gula

Cara-cara :
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Rebuskan sotong.
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi.
  • Kemudian ketepikan.
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap.
  • Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula.
  • Kacau hingga sebati.
  • Hiaskan kesemua hidangan.

Kerabu Udang & Buah Kundur - Felix


Bahan-bahan Udang Panggang :
  • Udang (dikopek kulit)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)

Bahan-bahan Kerabu :
  • 1/4 biji Buah Kundur (dihiris halus dan memanjang)
  • 1/2 Lobak Merah (dipotong julienne)
  • 1/2 biji Bawang Merah (dihiris halus-halus)

Bahan-bahan Sambal Belacan :
  • 1 biji Bawang Merah (potong kasar)
  • 6 batang Cili Merah Hidup (potong kasar)
  • 1 ulas Bawang Putih (potong kasar)
  • 1 sudu teh Belacan (yang sudah dibakar)
  • 1 biji Limau Nipis (diambil jusnya)

Cara-cara Penyediaan Udang Panggang :
  • Tumis bawang putih hingga harum.
  • Masukkan udang dan panggang selama 45 saat satu belah.
  • Keluarkan dari pan dan biarkan.

Cara-cara Penyedian Kerabu :
  • Panggang buah kundur atas pan hingga warm bertukar jadi perang.
  • Potong buah kundur ke potongan julienne dan toskan dengan bahan yang lain.

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Kisar semua bahan ke dalam pengisar.
  • Masuk garam dan gula secukup rasa.

Ikan Dori Grill, Ulam dengan Ubi Keledek - Saiful


Bahan-bahan :
  • Isi Ikan Dori
  • Kacang Buncis
  • Ubi Keledek
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Belacan
  • Kubis
  • Limau
  • Garam
  • Gula
  • Lada Putih

Cara-cara :
  • Masak ubi keledek.
  • Perap isi ikan dengan garam dan lada putih.
  • Bakar belacan, kemudian ambil bawang putih, bawang merah, cili padi dan kisar dengan belacan tadi.
  • Potong kacang bunci dan kobis ikut cita rasa.
  • Ambil isi ikan tadi dan gril dalam kuali leper.
  • Susun kacang buncis, ikan dan kobis setelah ikan masak.
  • Kemudian tumis belacan yang dikisar tadi.
  • Setelah ubi masak buang kulit dan potong dadu.
  • Potong limau kepada tiga bahagian.

Sambal Belacan dan Air Asam Pengkalan Baru - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Belacan
  • Sotong
  • Serbuk Kunyit
  • Cili Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Bawang Merah Kecil
  • Limau

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Pastikan belacan dibakar terlebih dahulu.
  • Tumbuk belacan, cili merah, bawang putih, bawang merah kecil.
  • Perahkan limau secukup rasa dan imbangi rasa dengan sedikit garam

Cara-cara Penyediaan Air Asam :
  • Hiriskan cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah kecil.
  • Gaulkan sekali dengan belacan bakar dan perahan limau.
  • Tambahkan sedikit gula.

Cara-cara Penyediaan Sotong Goreng :
  • Ramaskan sotong dengan kunyit dan gula.
  • Goreng hingga masak.

Salad Mi Aneka dan Sos Masam Manis Belacan - Zahin


Bahan-bahan Salad Mi Aneka :
  • Kacang botol (dihiris)
  • Cili (dihiris)
  • Jagung (direbus dan diambil isi)
  • Daun Basil
  • Lada Hitam
  • Udang (diperap dengan serbuk bawang putih dan sedikit belacan bakar)
  • Mee (direbus)

Bahan-bahan Sos :
  • Jus Limau
  • Belacan Bakar
  • Cili (dihiris)
  • Serbuk Lada Putih
  • Serbuk Bawang Putih
  • Gula
  • Air
  • Minyak Neuvida
  • Kulit Udang

Cara-cara :
  • Satukan bahan-bahan salad mee ke dalam satu bekas.
  • Sira dengan minyak berperisa udang.
  • Gabungkan bahan-bahan untuk sos.
  • Sira sos apabila hendak menghidangkannya.

Haruan Stew - Zamir


Bahan-bahan :
  • 1/2 batang Lobak Merah
  • 1/2 biji Bawang Holland - dikisar
  • 2 ulas Bawang Putih - dikisar
  • 3 inci Batang Leek - dikisar
  • 3 inci Saleri - dikisar
  • 2 biji Tomato - dibuang kulit dan biji
  • 2 sudu besar Pati Tomato
  • 3 helai daun Selasih
  • 2 keping isi Ikan Haruan (fillet)
  • 200ml stok Ikan
  • Garam dan Lada secukup rasa
  • 3 sudu Minyak Neuvida

Cara-cara :
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan kesemua bahan kisaran dan tumis selama 5 minit.
  • Masukkan pati tomato dan tomato, masak selama 15 minit.
  • Kemudian masukkan stok ikan bersama ikan haruan dan masak selama 10 minit.
  • Dan akhir sekali, masukkan garam dan lada secukup rasa dan masukkan daun selasih.

Ikan Haruan Stim - Zuraidah


Bahan-bahan Ikan Haruan Stim :
  • 1 ekor ikan haruan - yang telah dibersih dan dikelar dan diperap dengan garam dan lada putih
  • Minyak bijan
  • Kicap manis
  • Garam dan gula

Bahan-bahan Sos :
  • 1 batang cili merah
  • 1 biji cili padi
  • ½ bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • Bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah tomato
  • 1 halia
  • Daun bawang
(Semua bahan-bahan ini dimayang dan masukkan air asam, gula, sedikit garam, kicap manis dan minyak bijan)
Cara-cara :
  • Kukus ikan lebih kurang 10 minit.
  • Tuang sos asam jawa di atas ikan dan kukus lagi sehingga ikan betul-betul masak.
  • Hias ikan dengan daun bawang.

Asam Pedas Ikan Haruan - Shahriah


Bahan-bahan Dikisar :
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan Lain :
  • Bawang merah - mayang untuk tumisan
  • Bawang putih - mayang untuk tumisan
  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 helai daun limau purut - buang urat di tengah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Kacang bendi
  • Tomato

Cara-cara :
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan yang dimayang.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  • Apabila mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
  • Sesuaikan rasa.
  • Angkat dan hidangkan.

Ikan Haruan Kukus Ibu Dengan Sambal Terung - Saiful


Bahan-bahan :
  • Daun bawang dipotong dadu
  • Halia dipotong panjang
  • Lengkuas dipotong panjang
  • Cili padi hijau dipotong halus
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang merah - dikisar
  • Kunyit - dikisar
  • 2 ekor Ikan haruan
  • Tomato
  • Terung
  • Daun pandan
  • Limau
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  • Ambil ikan haruan dan asingkan isi dan tulang.
  • Goreng isi ikan haruan tersebut.
  • Kemudian masukkan isi ikan tadi ke dalam ikan haruan yang telah dibelah perutnya dan kukus sampai masak.
  • Potong daun bawang, halia, lengkuas dan daun pandan. Masukkan ke dalam ikan yang dikukus tadi.
  • Tumis bahan yang dikisar.
  • Potong tomato dan terung. Goreng bersama bahan tumisan untuk menyiapkan sambal terung.
  • Setelah ikan masak, keluarkan dari periuk dan hidangkan bersama sambal terung tadi.

Ikan Haruan Masak Ampap - Wahidan


Bahan-bahan Air Asam :
  • 1 mangkuk kecil asam jawa
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 7 biji cili padi
  • 3 sudu besar air
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula

Bahan-bahan Ikan Haruan :
  • 1 ekor ikan haruan
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 ketul halia
  • 1 ketul lengkuas
  • 1 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 150gm asam jawa
  • 7 bili cili padi
  • 2 helai daun kucai
  • 2 biji limau nipis

Cara-cara Penyediaan Air Asam :
  • Kisar kesemua bahan kecuali asam jawa dan tapis.
  • Masukkan garam dan gula untuk perisa.

Cara-cara Penyediaan Ikan Haruan :
  • Potong ikan haruan menjadi 3 bahagian.
  • Lumur dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir buat seketika dan basuh dengan air dan kemudian, keringkan.
  • Kisar kesemua bahan sehingga menjadi pes.
  • Panaskan minyak untuk menumis pes tadi sehingga naik bau.
  • Masukkan ikan haruan bersama sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  • Biarkan selama 2 minit, dan tutup api.
  • Hidangkan bersama air asam.

Tat Haruan Masak Ala Singgang - Zahin


Bahan-bahan Tat :
  • Serbuk bawang putih
  • Tepung
  • Garam
  • Mentega

Bahan-bahan Pes Singgang (Dikisar Sehingga Menjadi Pes) :
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Daun limau purut
  • Air asam jawa

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan untuk membuat tat.
  • Kisar hingga sebati.
  • Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan bakar.
  • Masak pes hingga berbau harum.
  • Masak ikan dan biarkan ia sehingga betul-betul masak.
  • Ambil base tat, letak isi ikan dan pes di atas tat tersebut.

Botak Ikan Haruan dan Nasi - Imelda


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong setebal dua jari sebanyak empat hiris
  • 5 biji bawang merah - dikisar kasar
  • 1/2 labu bawang putih - dikisar kasar
  • 6 tangkai cili kering - dikisar kasar
  • 2 inci halia - dikisar kasar
  • 2 inci kunyit hidup - dikisar kasar
  • 1 batang cili merah hidup - dikisar kasar
  • 7 helai daun limau purut - dimayang
  • 3 helai daun kunyit - dimayang
  • 2 batang serai - dimayang
  • 4 sudu kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Nasi putih

Cara-cara :
  • Bersihkan ikan dan gaul dengan sedikit garam dan lemon.
  • Gaulkan bahan-bahan dikisar kasar tadi bersama bahan-bahan yang telah dimayang halus.
  • Gaul hingga sebati.
  • Perahkan lemon pada kesemua bahan yang telah digaul dan tambah garam secukup rasa.
  • Perapkan ikan dengan kesemua bahan tadi dan balut dengan daun kunyit. Biar seketika.
  • Balut bungkusan ikan dengan aluminium foil dan bakar atas kuali hingga masak.
  • Hidangkan dengan nasi panas.

Pasta Marinaruan - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Ikan haruan - dipotong fillet
  • Lemon
  • Udang
  • Tomato dalam tin
  • Bawang putih
  • Bawang kuning
  • Krim
  • Oregano
  • Daun Bay
  • Keju Parmesan
  • Daun parsli
  • Pasta

Cara-cara :
  • Tumis bawang kuning dan bawang putih dan masukkan daun bay.
  • Masukkan tulang ikan ke dalam tumisan. Begitu juga kulit udang dan air.
  • Tumis bawang putih dan bawang kuning, oregano dan daun bay.
  • Masukkan tomato ke dalam tumisan, reneh sambil masakkan stok ikan dan udang.
  • Masukkan ikan dan udang.
  • Masukkan pasta yang telah dimasak dan akhirkan dengan krim. Gaul rata.
  • Letakkan di atas pinggan.
  • Taburkan daun parsli dan keju parmesan bersama sekeping lemon.

Sambal Tumis Ikan Haruan - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • Ikan haruan - dipotong fillet
  • Cili kering - dikisar
  • Bawang merah kecil - dikisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Halia - dikisar
  • Asam keping
  • Lobak merah
  • Saleri
  • Cili merah untuk hiasan
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah

Cara-cara :
  • Ratakan sedikit garam bersama sedikit lada sulah ke atas ikan haruan.
  • Gorengkan dan ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga masak, masukkan asam keping.
  • Selepas itu masukkan stok ikan haruan dan sedikit garam dan gula.
  • Tuangkan bahan tumisan tadi ke atas ikan haruan goreng.

Rulat Haruan Bersama Pes Avocado - Raymond


Bahan-bahan :
  • Ikan Haruan - dipotong fillet
  • Halia
  • Bawang putih
  • Leek
  • Lobak
  • Saleri
  • Avocado
  • Lada benggala
  • Lemon

Cara-cara :
  • Keluarkan fillet ikan.
  • Ikatnya sehingga ia menjadi bulat.
  • Masukkan halia dan bawang putih di tengah dan kukuskan ikan selama 15-20 minit.
  • Rebuskan kepala ikan serta tulangnya bersama lobak, leek dan saleri.
  • Tapiskan sosnya dan kisar bersama lobak yang telah direbus berasingan.
  • Lenyekkan Avocado bersama bawang putih, lemon dan lada benggala.

Sup Ikan Haruan - Danial


Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang Bombay
  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang leek
  • 1 batang celery
  • 1 biji tomato
  • 1 ketul ubi
  • 1 tin cendawan abolon
  • 1 kiub stok ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipis
  • 1/2 sudu kecil daun thyme
  • 2 biji cili padi
  • 1 ekor ikan haruan

Cara-cara :

  • Mula-mula hiris bawang Bombay dan potong lobak merah, batang leek dan celeri.
  • Asingkan semua bahan yang dipotong tadi untuk stok mirepoix.
  • Sekarang masukkankan 150ml air ke dalam pot dan panaskan sehingga mendidih.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan mirepoix ke dalam pot.
  • Kemudian potong fillet ikan haruan.
  • Ambil kepala ikan haruan bersama tulangnya dan didihkan sehingga menjadi stok selama 30 minit.
  • Isi ikan haruan yang telah di fillet masukkan ke dalam foil bersama perahan limau nipis, serbuk thyme dan bawang putih yang telah diketuk.
  • Bungkuskan foil itu dan masukkan ke dalam oven selama 6 minit setelah oven disetkan pada suhu 180'C.
  • Setelah air rebusan mirepoix dengan tulang ikan menjadi stok, tapiskan stok itu dan simpan airnya.
  • Ambil pot yang lain dan panaskan dengan sedikit minyak.
  • Tumis bawang Bombay, bawang putih, 2 biji cili padi dengan l stok ikan bilis.
  • Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan stok ikan haruan tadi serta ubi kentang dan rebus selama 10 minit.
  • Masukkan tomato bersama fillet ikan haruan yang telah dikukus di dalam foil itu.
  • Akhir sekali masukkan garam bersama lada sulah secukup rasa dan masukkan cendawan abalon.
  • Kemudian hiaskan di dalam mangkuk bersama bawang putih dan leek goreng.
  • Siap dihidangkan.

Haruan Masak Singgang Thai Dengan Haruan Goreng Tepung - Deena


Bahan-bahan :
  • Ikan haruan - difilletkan
  • Bawang besar - dimayang
  • Serai - diketuk
  • Cili padi - dipotong halus
  • Lengkuas - dipotong halus
  • Limau nipis - ambil jusnya
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Daun limau purut
  • Garam, gula dan lada
  • Tomato

Cara-cara :
  • Tumis bawang besar, serai, cili padi dan lengkuas.
  • Kemudian masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan haruan dan jus limau nipis.
  • Masukkan garam, gula dan juga tomato.
  • Tutup api bila sudah masak.
  • Celupkan ikan haruan dalam tepung. Kemudian, celupkan pula ke dalam telur dan celupkan semula dalam tepung.
  • Goreng ikan haruan yang disalutkan dalam tepung itu tadi.
  • Hidangkan masakan di atas pinggan.

Kari Hijau Thai Ikan Haruan - Ezani


Bahan-bahan :
  • Pes kari hijau
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 biji limau nipis - untuk diparut kulitnya dan diambil isinya
  • 3 cm belacan
  • 3 batang daun bawang
  • Segenggam daun selasih
  • 3 batang cili hijau
  • 14 biji cili padi hijau
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 cawan santan
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 cawan air
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet
  • Gula
  • Garam
  • Jus limau

Cara-cara :
  • Masak bahan pes kari hijau dalam minyak dan santan hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air, daun limau purut dan cili padi.
  • Biar mendidih.
  • Tambah gula, garam dan jus limau secukup rasa.
  • Masukkan ikan dan reneh hingga masak.
  • Hidangkan dengan halia dan bawang putih goreng.

Haruan Reneh Mentega Dengan Emulsi Belacan - Felix


Bahan-bahan Haruan Reneh Mentega :
  • 250gm mentega
  • 2 sudu besar buah pelaga - dilenyek
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet

Bahan-bahan Sayur Campur :
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 1/3 batang saderi - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang

Bahan-bahan Sos Emulsi :
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah - dipotong dadu
  • 1/2 batang saderi - dipotong dadu
  • Tulang ikan haruan - dopotong kasar
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 inci belacan - dibakar
  • 1/2 cawan krim
  • 50gm mentega

Cara-cara Penyediaan Haruan Reneh Mentega :
  • Cairkan mentega atas kuali.
  • Masukkan buah pelaga dan fillet ikan haruan.
  • Masak untuk 10 minit atau sampai masak, dan keluarkan dari kuali.

Cara-cara Penyediaan Sayur Campur :
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan bila minyak panas, tumis bawang putih.
  • Masukkan kesemua bahan yang lain, dan tumis hingga lebih lembut.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Sos Emulsi :
  • Tumis semua bahan kecuali mentega dan krim di dalam periuk dengan sedikit minyak sehingga harum.
  • Masukkan 2 cawan air ke dalam campuran dan reneh selama 20 minit.
  • Masukkan krim dan mentega serta air sehingga mentega cair.
  • Tapiskan campuran ini, dan ambil cecair sahaja.
  • Kisarkan cecair hingga amat halus dan berbuih.

Sup Haruan Ala Thai Bersama Udon - Amita


Bahan-bahan Sup Haruan :
  • 1 ekor Ikan Haruan - dibahagi kepada kepala dan tulang ikan (isi ikan dipotong menjadi kepingan halus)
  • 3 batang Serai - dititik
  • Bunga Kantan - dihiris halus sehingga mendapat 1 sudu besar
  • 3 biji Limau Nipis
  • 3 biji Cili Padi
  • 2 kelopak Kobis Bunga - dipotong menjadi kepingan kecil
  • 3 batang Kacang Panjang - dipotong
  • 1/2 batang Lobak Merah - dipotong
  • 2 biji Cendawan Putih - dihiris nipis
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan Mee Udon :
  • 100gm Tepung Gandum
  • 2 sudu Besar Minyak
  • 1/2 sudu Kecil Garam
  • Air secukupnya untuk membentuk doh

Cara-cara Penyediaan Sup Haruan :
  • Sediakan stok ikan dengan merebus kepala ikan dan tulang ikan bersama-sama dengan serai, lengkuas, bunga kantan dan cili padi.
  • Tapiskan stok ikan dan masukkan lengkuas, kobis bunga, kacang panjang, lobak merah dan cendawan putih.
  • Masak semua sehingga separuh masak dan masukkan isi ikan dan mee udon.
  • Hidangkan sup apabila ikan dan udon sudah masak.

Cara-cara Penyediaan Mee Udon :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan uli campuran sehingga rata.
  • Biar adunan berehat kira-kira 15 minit.
  • Uli adunan kepada kepingan yang nipis.
  • Kemudian lipat dan potong dengan pisau kepada bentuk udon.

Asam Pedas Haruan - Ary Malik


Bahan-bahan :
  • 1 ekor Ikan Haruan - dihiris saiz sederhana
  • 1/2 biji Bawang Holland
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 3/4 inci Belacan
  • 10 tangkai Cili Kering
  • 10 inci Cili Merah
  • 3 batang Bendi - dibelah separuh memanjang
  • 2 batang Serai - dititik dan dihiris
  • 1 batang Bunga Kantan - dibelah separuh memanjang

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan ikan dan bunga kantan.
  • Apabila sudah separuh masak, masukkan sayur.
  • Tambah garam dan gula, biarkan sehingga sebati.

Ikan Stim Limau - Azlina


Bahan-bahan Ikan Stim :
  • 1 ekor ikan haruan
  • 1 inci halia - potong besar
  • 4 hiris limau
  • 3 hiris lemon
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 serai - potong besar
  • 2 helai daun bawang - potong 1 inci panjang
  • 1 batang cili - potong dan buang biji

Bahan-bahan Sos :
  • 1 inci halia
  • 1 biji lemon - diambil jusnya
  • 3 biji limau - diambil jusnya
  • 2 batang cili - dibuang biji dan dipotong mayang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak dan air

Cara-cara Penyediaan Ikan Stim :
  • Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam perut ikan.
  • Ikat ikan tersebut dengan tali kemas-kemas.
  • Kukus selama 15 minit atau lebih lama bergantung pada saiz ikan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Kisarkan bahan-bahan di atas kecuali cili.
  • Tambahkan sedikit air ke dalam bahan kisar supaya tidak terlalu pekat.
  • Tumis bahan kisar tadi.
  • Masukkan cili apabila mendidih dan tutup api.
  • Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus tadi.

Haruan Dwi-Cara Di Musim Bunga - Brian


Bahan-bahan A :
  • 150ml air
  • 50gm mentega
  • Secubit garam
  • 75gm tepung
  • 1 biji telur - dipukul
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet
  • Daun parsley

 Bahan-bahan B :
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1cm kunyit hidup - dikisar
  • 5 biji cili padi - dikisar
  • 250ml santan

Bahan-bahan C :
  • 25gm mentega
  • 1 biji fennel
  • Segenggam anggur merah

Bahan-bahan D :
  • Fillet ikan haruan
  • 80gm serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Tepung (secukupnya)
  • Garam dan lada

Cara-cara :
  • Panaskan air bersama mentega dan terus masukkan tepung, garam dan telur.
  • Potong ikan haruan menjadi kepingan fillet dan sejukkan.
  • Tumiskan Bahan B. Kemudian, campurkan santan.
  • Masak fennel bersama mentega pada api sederhana selama 15 minit.
  • Masukkan anggur.
  • Sementara itu, gorengkan ikan haruan yang telah dicelup ke dalam tepung, telur dan serbuk roti.
  • Didihkan pes ikan (langkah 1) dalam stok ikan yang dibuat daripada kepala dan tulang ikan.
  • Hidangkan quenelle ikan bersama kuah santan (Bahan B) dan fillet goreng dengan Bahan C yang telah dimasak.

Pizza Delisha - Shahriah


Bahan-bahan :
  • Ubi Bit
  • 1/2 biji Buah Pic
  • 1 batang Sosej (belah 2 dan potong kepada 4 bahagian)
  • Roti Ciabatta
  • Roti Focaccia
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (didadu)
  • 2 biji Ubi Bit (dihiris)
  • Tomato (direbus dan dilenyek)
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Keju Mozarella (diparut)
  • Daun Parsli (dihiris)
  • Lada Benggala (dipotong)

Cara-cara Penyediaan Pizza Delisha :
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang kuning dan bawang putih.
  • Masukkan ubi bit dan kacau .
  • Sesuaikan rasa.
  • Angkat dan sapukan di atas roti yang telah direnjis dengan minyak.
  • Parutkan keju di atasnya dan bakar sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Pic dan Beetroot Bersama Bawang Putih Panggang :
  • Buah pic dipotong dadu, tambahkan gula dan masak sehingga gula pekat.
  • Campurkan pes ubi bit dan buah pic dan kisarkan bersama bawang putih.
  • Hidangkan bersama Pizza Delisha.

Buah Pic Bersoskan Ubi Bit dan Avocado Bersama Salad Sosej - Wahidan


Bahan-bahan :
  • 1 biji Buah Pic
  • 1 biji Ubi Bit Merah
  • 1 biji Avocado
  • 150gm Gula
  • 1 batang Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga

Cara-cara Penyediaan Ubi Bit Merah :
  • Panaskan air, masukkan gula, kayu manis, bunga lawang dan pelaga sehingga mendidih.
  • Masukkan buah pic biarkan selama 10 minit.
  • Parut ubi bit merah kemudian masukkan bersama buah pic tadi sehingga ubi pit merah mengeluarkan warnanya.
  • Apabila buah pic sudah empuk matikan api dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Sosej :
  • Potong sosej menjadi dua bahagian dan salai diatas kuali sehingga kekuningan.
  • Potong roti ciabatta memanjang kemudian bakar dalam ketuhar selama 8 min dengan suhu 150’c.
  • Potong dan bakar roti Foccasia sama cara dengan roti ciabatta.

Cara-cara Penyediaan Salad Sosej :
  • Potong sayur salad, tomato, bunga merah kecil dan avocado gaulkan dengan jus lemon, garam dan lada sulah.
  • Hidangkan.

Biskut Savoury & Sandwich Sweet - Zahin


Bahan-bahan :
  • Mentega
  • Ubi Bit (untuk dibuat biskut)
  • Sosej
  • Garam
  • Serbuk Bawang Putih
  • Lemon
  • Mentega (untuk dibuat Sos Lemon Mentega)
  • Roti
  • Buah Pic
  • Pisang (bahan untuk Sandwic)
  • Gula
  • Mentega

Cara-cara Penyediaan Biskut :
  • Pukul mentega hingga gebu kemudian masukkan semua bahan ke dalam mentega.
  • Kacau hingga bersatu. Bakar 15 minit dengan suhu 180'c

Cara-cara Penyediaan Sandwich :

Masak pic dan pisang dengan sedikit mentega dan gula hingga menjadi keemasan. Potong roti dan terkapkan ia di atas buah yang dimasak. Biarkan roti itu menyerap jus-jus.

Cara-cara Penyediaan Sos Lemon Mentega :

Masukkan semua bahan dan masak hingga likat.

Sosej Tomato & Pan Gritata - Zamir


Bahan-bahan Sosej Tomato :
  • 2 biji Tomata (dibuang kulit dan biji)
  • 1 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1 biji Bawang Merah (dihiris)
  • Secubit Daun Thyme Kering
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • 2 batang Sosej Ayam (dibuang kulit dan dicincang)
  • Garam dan Lada secukup rasa
  • 200ml Air
  • Secubit Gula

Bahan-bahan Pan Gritata :
  • 2 hiris Roti Chiabatta
  • 1 hiris Roti Focaccia
  • 2 ulas Bawang Putih (dicucuk bersama kulitnya)
  • Satu sudu besar Minyak Neuvida
  • Satu sudu besar Mentega
  • Garam dan Lada secukup rasa

Cara-cara Penyediaan Sosej Tomato :
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis selama 2 minit.
  • Masukkan sosej dan goreng sehingga garing.
  • Masukkan tomato dan daun thyme. Setelah 10 minit, masukkan air.
  • Masak selama 20 minit dan masukkan garam, gula dan lada.

Cara-cara Penyedian Pan Gritata :
  • Panaskan minyak dan mentega dan masukkan bawang putih.
  • Masukkan kedua-dua roti ke dalam mesin kisar dan kisar kasar.
  • Masukkan roti ke dalam kuali dan goreng selama 5 minit atau sehingga rangup.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.

Pes Ubi Bit dengan Ikan Dori & Jus Ubi Bit Bersama Buah Pic - Zuraidah


Bahan-bahan Jus :
  • ½ biji Ubi Bit (direbus)
  • 1 biji Buah Pic

Bahan-bahan Ikan Dori :
  • 2 keping Isi Ikan Dori
  • Garam
  • Lada Putih

Bahan-bahan Pes :
  • Ubi Bit
  • Air
  • Bawang Merah
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Jus :

Blend bersama air dan sedikit jus lemon dan air.

Cara-cara Penyediaan Ikan Dori :
  • Perapkan isi ikan dori dengan garam dan lada putih.
  • Masak ikan dori di atas grill pan sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Pes :
  • ½ biji ubi bit yang dimasak dengan air sehingga lembut.
  • Blend bit ini sehingga hancur.
  • Tumis sedikit bawang merah sehingga berbau.
  • Tuang ubi bit yang diblend tadi.
  • Letakkan garam dan sedikit gula.

Sotong Goreng, Sayur dengan Ceram Beetroot - Saiful


Bahan-bahan :
  • Sotong
  • Ceram Lada Bengala Merah/Hijau (dipotong memanjang)
  • Keju Parmesan
  • Tepung
  • Beetroot (dimasak/ ambil air)
  • Roti Pekasa (potong)
  • Bawang Kuning (potong dadu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara :
  • potong sotong bulat, perap didalam ceram, lada bengala yang dipotong dadu.
  • Tumis lada yang telah dipotong dengan bawang kuning dan tambah garam secukup rasa.
  • Kemudian ambil sotong yang diperap tadi dengan salut dengan tepung.
  • Goreng sotong tadi sehingga keemasan.
  • Ambil ceram tumis, tambah sedikit dengan keju parmesan.
  • Setelah semua bahan masak .
  • Hidangkan dan susun mengikut kreativit anda.

Gabungan Savaoury dan Sweet - Raymond


Bahan-bahan :
  • Buah Pic
  • Ubi Bit
  • Roti Ciabatta
  • Krim Putar
  • Sosej
  • Campuran Salad
  • Lemon
  • Cendawan
  • Bawang Holland
  • Keju Mozarella
  • Bawang Putih
  • Roti Focaccia

Cara-cara Penyediaan Savaoury :
  • Hiriskan sosej panjang dan panggangkannya.
  • Potong roti mengikut saiz sosej.
  • Masukkan bawang didalam kuali leper.
  • Seteruskannya masukkan cendawan butang yang telah dihiriskan.
  • Masukkan krim, kacau selama 2-3 minit.
  • Tambah garam dan siapkannya.

Cara-cara Penyediaan Sweet :
  • Roti ciabatta dipotong dua.
  • Potong sebelah kulitnya dan keluarkan isi roti.
  • Masukkan buah pic, taburkan gula dan karamelkan buah pic.
  • Habiskannya dengan krim.
  • Masukkan pic yang sudah dikaramelkan ke dalam roti.
  • Taburkan keju mozzarella diatas roti dan bakarkan didlam ketuhar selama 5-8 minit pada suhu 160-180 darjah.

Open Face Sandwich - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Sosej
  • Roti Ciabatta
  • Mentega
  • Bawang Putih
  • Bawang Kuning (dihiris)
  • Lemon
  • Mesclun (campuran salad)
  • Tomato
  • Keju Parmesan
  • Jus lemon
  • Telur
  • minyak

Cara-cara :
  • Panggang bawang putih.
  • Campurkan minyak, lemon jus dan garam untuk vinaigrette salad.
  • Campurkan mesclun dan tomato bersama vinaigrette.
  • Tumiskan bawang kuning dalam mentega selama 20-30 minit.
  • Masukkan sosej ke dalam tumisan bawang dan masakkan.
  • Bakarkan roti, sapukan mentega dan bawang putih panggang.
  • Susunkan salad yang ditos dalam vinagratte diatas roti dan sosej diatas salad.
  • Penyediaan Sos:Campurkan jus lemon, telur dan minyak ke dalam pengisar dan kisarkan.

Gula-gula Ciabatta dan Pizza Focaccia Sosej Cendawan - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Gula-gula Ciabatta :
  • Roti Ciabatta (dipotong dadu besar)
  • Ubi Bit Merah (dikisar halus)
  • Gula
  • Lada Benggala (dipotong dadu kecil)
  • Buah Pic (dipotong dadu)

Bahan-bahan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Roti Focaccia
  • Sosej Cheese (dipotong nipis)
  • Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Merah (dipotong dadu kecil)
  • Capsicum Kuning (dipotong dadu kecil)
  • Cendawan Butang (diricik)
  • Sos Cili Maggi
  • Garam
  • Cheese Parmesan (diparut kasar)

Cara-cara Penyediaan Gula-gula Ciabatta :
  • Masukkan roti ciabatta yang telah dipotong dadu ke dalam ketuhar dan panaskam ia sehingga menjadi sedikit keras.
  • Panaskan air dan masukkan gula bersama ubi bit merah yang telah dikisar.
  • Gaul rata sehingga gula cair, masukkan roti ciabatta yang telah dibakar tadi.
  • Gaul lagi sehingga rata dan selepas itu boleh dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Pizza Focaccia Sosej Cendawan :
  • Tumiskan bawang merah kecil, bawang putih sehingga naik bau, masukkan sos cili, selepas itu masukkan capsicum merah dan kuning. Tumiskan sehingga masak. Kemudian sapukan tumiskan atas roti Focaccia.
  • Taburkan cheese parmesan pada sapuan tumis dengan rata, letakkan hirisan sosej mengikut cara sendiri dan susunkan hirisan cendawan dan taburkan capsicum merah dan kuning.
  • Selepas siap baker pizza, selama 10 min, boleh dihidangkan.

Stew Sosej Citrawarna dan Si Manis Pic - Imelda


Bahan-bahan :
  • 1 biji Buah Pic
  • 2 batang Sosej
  • 1 Roti Ciabatta
  • 1 Roti Focaccia
  • Sebiji Ubi Bit
  • 1 batang Lobak Merah (dikisar kasar)
  • 3 biji Tomato (dikisar kasar)
  • 1/2 batang Zucchini (dipotong)
  • 5 ketul Cendawan (dipotong nipis)
  • Daun Parsli (dipotong halus)
  • Gula Perang
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang)
  • Perencah Maggi Cukup Rasa

Cara-cara Penyediaan Stew Sosej :
  • Tumis bawang besar hingga kuning dan masakkan zuechini, tomato dan lobak merah.
  • Tambah air dan reneh hingga mendidih.
  • Masukkan sosej, cendawan, Perencah Maggi Cukup Rasa dan parsli.
  • Rebus ubi bit hingga empuk dan potong dadu.
  • Apabila stew sudah masak masukkan ubi bit dan gaul dengan stew.
  • Tabur sedikit parsli.
  • Makan dengan focaccia yang ditoast garing.

Cara-cara Penyediaan Si Manis Pic :
  • Bakar ciabatta yang dihiris nipis hingga garing.
  • Potong pic nipis dan panaskan dengan gula di atas kuali leper sehingga terbentuk karamel.
  • Letak atas roti.

Sandwich Sara - Deena


Bahan-bahan :
  • Roti Ciabatta
  • Sosej Ayam
  • Buah Pic (potong dadu)
  • Ubi Bit ( potong nipis)
  • Tomato (potong wedges)
  • Bawang Putih (cincang halus)
  • Daun Thyme
  • Bawang Besar (didadukan)
  • Daun Salad
  • Telur (ambil kuning sahaja)
  • Lemon
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah

Cara-cara :
  • Gaulkan tomato dengan bawang putih, daun thyme, garam, gula dan lada sulah.
  • Bakar di dalam oven Selama 15 minit.
  • Goreng sosej ayam dengan bawang besar.
  • Goreng ubi bit sampai garing.
  • Toastkan roti ciabatta.
  • Setelah tomato masak, letakkan di atas kuali dan lenyekkan.
  • Masukkan buah pic dan masak lagi sehingga buah pic lembut.
  • Buatkan sos mayonis dengan memukul kuning telur dan jus lemon sampai gebu, masukkan minyak neu-vida sedikit demi sedikit sehingga menjadi ringan dan gebu.
  • Satukan semua bahan dan buat seperti sandwich.

Roti Keju Berlapis Ala Lasagna - Danial


Bahan-bahan :
  • 1 Roti Focaccia
  • 2 batang Sosej Ayam
  • 1 biji Ubi Bit
  • 1 biji Buah Pic
  • 2 sudu besar Pati Tomato
  • 1 biji Tomato Segar
  • 100gm Keju Mozarella
  • 1 biji Bawang Kuning
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Serbuk Thyme
  • 50gm Krim Putar
  • Garam secukup
  • lada sulah secukup rasa

Cara-cara :
  • Cincang bawang kuning dengan bawang putih kemudian hiris sosej ayam bulat-bulat.
  • Ambil satu periuk yang berisi air kemudian didihkan dan masukkan tomato yang telah dikelar ke dalamnya.
  • Panaskan kuali leper yang berisi minyak kemudian tumiskan bawang putih dengan bawang kuning yang telah dipotong dadu.
  • Setelah naik bau masukkan 2 sudu besar pati tomato bersama tomato yang direbus untuk keluarkan kulitnya. Kemudian cincang tomato tersebut.
  • Gaul kesemuanya dan masukkan sosej ayam yang dipotong bulat.
  • Masukkan thyme, garam, lada sulah secukup rasa dan letakkan bolognais di tepi.
  • Sekarang potongkan roti focaccia di bahagian tepi untuk dibahagikan kepada tiga.
  • Taburkan keju mozzarella yang telah diparut pada focaccia yang telah dibahagi kepada tiga itu .
  • Pastikan keju itu ditabur sehingga menutupi setiap permukaan roti itu.
  • Kemudian letak bolognis sosej ayam itu disetiap lapisan roti.
  • Setelah ia menjadi tiga lapisan, masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180’c.

Cara-cara Penyediaan Ubi Bit Manisan :
  • Ubi bit dipotong dadu kemudian dimasukkan ke dalam kuali leper yang telah dipanaskan .
  • Selepas itu, masukkan krim putar bersama dua sudu besar gula .
  • Akhir sekali, masukkan buah pic yang telah dicincang dan sejukkan.
  • Selepas itu, hidangkan bersama roti focaccia berlapis keju ala lagsana.

Breakfast Platter - Felix


Bahan-bahan Beetroot Fondue :
  • ½ cawan Mentega
  • ½ cawan Air
  • Daun Parsli seggenggam (dipotong)
  • Garam dan Lada Hitam secukup rasa
  • 1 biji Ubi Bit (bersaiz sederhana dipotong dadu)

Bahan-bahan Poached Egg :
  • 1 biji Telur
  • ½ cawan Cuka
  • 1 cawan Air

Bahan-bahan Melba Toast :
  • 1 keping Roti Focaccia/Ciabatta
  • Mentega

Bahan-bahan Sup Pic :
  • 1 biji Buah Pic (dipotong dadu)
  • ½ jus Limau
  • ½ cawan Gula

Bahan-bahan Sosej Panggang :
  • Sosej
  • Garam

Bahan-bahan Sos Hollandaise :
  • 1 cawan Mentega
  • ½ biji Limau (ambil jusnya)
  • Garam
  • 1 sudu Daun Parsli (dihiris)
  • 1 biji Kuning Telur

Cara-cara Penyediaan Beetroot Fondue :
  • Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.
  • Reneh dengan api perlahan hingga ubi bit masak, lebih kurang 45 minit.

Cara-cara Penyediaan Poached Egg :
  • Panaskan cuka dan air dalam periuk yang kecil
  • Taburkan sedikit garam
  • Buka telur dan masukkan ke dalam cawan/mangkuk kecil
  • Perlahan-lahan rendamkan telur ke dalam air cuka dan bentukkan putih telur supaya melekat dengan kuning telur dan telur membentuk bola
  • Biarkan ia mereneh selama 3-4 minit. Bila sudah cukup masak, keluarkan telur
  • Rendamkan telur rebus di dalam air ais supaya proses memasak dapat dihentikan

Cara-cara Penyediaan Melba Toast :
  • Potong roti ke saiz berikut : 10cm (P) x 4cm(L) x 1cm(T).
  • Sapu mentega yang dicairkan ke atas roti dan masukkan ke dalam ketuhar.
  • Bakar dengan suhu 250’c sehingga roti itu garing.

Cara-cara Penyediaan Sup Pic :

  • Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besi .
  • Tutup mangkuk besi dengan pembalut plastik.
  • Letak mangkuk atas periuk yang ½ penuh dengan air.
  • Buka api perlahan dan biar 1 jam.

Cara-cara Penyediaan Sosej Panggang :
  • Potong sosej kepada kepingan 1 inci.
  • Taburkan sedikit garam atas sosej.
  • Panggang di atas kuali leper sehingga kulit sosej bakar warna menjadi kuning keemasan.

Cara-cara Penyediaan Sos Hollandaise :
  • Cairkan mentega dalam periuk kecil dan biarkan dengan api kecil hingga mentega cair bertukar warna dan pecah minyak.
  • Tapiskan mentega cair untuk mengasingkan protein dari lemaknya.
  • Pukul kuning telur atas double boiler sedikit, buka api dan secara perlahan tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke dalam double boiler sambil memukul kuning telur untuk membentuk emulsi.
  • Letak jus limau dan garam secukup rasa.
  • Masukkan daun parsli.

French Toast Dengan Pic Rendidih & Curd Lemon Ubi Bit - Ezani


Bahan-bahan Pic Rendidih :
  • 1 biji Buah Pic (belah separuh dan keluarkan biji)
  • 3 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 1 biji Lemon (parut kulit)

Bahan-bahan Curd Lemon Ubi Bit :
  • 1 biji Ubi Bit
  • 3 biji Kuning Telur
  • 4 sudu besar Gula
  • 2 biji lemon (ambil jusnya)

Bahan-bahan French Toast :
  • 1 buku Roti Ciabatta (dipotong kiub)
  • 2 cawan Krim
  • 2 biji Telur
  • 2 sudu besar Gula Icing

Cara-cara Penyediaan Pic Rendidih :
  • Didihkan semua bahan kecuali buah pic untuk membuat sirap.
  • Perlahankan api dan masukkan buah pic. Masak perlahan-lahan sehingga lembut tapi tidak hancur.
  • Apabila sudah masak, keluarkan pic, kupas kulitnya.
  • Didihkan sirap rebusan sehingga pekat.

Cara-cara Penyediaan Curd Lemon Ubi Bit :
  • Kupaskan dan parutkan ubi bit.
  • Masak dengan sedikit air hingga lembut.
  • Masukkan gula. Kisarkan dengan sedikit air sehingga halus.
  • Pukulkan kuning telur, gula dan jus lemon hingga sebati.
  • Masukkan ubi bit yang dikisar dan masak perlahan-lahan hingga pekat.
  • Tapiskan.

Cara-cara Penyediaan French Toast :
  • Pukul hingga sebati.
  • Celup kiub roti, masak dalam sedikit mentega cair sehingga keperangan.
  • Hidangkan.

Open-Faced Sandwich Bebola Bertopi - Brian


Bahan-bahan A :
  • 2 batang Sosej Berempah
  • Daun Parsli segengam
  • 1/2 Roti focaccia (ditos dan dihancurkan)
  • Garam
  • Lada
  • Minyak sedikit

Bahan-bahan B :
  • 1 tin Tomato
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 2 biji Bawang Merah (dicincang)
  • 1/2 Roti Focaccia
  • Air secukupnya
  • Minyak

Bahan-bahan C :
  • 1 Ubi Bit (diparut)
  • 1 biji Limau (diambil jus)
  • 3 sudu besar Gula
  • Roti Ciabatta
  • Parmesan Parut

Bahan-bahan D :
Salad Campuran Pic (dihiris dan dipanggang bahan yang ditoskan)

Cara-cara :
  • Kisarkan bahan A sehingga mendapat pes yang cukup pekat untuk dibuat bebola.
  • Salutkan dengan serbuk roti.
  • Goreng sehingga ranggup.
  • Tumiskan bawang merah selama 15 minit dalam minyak secukupnya.
  • Tambahkan tomato dan sedikit roti focaccia yang dihancur.
  • Tambah garam dan lada secukup rasa.
  • Masukkan bebola daging (langkah 1) untuk direneh dalam sos tomato bersama sedikit daun parsli.
  • Renehkan bahan C sehingga masak. Kisarkan dan tapiskannya.
  • Campurkan dengan minyak neuvida untuk membuat vinegrette.
  • Campurkan bahan D bersama vinaigrette dan hidangkan dengan roti ciabatta yang dibakar, bebola dan sos tomato dan taburkan cheese parmesan.

Roti Telur Sambal dan Salad Pic dan Ubi Bit - Azlina


Bahan-bahan Roti Telur Sambal :
  • 1 Ciabatta
  • 1 Focaccia
  • 1 Sosej Ayam
  • 1 Sosej Black Pepper
  • 2 Telur
  • 3 keping Daun Rocket
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Mentega

Bahan-bahan Salad Pic dan Ubi Bit :
  • ½ Buah Pic (potong dadu)
  • ½ Ubi Bit ( Potong dadu kecil)
  • 1 pek Salad Campuran (keluarkan daun rocket)
  • 1 Kuning Telur
  • 1 sudu kecil Jus Lemon
  • 100gm Mentega
  • 100ml Minyak
  • Gula
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Roti Telur Sambal :
  • Potong lubang di tengah roti
  • Cincang bawang putih dan daun rocket
  • Tumiskan dengan mentega, bawang putih dan daun rocket serta masukkan sosej
  • Tumis sehingga sosej masak
  • Sumbatkan dalam roti
  • Rendamkan roti dalam telur yang dipukul dengan garam dan lada sulah
  • Gorengkan roti dalam campuran minyak dan mentega

Cara-cara Penyediaan Salad Pic dan Ubi Bit :
  • Masakkan pic dadu (tinggalkan sedikit untuk sos) dengan minyak, gula dan sedikit jus lemon.
  • Ubi bit dimasak dalam mentega sehingga lembut (braised).
  • Dalam mangkuk betar, buatkan sos mayonis dengan kuning telur, jus lemon dan minyak.
  • Apabila mayonis terbentuk. Masukkan buah pic yang didadukan.

Hidangan Mini Manis & Savoury - Ary Malik


Bahan-bahan :
  • Roti Focaccia
  • Roti Ciabatta
  • 1 sosej Ayam
  • 1 sosej Daging
  • Buah Pic
  • Ubi Bit
  • Mentega
  • Gula Perang
  • Cendawan Butang
  • Bawang Putih
  • Krim
  • Oregano Kering
  • Lemon
  • Paprika

Cara-cara Penyediaan Hidangan Manis :
  • Potong sehiris roti ciabatta dan rendamkan di dalam krim sehingga serap sepenuhnya.
  • Kemudian bakarkan sekejap bersama mentega di kedua belah sehingga keperangan .
  • Potong sehiris buah pic dan renehkan dalam periuk bersama 2 cawan air dan 4 sudu gula perang sehingga lembut.
  • Setelah siap keluarkan pic.
  • Kemudian masukkan 1 sudu mentega dan 2 sudu krim, tutup api. Biar sebati.
  • Sementara itu, bakarkan roti selama 5 minit pada suhu 160’c dan keluarkan.
  • Letakkan pic di atas roti yang telah dibakar dan letakkan sos yang telah disediakan tadi (menggunakan air rebusan pic tadi).

Cara-cara Penyediaan Savoury :
  • Potong roti focaccia kepada bentuk bulat bersama hirisan tomato (di atas roti).
  • Hiris sosej, bawang putih (dadu) dan cendawan.
  • Panaskan di atas kuali dengan sedikit minyak dan mentega. Tambahkan garam dan oregano dan sedikit lada sulah.
  • Susun di atas potongan roti dan bakar selama 5-10 minit.
  • Tambahkan 1 sudu mentega pada sisa gorengan dan biar sebati bersama sedikit paprika.
  • Letak sos di atas roti setelah siap.

Cara-cara Penyediaan Salad Beetroot dan Pic :
  • Potong buah pic menjadi dadu kecil.
  • Potong ubi bit menjadi dadu kecil dan reneh di dalam mentega sehingga lembut. Keluarkan.
  • Gaul bersama sedikit minyak, jus lemon dan sedikit garam.

Roti Perancis Merah Baldu Bersos Pic - Amita


Bahan-bahan Roti Perancis :
  • Roti Ciabata (dipotong setebal 1cm)
  • 2 biji Telur
  • 1/2 biji Ubi Bit (dihiris dan direbus sehingga lembut)
  • Gula
  • 3 sudu besar Krim
  • 3 sudu besar Mentega

Bahan-bahan Sos Pic :
  • 1 biji Buah Pic
  • 1 ikat Daun Pandan
  • 3 biji Bunga Cengkih
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 cawan Air
  • 1 biji Telur
  • 100ml Krim

Cara-cara Penyediaan Roti Perancis :
  • Campurkan rebusan ubi bit yang telah lembut dengan telur, krim dan gula.
  • Kisarkan campuran supaya menjadi halus.
  • Celupkan roti ke dalam campuran telur, biar roti menyerap semua campuran telur.
  • Panaskan mentega dan masukkan roti yang dicelup dengan telur.
  • Masak dengan api kecil sehingga kedua-dua bahagian menjadi kuning keemasan.

Cara-cara Penyediaan Sos Pic :
  • Potong pic dan masak dalam air bersama bahan-bahan 2,3,dan 4 sehingga pic menjadi lembut.
  • Masak campuran telur dan krim di atas rebusan air.
  • Apabila campuran sudah pekat, campurkan pic yang dimasak tadi dan kisarkan campuran supaya menjadi halus.

Ikan Gerang Asam - Chef Florance Tan



    BAHAN-BAHAN:
  • 175ml Minyak Masak
  • l.1l Air
  • 70g Asam Jawa/Air asam
  • 900g Ikan Pari (dipotong kepingan, 5cm lebar)
  • 3 helai Daun Kesum
  • 1 kuntum Bunga Kantan
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ sudu besar Serbuk Ikan Bilis
  • 15 batang Kacang Bendi (dibuang tangkai dan dipotong menyerong)
    BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
  • 30 tangkai Cili kering
  • 300g Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 7 biji Buah Keras
  • 2 cm Kunyit Hidup
  • 2.5cm Lengkuas
  • 4 batang Serai
  • 1 ½ sudu teh Serbuk Belacan
  • Hiasan:Daun Limau Purut, hirisan Cili dan Daun Bawang
      CARA-CARA PENYEDIAAN:
    • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    • Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    • Selepas itu, masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renehkan selama 8 minit.
    • Besarkan api dan masukkan perasa dan ikan pari. Biarkannya selama 5 minit.
    • Selepas itu, masukkan kacang bendi dan masak selama 5 minit.

      Untuk hidangan:
    • Hiaskan ikan gerang asam bersama daun limau purut, hirisan cili dan bawang, mengikut citarasa.
    • Ikan gerang asam sangat enak dimakan bersama nasi.