Tuesday, November 29, 2011

Ikan Gerang Asam - Chef Florance Tan



    BAHAN-BAHAN:
  • 175ml Minyak Masak
  • l.1l Air
  • 70g Asam Jawa/Air asam
  • 900g Ikan Pari (dipotong kepingan, 5cm lebar)
  • 3 helai Daun Kesum
  • 1 kuntum Bunga Kantan
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ sudu besar Serbuk Ikan Bilis
  • 15 batang Kacang Bendi (dibuang tangkai dan dipotong menyerong)
    BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
  • 30 tangkai Cili kering
  • 300g Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 7 biji Buah Keras
  • 2 cm Kunyit Hidup
  • 2.5cm Lengkuas
  • 4 batang Serai
  • 1 ½ sudu teh Serbuk Belacan
  • Hiasan:Daun Limau Purut, hirisan Cili dan Daun Bawang
      CARA-CARA PENYEDIAAN:
    • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    • Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    • Selepas itu, masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renehkan selama 8 minit.
    • Besarkan api dan masukkan perasa dan ikan pari. Biarkannya selama 5 minit.
    • Selepas itu, masukkan kacang bendi dan masak selama 5 minit.

      Untuk hidangan:
    • Hiaskan ikan gerang asam bersama daun limau purut, hirisan cili dan bawang, mengikut citarasa.
    • Ikan gerang asam sangat enak dimakan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment