Wednesday, November 17, 2010

Ikan Senangin Masak Thai


Bahan-bahan untuk perap ikan :

4 ekor ikan Senangin
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 ½ inci halia - ditumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Sedikit tepung jagung

Bahan-bahan lain :

1 ½ inci halia -ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
½ botol sos cili Thai
1 biji buah tomato (dipotong 8)
1 biji bawang besar
1 biji cili hidup merah
1 biji cili hidup hijau
Sedikit Minyak Masak
Sedikit air

Cara membuat :
  1. Ikan senangin dibersihkan.
  2. Bawang putih dan halia yang ditumbuk diperap bersama serbuk kunyit . Biarkan selama setengah jam.
  3. Gaulkan ikan yang diperap dengan tepung jagung. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga garing.
  4. Tumbuk bawang putih dan halia bersama untuk ditumis.
  5. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan halia bersama hingga garing & naik bau.
  6. Masukkan sos cili Thai. Masak hingga mendidih. Masukkan sedikit air.
  7. Kemudian masukan buah tomato, cili hidup (merah) dan bawang besar.
  8. Dalam pinggan untuk hidang, susun ikan, dan tuang kuah sos ke atas ikan. Taburkan cili hijau untuk nampak lebih menarik.
  9. Siap untuk dihidang...

Sambal Kering Ikan Bilis


Bahan-bahan :

150gram ikan bilis
3 ulas bawan merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
7 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
100ml air
Minyak masak
Garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuat :
  1. Ikan bilis dibersihkan dan ditoskan. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali (boleh guna minyak yang goreng ikan bilis tadi).
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  4. Bila dah bawang2 tu kekuningan, masukan cili kisar.
  5. Bila dh mendidih, masukkan sedikit air perahan asam jawa dan air.
  6. Kemudian, masukkan garam, dan gula sesedap rasa. Masak sehingga cili menjadi warna gelap dan kering.
  7. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  8. Kacau rata, tutup api.
  9. Angkat dan simpan dalam bekas kedap udara. Biarkan sejuk dahulu sebelum tutup.

Ayam Masak Madu


Bahan-bahan :

5 ketul Isi ayam (potong kecik)
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar – dihiris halus
5 sudu makan cili kisar (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
1 biji cili merah & hijau
300-350 ml air
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
  1. Ayam dibersihkan dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak -lbih kurang 3 sudu besar (boleh guna minyak yg goreng ayam tu).
  3. Tumiskan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
  4. Apabila garing, masukkan sedikit air
  5. Kemudian masukkan ayam (yang dh goreng tadi tu) dan masak hingga empuk
  6. Masukkan madu, sedikit garam dan dikacau rata.
  7. Tutup api, angkat dan hidang. Letak cili merah & hijau sebagai hiasan.

Ayam Percik


Peha ayam direbus selama 10min (lebih kurang)

Kuah Percik:

Santan pekat sebiji
Kisar;
-Serai 2 batang
-Bawang merah 2 labu sederhana
-Bawang putih 3 ulas kecil
-Halia 1 inchi

-Cili boh 1 sudu makan.
-Asam keping (1)
-gARAM
-gULA

Cara penyediaan:

1.Panas kuali
2.Masukkan minyak satu sudu makan.
3.Tumiskan bahan kisar dalam 5 minit
4.Masukkan santan & cili boh
5.Kacau untuk memastikan ianya sebati
6.Masukkan asam keping,garam&gula.
7.Kacau lagi hingga agak kering (jgn kering sangat ye)
8.Ayam yang direbus tadi dimasukkan dalam kuah.
9.Golekkan biar rata.
10.Panaskan oven pada suhu 220'c
11. Bakar ayam dalam 15min sebelum diterbalikkan (ingat, ayam kita sudah 1/2 masak sebab dah direbus terlebih dahulu) jadi pembakarannya sekejap saje

Puding Coctail


Bahan-bahan :

1/2 bungkus agar2
10 gelas air
2 tin susu cair
1 tin fruit coctail
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 gelas gula
secubit garam

Cara mmbuatnya :

-msk agar2 bersama air smpi agar2 hncur..
-masukkn gula,garam n aising vanila, slepas gula hncur baru la masukkn susu cair,biar kn seketika..
-kemudian tutup api,masuk kn kdlm bekas @ mangkuk b'kaki utk dsejukkn.
-cara nk bt kuah nya plak, msukkn air fruit coctail + ngn air dlm 2@3 gelas n gula ( dlm 1 sndk kecil ) kalu nk manis leh + lg..ikut selera msg2,
- kacau datas api smpi mnglgk..
-kmdian sejukkn. hidangkn bersama puding yg dh dkrskn buah coctail,slmt mencuba.

Blueberry Cheese Cake


Bahan-bahan :

250gm cream cheese (philadephia)
3 biji telur
1/2 cawan gula
125 gm mentega / butter
biskut tiger coklat / biasa (3 peket kecil)
topping- ikut citarasa, blueberry, strawberry
sedikit esen
Cara-cara :

BASE

1) hancurkan biskut tiger
2) cairkan butter (double boiler)
3) gaulkan biskut + butter cair-tekan dlm loyang hingga mampat

KEK

1) pukul cream cheese + gula sehingga kembang
2) masukan telur sebiji2 dan masukan esen
3) tuangkan ke ats base
4) bakar 185'c selama 20 min dan sejukan...selamat mencuba

TOPING

- letak slps keluarkan kek dr loyang

Monday, October 4, 2010

Ayam Masak Merah


Bahan-bahannya:

seekor ayam di besihkan dan di potong2 - lumurkan ayam dengan serbuk kunyit+ garam dan digoreng, ketepikan.

sambalnya/ kuahnya:.

cili kering -di kisar
2 biji bawang besar - 1 di kisar da satu lg di potong bulat.
5 ulas bawang putih+ halia - dikisar
2 batang serai - di ketuk
sos tomato + sos cili + garam + gula + air asam jawa -secukupnya
serbuk perasa ( jika suka)
kayu manis +pelaga+ bunga lawang
minyak masak
Daun bawang - sebagai hiasan

caranya:-

- tumiskan bahan yg di kisar+ serai+ kayu manis + pelaga dan bunga lawang hinga naik bau.
- lepas tu masukan bawang besar yg dipotong bulat , layukan sekejap dan masukkan sos cili+ sos tomato + garam + gula + serbuk perasa dan air asam jawa secukupnya dan rasa ...
-setelah semuanya cukup rasa baru masuk ayam yg telah di goreng tadi dan kacau rata..
- Dah siap Ayam Masak Merah bolehlah dihidangkan dan hiasailah dengan daun bawang .

Nasi Tomato


Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan beras basmati
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

## Bahan tumis ##
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

## Hiasan ##
Bawang goreng

Cara-cara :
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Tepung Talam Tepung Beras


bahan lapisan bawah

3 keping gula kabung
4 sudu gula pasir
2 cawan tepung gamdum
5 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh air kapur makan

cara-cara :
panaskan kukus dan sapu loyang dgn minyak
gula kabung di masak dgn 3 cawan air tapis dan sejukkan, satukan semua bahan jika sudah manis x perlu masukkan gula pasir (ikut rasa masing2) kemudian dikacau hingga sebati ( lbih mudah guna blender) masukkan dlm loyang dan kukus 20-39 minit

lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil gram (Ikut rasa lebih baik masin sedikit)

cara-cara :

satukan semua bahan (blend lagi mudah) dan masak atas api sehingga agak pekat kemudian tuang atas lapisan bawah yg telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 minit
Tutup pengukus dibalut kain supaya air x menitik atas lapisan kuih

Talam Suji


lapisan bawah

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
3/4 cawan gula (ikut selera nak manis tambah lagi
secubit garam (Ikut rasa)
pewarna kuning

1. bahan ni dicampurkan sekali dan dimasak diatas api yg kecil hingga agak pekat
2. selepas itu masukkan dalam loyang ratakan dan mampatkan dan dikukus selama 20 - 30 minit

lapisan atas

4 cawan santan pekat
1 1/3 cawan tepung gamdum
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut manis - masukkan dulu gula merah kalau kurang manis tambah gula pasir kalau dah sesuai x perlu)

1. semua bahan ini dicampurkan dan diadunkan sehingga tepung tidak berketul2 lagi mudah kalau masuk dlm blender kemudian tapis
2. masakkan di atas api yg kecil hingga pekat

****

lapisan bawah dah masak masukkan lapisan atas dan kukus selama 30 minit lagi
pastikan periuk kukusan dibalut kain supaya air x menitik ke dlmnya..

Seri Muka


lapisan pulut
bahan
300 gm pulut diremdam selama 3 jam dan toskan
400 ml santan cair
garam - ikut rasa masing2

pulut letakkan dlm loyang bersama santan yg dibancuh dgn garam.( letakkan santan separas dgn pulut.biar masin terasa...).kemudian kukus sehingga masak
pulut masak padatkan dia dengan sudu

lapisan sekaya
bahan
150 ml santan pekat
5 helai daun pandan
2 biji telur
3/4 cawan gula- ikut rasa biar rasa manis dimulut
150 ml air
8 sudu besar tepung gamdum
2 sudu besar tepung jagung

daun pandan di blend dgn 150 ml air bg mendapatkan jus pandan.
jus pandan campurkan dgn telur,gula, tepung gamdum dan tepung jagung. lagi mudah kalau semua bahan masuk dlm blender kemudian ditapis. masak atas api sebentar

* kemudian tuang di atas lapisan pulut. pulut itu permukaannya dicakar sedikit. kukus

Apam Aiskrim


Bahan A :
2tsp esen vanila,
250g gula kaster,
1s/b ovellete,
3 bj telur.

Bahan B :
300g tpg gandum,
1tsp serbuk penaik.

Bahan C:
200ml air sprite/ice cream soda.

Cara-cara :

- pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. kemudian masukkan bahan B dan C.
- bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.
- letak dalam cawan kertas atau acuan plastik dan kukus selama 10minit.

Bahulu Rose


Bahan-bahan :

* 4 biji telur
* 1 1/2 cwn gula pasir, bleh kurangkan skit kalau x suka manis
* 1 3/4 cwn tepung gandum
* 1/2 penutup esen rose
* sedikit pewarna, ikut suka
Pukul telur bersama gula hingga kembang.


Cara-cara :

Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen rose. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

Butir Nangka


Bahan-bahan :

• Adunan tepung:
• 1 kampit tepung beras pulut
• 10 helai daun pandan (diblender dan di ambil airnya)
• sedikit air kapur
• Kuah:
• 1 biji kelapa (diambil santannya)
• secubit halba
• 1/2 inci halia (dipotong halus)
• daun pandan
• gula melaka (secukup rasa)
• gula pasir (secukup rasa)
• sedikit garam
 

Cara-cara :

1. adunan tepung: letakkan semua tepung beras kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.

2. ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya.( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.

3. rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.

4. Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan. 


5. selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.

6. kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga.... 


7. selamat mencuba

Thursday, September 30, 2010

Prune Butter Cake

250 pitted prunes - remove 6 pieces for deco
1 cup water
(lepas tu blend minus yang 6 pieces tad - boil sampai tinggal air sedikiti)

350 gram self raising flour
1 tbsp baking powder
1/2 tsp salt

340 gram butter
230 gram sugar
5 eggs

3/4 cup evaporated milk
1 tsp vanilla essence
(rerigerated)

Cream untuk sapu atas cake: (butter cream)
250 gram butter
3/4 cup sugar
3/4 cup evaporated milk
1 tsp vanilla essence
1/4 cup mashed prunes)

Mix sugar, evo milk and vanilla (for buttercream) together and stirtill sugar hancur lepas tu masuk fridge

Masak prunes dalam air for 15 min sampai lembut. Lepas tu draiin the water BUT set aside 1/3 cup of prune liquid.

Mash the cooked prune..BUT reserved /4 cup for buttercream

Pukul butter sampai soft then masuk gula pukul sampai jadi ringan...
Masuk telur
masuk vanila & cooked prunes
masukan sifted flour & garam
masukan prune liquid
bakarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......1 jam

Resepi buttercream lak...
pukul butter until soft...add the cold milk & sugar mixture continue to beat until the icing becomes smooth and spreading consistency..add in the mashed prune
sapu keliling cake..lepas tu letak la 6 biji prunes tadi tu atas cake...sedappppp!!!!

Roti Manis

Bahan-bahan :

1. 400g tepung roti
2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut roti
8. 190ml susu segar

Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.
Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.
Rehatkan lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh sama besar dan bentuk kan ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.
Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadi
Bakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.

Apam Eno


Bahan-bahan :

* 1/2 cwn tapai nasi (1/2 keping ragi gaul dgn 1 cwn nasi, simpan 2 malam)
* 1 cwn air
* 1 cwn gula
* 1/2 paket tepung beras
* 1 cwn air
* 1 paket kecil eno

Cara-cara :

# tapai nasi diblender bersama 1 cwn air dan 1 cwn gula
# dalam bekas lain, adun tepung beras bersama 1 cwn air
# masukkan adunan tapai ke dalam adunan tepung, gaul rata
# perap +- 8 jam
# masukkan eno dan ratakan kedalam adunan yg dah perap
# ambil sesenduk untuk diwarnakan
# masukkan ke dalam acuan apam yg dah disapu minyak, letak 3/4 adunan asal & sedikit adunan warna di atasnya
# kukus +- 20 minit

Spaggeti


Bahan-bahan :

1 buku @2 buku bawang putih(depends byk mana daging nyer..)
daging cincang (beser aiza buat yg sekilo-2 paket )
tomato puree 1 tin(besar cm tin sardin)
cili kering(dh blend ngn bawang merah)
sos tomato & sos cili..
cendawan tin (yg dh siap potong..aiza guna rex)
sedikit cili padi(aiza suka pedas)blend skali ngan cili kering..




Cara-cara :



- panas kan minyak...then masukkan daging cincang...
- bila dh berubah warna, masukkan plak bawang putih(aiza tumbuk)...bila daging dh agak masak, masukkan plak cili kering..bila masak cili nyer, masukkan plak tomato puree..
- masukkan cendawan..then cili sos & sos tomato..jgn llupa letak garam..ader gak yg suka letak meat ball.. bleh letak ms letak bawang putih tuh..then rasa lah..

- utk spageti, aiza biasa rebus ngn sedikit minyk & garam..

Puding Caremal


Bahan-bahan & Cara-cara :

Langkah1)
- mula2 cairkan 1 cawan gula kastor di atas api yg pelahan sehingga perang2, bila sudah cair tuangkan dalam loyang & biarkan sejuk sebentar.

Langkah 2)
- Pukul telur 8 biji , + 1 cawan gula kastor + 1 tin susu ideal +1 tin air ( sukat guna tin susu ideal) + 2 sudu essen vanilla.
- pukul hingga rata dan tuangkan di atas gula cair tadi.

Langkah 3)
- kukus selama 30 minit.

Langkah4)
- Setelah masak, biarkan sejuk. Apabila nak dihidangkan , terbalikkan loyang di atas pinggan.

Bergedil Ayam


Bahan-bahan & Cara-cara :

- ayam bahagian dada dan 3 - 4 biji kentang(di goreng)
- lepas tu di tumbuk bersama garam + lada sulah+ daun soup + daun bawang dan bawang georeng .
- kemudian di kepal-kepal agak kuat sedikit supaya tidak berderai semasa digoreng nanti dan bentukkan bulat leper seperti pergedil.
- pukul telur dgn garfu dan celupkan pegedi dan digoreng hingga kekuningan.
- toskan dan siap di hidangakan bersama sos cili...

Puding Roti Marble


Bahan A :

10 gm serbuk agar-agar
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B :

7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C :

3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara-cara :

1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam

Masak Lemak Cili Padi Telur Itik


Bahan-bahan:

5/6 biji telur itik yang segar (jangan masuk angin)
1 1/2 biji kelapa (jadikan 2 mangkuk besar santan)
15/20 biji cili api (dikisar)
1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dititik)
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 helai pucuk kunyit (basuh dulu>lap bagi kering>hiris halus)
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

1) Masukkan santan dalam kuali.

2) Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi.

3) Masukkan asam keping.

4) Nyalakan api dapur. Masak kuah dahulu dengan api yang sederhana besar sambil kacau supaya santan tak bergentil.

5) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya.

6) Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah mendidih seketika.

7) Masukkan pula telur itik yang pertama. Jangan kacau kuah tetapi jiruskan sedikit demi sedikit kuah dengan lembut ke atas telur tu untuk mengelakkan telur dari hancur/pecah.

(Proses ni agak rumit sedikit kerana terpaksa tunggu telur pertama separuh masak, barulah dimasukkan telur yang kedua... tunggu hingga separuh masak juga.... dan begitulah seterusnya untuk telur yang terakhir).

8) Bila semua telur itik dah mula pejal, barulah dimasukkan serai dan hirisan pucuk kunyit. Kacau gulai perlahan-lahan.

9) Tunggu sehingga pucuk kunyit lecur/masak. Kemudian bolehlah tutup api dapur.

p/s: Korang juga boleh masukkkan 7/8 biji belimbing buluh yang dibelah dua untuk menggantikan pucuk kunyit tetapi dengan syarat jangan pulak letak asam keping...takut nanti gulai tu bertambah masam...SELAMAT MENCUBA....!!!

Kuih Talam Jagung


Bahan Lapisan Bawah :

1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula

Bahan Lapisan Atas :

1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Tiramisu Cake


bahan A untuk jejari span:
(a)4 kuning telur
60g gula halus
100g tepung gandum
(b)60g gula halus
4 putih telur

caranya:
-pukul kuning telur dengan gula hingga kembang.campurkan tepung dan pukul
-dlm bekas lain pukul putih telur dengan gula hingga kembang
campurkan adunan (a) dan (b) dan gaul perlahan
-isi adunan yg telah di campur tadi kedalam piping bag menggunakan nozzle A dan pipe out memanjang2 3 inci setiap 1.buat sehingga habis.
-sebelum di bakar,taburkan sedikit icing sugar dan bakar pada 200'C selama 10 minit
-klu malas mo buat jejari span ni,bole jgk d beli d kedai kek yg sda siap sedia..

bahan B untuk lapisan cream:
1/2 cup double cream(pukul hingga kembang)
500g cream cheese
60g gula
2 biji kuning telur

caranya:
-pukul cream cheese,gula kuning telur.
-kemudian campurkan dauble cream gaulkan..

bahan C untuk coffee syrup
1/2 cawan air panas
3 sd mkn gula
2 sd teh nescafe @ kopi

caranya
-kesemua bhn di campurkan

cara membuat tiramisu
-celupkan jejari span kedalam coffee syrup dan susun bahagian lapisan bawah.
-kemudian tuangkan separuh bahan B(adunan cheese cream)d atas lapisan jejari tadi.
-ulangi dgn mencelup jejari span dan susun.buat proses yang sama sehingga habis.pastikan adunan habis dengan lapisan cream cheese di atas.
-akhir sekali taburkan serbuk koko sebagai hiasan,gunakan serbuk koko vochelle untuk tiramisu yg sedap.

p/s:gunakan loyang yg di khas kan untuk cheese cake sbb cake ni x bole d terbalikan.selamat mencuba..

Carrot Muffin


Bahan-bahan :

250 ml susu segar
125g butter
180g gula halus
3 biji telur
250g tepung gandum
1 sd teh soda bikarbonat
2 sd teh baking powder
100g carrot yg telah di parut
(untuk 12 muffins)

Cara-cara :

- pukul butter dan gula hingga kembang.letakan telur dan pukul lagi.
- letakan tepung,soda,baking powder dan susu.
- akhir sekali masukan parutan carrot.
- letakan adunan kedalam papercup dan bakar pada 200'C selama 25 minit..
- muffin ini sesuai di mkn oleh anak2 yg x suka mkn sayur.

Aiskrim


Bahan-bahan :

1 litter susu Ductch Lady ( coklat @ strawberry)
450g coffermate
2 @ 3 sudu gula ( ikut suka)
essen vanilla 1 tutup.



Cara-cara :

- Blander semua bahan dan tapis, kemudian simpan dalam peti ais.
- Esoknya blander lagi dan tapis ,kemudian simpan dalam peti ais semula.
- Esok nya baru boleh dimakan...( kena bertapa 2 ari baru oleh makan hee)
- hiasan ikut suka : saye gunakan coklat rice atau hancurkan biskut marrie.. pun sedap..

Kek Cokelat


Bahan-bahan & Cara-cara :

2 cwn tpg gndum+ 3/4 cwn coco powder+ 1 sdt bkg pwder + 2 sdt bkrbnt o soda---->skalikan n ayak....

pukul sbuku mntega + 1 1/2 cwn gula pasir smpai kmbang

masukkan 3 bijik telur sbijik dmi sbijik n putar lg...

masukkan 3/4 cwn susu pekat n putar lg n last skali masukkan adunan tepung sket... da abis tpung gaulkan just smpai sbati... jgn over gaul.. t kurengs sket

masuk dlm loyang yg agak2 muat tuk kek tu naek skali gande dr adunan...

better kukus 45 minit... slamat sket n kek masak skate n moist..

tips: first 10 mnit jgn bukak ttp pengukus tuk tgok kek tu naek ke tak n gune api kecik lepas air dlm pngukus da btl2 mndidih...

tuk topping: scwan coco powder+scawan susu pekat(depend ikut citerase nk manis ke kurang manis ke bley tmbah or kurangkan susu).. kalu pakai whisker tgn tu smpai sbati.. kalo pekat sgt tmbah air panas skittt je... da sbati masukkan minyak masak dlm stgh cwn + sket butter tuk kasi lemak... kacau lg smpai sbati n rendam skejap dlm air panas kat dlm pngukus tu... bile kek da masak.. kuarkan n sejukkan n tuang la topping tu atas die.. siapppp...

Cucur Kembung


Bahan-bahan :

1/2 kg tepung gdum
1/2 paket mauripan
1 sudu bsar susu pekat
2 sudu besar minyak msk
2 cwn air
sikit garam




Cara-cara :


- mauripan + air.
- kesemua bahan digaul rata,
- kemudian masukkan sikit2 air yg bersama mauripan td.
- Uli mcm buat nak buat donat.
- biar 1/2 jam atau hgga naik.
- pas2 grg.
- pastikan tgn disapu myk jika x nnt tepung melekat.


Kuah :


Bahan-bahan :


‎1/2 kg daging(hiris halus)- basuh n toskan. pas2 perap dgn kicap + sos tiram
1/4 cwn kicap mnis (saya guna cap kipas udang)
1/4 cwn kicap masin
1/8 cwn sos tiram. perap 1/2 jam atau lebih.
4 biji bwg besar dihiris halus
2 sudu besar lada hitam(ditumbuk agak halus)
1/2 buku butter
1 tin susu cair,
1/2 kotak santan atau 100ml (saya guna cap ayam brand)
 

Cara-cara :

- Cairkan butter, kmdian masukkan bawang besar higga layu.
- masuk daging, lada hitam. bila dgg dah empuk masuk santan n susu cair.

- jika pekat tmbah sikit air. cubalah, tentu anak2 suke...

Monday, September 27, 2010

Muffin Cokelat Chip


Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180-190’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.Siap untuk di bakar.
7. Bakar selama 20 minit.

Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji
(saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Puding Caremal


Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor (gula hangus)
8 biji telur
1 cawan gula kastor
1 tin susu ideal
1 tin air
2 teaspoon esen vanilla

Cara-cara :

Langkah 1 - Mula2 cairkan gula kastor di atas api yg perlahan sehing keperang2an. Bila sudah cair,tuangkan di dalam loyang & biarkan ia sejuk sebentar..

Langkah 2 - Pukul telur, gula kastor, susu ideal, air(...pakai tin susu ideal), esen vanilla.. Pukul hingga rata & tuangkan diatas gula cair tadi..

Langkah 3 - Kukuskan selama 30 minit.

Langkah 4 - Setelah masak,biarkan ia sejuk..apabila nak dihidangkan,terbalikkan loyang di atas bekas/pinggan..

Deep Fried Yam Puff


Bahan-bahan :

1 kg keladi dibuang kilit dan di potong dadu
2 sd mkn gula
1 sd teh garam
1 sd teh serbuk perasa
3 sd mkn tepung sagu
secubit rempah kuih (xda pun xpa)
2 sd mkn minyak jagung (minyak masak pun bole)
minyak untuk mengoreng

inti:

2 sd mkn minyak
4 ulas bwg putih,di cincang
4 kuntum cendawan,direndam dan di potong dadu kecil(semua jns cendawan bole d gnakan)
20 ekor udang basah,di potong dadu kecil
180g dada ayam,di potong dadu kecil.
30g kacang pis
1 sd teh gula
1/2 sd teh garam
1 sd teh kicap cair
1 sd teh sos tiram
1/2 sd teh serbuk perasa
4 sd mkn air
1/2 sd mkn tepung jagung
sedikit daun ketumbar di cincang
sedikit daun bawang di cincang

Cara-cara :

- untuk inti,panaskan minyak,tumis bawang hingga wangi.
- masukan cendawan dan kacau.masukan udang dan ayam dan goreng selama seminit.
- masukan kacang pis dan bahan2 sos campurkan sekali dan letakan kedalam.kemudian masukan daun ketumbar dan daun bawang
- angkat dan sejukan..
- kukus keladi selama 30 minit sehingga empuk.lecek ketika masih panas spy tidak berketul
- masukan gula,garam,serbuk perasa,tepung sagu,rempah kuih dan minyak jagung dan uli hingga sebati. bulat2kan sebesar bola golf.
- dgn tangan bertepung sikit,leperkan dan letakan sedikit inti di tengahnya.tutupkan kulitnya dengan di sapu sedikit air d tepinya.
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.

Sardine Roll


Bahan-bahan :

1 buku roti

inti:

1 tin sardin
10 biji lada kering - di tumbuk lumat
3 biji bawang merah - di tumbuk halus
3 biji bawang putih - di tumbuk halus
1 labu bawang besar - di hiris
sedikit air asam jawa
1 sd teh sos tiram
1 sd teh sos cili
1 sd teh sos tomato
sedikit gula

4 biji telur
2 sd mkn tepung

Cara-cara :

-untuk inti,panaskan minyak tumiskan bwg hingga wangi.
-kemudian masukan lada kering,selepas itu masukan sardin dan hancurkan
-masukan sos tiram,sos tomato,sos cili,gula dan air asam jawa
-untuk mengulungkan roti,roti mesti di basahkan permukaanya dgn sedikit air dan leperkan.
-selepas itu letakan inti sardin dan gulungkan.buat sehingga habis.
-dalam mangkuk lain,pecahkan telur dan campurkan dengan tepung,pukul sehingga adunan telur sebati.
-panaskan minyak yg sederhana banyak,dengan api yg sederhana,celupkan roti yang telah digulungkan tadi ke dlm adunan telur dan goreng hingga kuning keemasan.
-siap dan bole d hidangkan bersama mayonis @pun sos cili mengikut citarasa masing2.
-sesuai d mkn waktu sarapan pagi ataupun minum petang

Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan :
Bawang kecil - 3 ulas
bawang besar - 1 labu (hiris nipis)
...bawang putih - 4 ulas
ikan bilis - 1 genggam
3-4 sudu cili giling / cili kering yg sudah dikisar (ikut suka)
5 tangkai cili kering(hiris nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis).
kicap manis
paru yang d...irebus/dihiris dadu dan goreng
kacang panjang dipotong
tempe dihiris dadu - goreng garing
suhun - rendam
tahu kering(fuucuk) - rendam/dihiris
karot/kentang - jika suka

* kuantiti bahan adalah anggaran je,..ikut kesesuaian.
Cara-cara :

- Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis. Kalau malas,boleh je blend.
- Tumbuk kasar je pun ok..
- Ok, tumis bahan tumbuk tadi, hingga naik bau.
- Masukkan cili kering yang dikisar.
- Tumis hingga agak garing.
- Masukkan pula cili kering hiris dan cili hijau hiris tadi.
- Kacau sebati.
- Masukkan paru yang telah direbus, hiris dan goreng tadi. Kacau sebati bagi meresap bumbu yang ditumis oke.
- Then masukan kicap manis.
- Gaul sebati, besar kan sket api tu.
- Tambah sedikit garam (secukup rasa).
- Garam jgn banyak tau! sebab kicap tuh dah lemak2 masin + manis. Gaul sebati
Masukkan tahu, kacang, tempe , dan kacau sebati. If ada kentang dan karot, pun masukan sekali.
- Kacau sebati baru masukkan pula suhun dan tahu kering.
- Kacau sebati semua bahan, kalau rasa kering sgt, susah nak sebati dgn bumbu tambah sedikit air dan kicap manis. Agak-agak lah.
- Dah sebati semua, angkat. Hidang.

Murtabak Daging


Bahan-bahan & Cara-cara :
kulitnya cuma pakai kulit popiah...
resepi untuk inti....(sama mcm inti karipap)
kentang dipotong dadu- lbh krg 3 biji
daging dicincang sesuka hati nak ltk byk mana
bawang merah (3ulas), bwg putih(1ulas), halia (sehiris)... di kisar
rempah kari
garam, gula, serbuk perisa
tumis bhn kisar, masukkan serbuk kari
masukkan daging cincang, kemudian masukkan kentang..
tambahkan air(untuk empukkan kentang)
masukkan semua perisa sesedap rasa..
kentang empuk, siap.....
kemudian......
pecahkan telur(2 biji), campurkan dgn inti tadi.. campurkan hirisan bawang besar(1 biji), kalau suka blh campur sekali daun sup..
kemudaian....lipat dalam kulit popiah dan goreng dengan sedikit minyak dan api yg perlahan....

Saturday, September 18, 2010

Ayam Blackpepper


Bahan-bahan :

ayam (ikut suka byk mana)
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Kentang potong wedges

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Daun limau purut
Sos tiram
Lada hitam
Kicap kipas udang
Sos Blackpepper
Sedikit air
Kiub pati ayam

Cara-cara :

- ayam potong kecil.. + kunyit + garam goreng 3/4 mask n ketepikan..
- kntg potong wedges n goreng juga.. ketepikan
- bwg besar potong kasar, bwg putih, halia cincg.. tumis bersama daun limau purut.. wangi + sos tiram n lada hitam yg ditumbuk kasar..... + sedikit kicap kipas udang n sos black paper apa2 jnama + sdikit jer air..
- api perlhn..
- letak kiub ayam sket n kuah dh pkat masuk aym n kntg.. tutup api. mkn dgn nsi panas2..

American Baked Cheese Cake


bahan A :

500g krim cheese
125g gula halus
150 ml double cream (di pukul hingga kembang)
4 kuning telur (size B)
1/2 parutan kulit lemon
90g tepung

bahan B :

4 putih telur (size B)
75g gula halus
1/2 sd teh jus lemon
30g tepung jagung

caranya :

-pukul bahan A,krim cheese hingga kembang,selepas 2 letakan gula dan pukul lagi.
-letakan double cream dan pukul.
-letakan kuning telur dan pukul hingga sebati.
-letakan parutan kulit lemon dan tepung.pukul lagi dan tepikan.
-dlm bekas lain pukul bahan B putih telur,gula dan jus lemon hingga kembang.lepas 2 letakan tepung jagung.
-campurkan bahan A & bahan B.
-bakar pada suhu 150'C selama 2 jam.
-klu rasa gula terlalu byk bole kurangkan,kek ni mmg manis.

Chicken Chop


Bahan-bahan ( 4 orang ) :

5 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
2 sudu butter
50g serbuk brown sos(jenama knorr)
1 liter air
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk chicken stok (jenama knorr)
1/2sudu kecil garam
1/2cwn susu segar
3 biji cendawan butang dihiris
diatas bhn untk sos nye

untuk ayam :

ayam ikut suke
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada lada sulah

untuk coslow :

1/2 potongan kobis
carrot sedikit
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar air gula
11/2 sudu jus limau nipis

Cara-cara UNTUK AYAM :

gaulkan semua ayam dan perapkan selama 3 jam dan bakar dlm oven pd suhu 200c 10 minit

UNTUK SOS :

panaskn periuk masukkn butter
tumiskan bwg putih apabila sudh naik bau masuk(serbuk brown sos campurkan dgn 1 liter air)masuk kn brown sos dan kacau sehingga pekat
masuk lada hitam+garam+serbuk chicken stok+cendawan butang gaul kan
last sekali masuk susu segar gaulkan dn tutup api

UNTUK COSLOW :

campurkan kesemua bahan dan masukkn dlm peti sejuk.....

Ikan Kerapu Stim


bahan2 :

1 ekor ikan kerapu(ikan bawal,ikan putih,ikan merah pun boleapa jns ikan yg berisi & bsr)

bahan A

2 cm halia( d hiris)
1 labu bwg besar ( d hiris)
daun bwg ( ikut suka klu mo wangi gna la byk)
1 biji lada bengala (lada merah @ lada hijau pun bole)
3 sd mkn sos tiram
1 1/2 sd mkn gula
secubit garam
secubit lada putih
1 sd teh minyak bijan
4 sd mkn minyak masak
sedikit kicap
1 1/2 gls air

caranya :

-panaskan tempat pengukus.siangkan ikan & cuci bersih.
-campurkan kesemua bahan A d dlm bekas gaulkan.
-letakan ikan d dlm loyang kemudian tuangkan bahan A yg telah d campurkan td.
-kukus hingga masak.

Kangkung Goreng Belacan


bahan2 :

1 ikat kankung
2 biji lada besar merah (d hiris jgn buang biji)
1 1/2 sd mkn sos tiram
1 sd mkn sos cili
1 sd mkn lada kering (yg tlh d kisar halus)
sedikit kicap
1 sd teh gula
secubit garam jika perlu
1 sd teh tepung jagung ( tambah sedikit air)
50 ml air

bahan yg d tumbuk :

1 gengam udang kering
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 cm belacan ( d bakar)

caranya :

-panaskan kuali dengan 2 sd mkn minyak,tumis bahan yg telah d tumbuk tadi hingga wangi.
-msukn lada besar dan kankung gaulkan
-msukn sos tiram, sos cili, lada kering,kicap, gula dan air.
-gaul rata,apabila sayur sda nampak layu sikit masukn tepung jagung yg tlh d tambah sedikit ait tadi.klu terlalu pekat tambah sedikit air
-siap untuk d hidang

Jeli Kelapa


Bahan-bahan (12 cup ) :

1 peket serbuk agar2 10gm (jenama jim willey (koniyaku)
1 mug gula
4 mug air
4 mug air kelapa muda
isi kelapa
Tambah bahan

Cara-cara :

gaul serbuk agar2 dan gula
didihkan air bila mengelegak campurkan agar2 tadi

kacau sampai hancur

tutup api masukakn air kelapa muda tadi gaulkan.

masukan isi kelapa tadi kedalam cup dan tuang jelly tadi sejuk kan dan baru masukkan ke dalam peti ais

makan waktu sejuk

Steamed Red Snapper


Bahan-bahan & Cara-cara :

Ikan Merah ('fillet) Kukus
sedikit lada putiih, fish oil & kicap cair digaul pada ikan
3-4 bwg kecil & i inci halia dihiris & tabur atas ikan
tabur daun bwg/sup & bwg goreng, jika suka tambah tomato
saya tambah sejenis daun (security d sekolah ...anak saya kata sedap utk steam fish so saya cuba...baunya memang sedap... (dipasar tani kata daun ni di panggil ulam mak jah)
tutp dgn cling wrap & kukus guna microwave..
siap utk dimakan...sedap makan panas2 cicah dgn sambal kicap cili padi. ooooh sedapnya!

Vanilla Cupcakes


bahan2 :

150g Butter
150g castor sugar
175g tepung naik sendiri ( klu xda gna tepung biasa & tambah 1 sd teh baking powder)
3 telur
1 sd teh esen vanilla

caranya :

1. Panaskan oven 350oF (180oC).
2. pukul butter dan gula hingga kembang.
3. kemudian masukn telur dan esen vanilla.
4. akhir sekali masukn tepung dan pukul selama 2 minit hingga kembang.
5. selepas itu masukan adunan ke dlm paper cup dan bakar 18-20 minit.
6. setelah siap,biarkan sejuk sebelum letak icing d atasnya.

Chocolate Chip Muffin


Bahan-bahan :

110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

Blackpepper Chicken


bahan A

6 ketul chicken wings (gna dada ayam pun bole)
3 sd mkn tepung jagung
secubit garam
secubit lada putih

bahan B (untuk kuah)

1 biji bwg besar (belah 4)
2 cm halia (hiris)
1 biji lada bengala hijau (yg merah pun bole jgk)
1 btg lobak ( di potong panjang2)
1 sd mkn lada hitam (di tumbuk halus)
2 sd mkn sos tiram
1 sd teh gula
sedikit minyak bijan
sedikit kicap
secubit grm (klu x ltk garam pun bole sbb sos tiram da masin)
200 ml air
2 sd teh tepung jagung (tambah 2 sd teh air untuk mencairknya)

caranya :

-campurkan kesemua bhn A dan goreng kering.alihkan dr kuali.
-menggunakn minyak yg sikit ,tumis bahan B bwg besar,halia dan lada bengala.
-kemudian masukan lobak dan kacau,masukn sos tiram,kicap lada hitam,minyak bijan,gula dan garam.
-tuangkan air biarkan selama 5 minit kemudian letakan tepung jagung yg tlh d bancuh dgn sedikit air.campurkn sehingga kuah pekat.
-akhir sekali masukan ayam yg tlh d goreng td..taburkan sedikit biji bijan klu suka..Asiap untuk di hidangkan

Puding Caremal


Bahan-bahan :

6 biji telur
6 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu esen vanila
mixer kan semua bahan diatas n tapiskan

tuk karamel 12 sudu gula (ikut suka) rata kan diloyang kemudian letakkn loyang di atas api perlahan kacau sehingga kekuningan n tutup api dan biarkan ia sejuk n keras

Cara-cara :

apabila karamel sudah keras masukkn adunan yg dimixer td kedlm loyang dan kukuskan sehingga masak... kemudian sejuk dahulu di luar baru masuk dlm peti ais.... bile dh sejuk br kuar dari loyang....

Blueberry Muffin


bahan2:

* 170 g mentega
* 160 g gula kastor
* 4 biji telur gred A
* 350 g tepung gandum
* 20 g baking powder
* 1 camca teh esen vanilla
* Blueberry filling secukupnya
* Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
* 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga.....

Cendawan Masak Sos Tiram

Bahan-bahan :

1 peket cendawan
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 biji cili merah dihiris
sayur kailan
...3sudu besar sos tiram
kalo suke pedas ketuk cili padi
1 cwn air
1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air

Cara-cara :

- tumiskan bwg merah bwg putih..
- pastu masukkan sos tiram tambah 1 cwn air biar kan ia reneh seketka...
- pastu masuk sayur kailan cili merahn cendawan tambah garam n pak aji..
- pastu masukkan bancuhan tepung jagung td

Cendawan Goreng Tumis Kunyit


Bahan2nya:

3 bji bawang merah ( kecil)
2 ulas bawang putih
3 biji cili padai ( jika nak pedas boleh letak ) - di tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air asam jawa ( sikit saja..)

Cara-cara :

- tumiskan bawang merah + bawang putih + cili padaileh letak ) dan tumis hingga garing.
- lepas tu mskkn serbuk kunyit dan air asam jawa
- akhir sekali masukan cendawan tiram kacau rata dan dah siap.. boleh hidangakan

Cheese Makaroni Oven


Bahan2( 6 orang. ) :

1 bungkus makaroni yg mcm kerang atau straw tu. (saya campur spiral macaroni -ada stok kat rumah)
Cheddar cheese.(saya guna 1 buku cheese 250g + 2 slice cheese)
1 biji bawang kuning yang besar, 3 ulas bawang putih.
2 sudu butter.
3 sudu besar tepong gandum.
3 cawan susu uht.
2 cawan air.
1 kiub ayam knorr.
2 biji chili cameron atau asparagus.(saya tak letak)
Udang atau ayam.(kuantiti sukahati) saya guna 1/4 bahagian isi ayam panggang + 3 keping burger ayam
3 atau 4 sudu sos chili.(kimball sedap).
Serbuk lada hitam(pepper) dan garam.

Cara-cara :

Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter.
Biarkan sampai layu kekuningan. Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air,
kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut. Masukan udang
atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukan susu dan sos chili..
Kemudian masukan cili cameron yang dihiris2 atau asparagus yang telah dicelor. Celor dengan air rebusan makaroni tadi.
Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra(bob). Eh lupa lak....parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum...perghhh sedap. Masukan kesemuanya kedlm bekas pembakar, tabur cheese parut diatas sebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.

Air Asam


Bahan-bahan :

2 biji bwg dihiris
1 biji limau kasturi dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
2cm belacan
air asam jawa dibancuh pekat 1 mangkuk
garam dan gula ikut suka

Cara-cara :

gaul kan semua bahan tekankan sikit cili padi untuk pedas...pergh sedap cicah dgn ikan pari bakar....

Ketam Masak Cili


Bahan-bahan:

a) 1 kg ketam – buang perisainya, bersihkan dan potong 2
b) 1 batang serai
c) 10 bawang merah (kecil)
d) 6 ulas bawang putih
e) 2 cm halia
f) 2 cm kunyit
g) 3 cm lengkuas
h) 2 cm belacan
i) 15 cili kering
j) 2 sudu makan asam jawa – campurkan dengan ½ cawan air dan tapis
k) Garam dan gula secukup rasa
l) ½ cawan minyak masak


Cara penyediaan:

1. Tumbuk/kisar bahan (b) hingga (i) bersama-sama.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yamg telah ditumbuk/kisar hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ½ cawan air dan biarkan mereneh.
5. Masukkan ketam dan gaul rata dengan bahan-bahan dalam kuali. Biarkan hingga ketam masak. Kuahnya akan menjadi sedikit kering.
6. Hidangkan bersama nasi.

Kek Kukus


Bahan2 :

400gm gula halus/brown sugar (saya guna b.sugar)
450gm mentega/butter
600gm tpg gandum
5 biji telur gred A
500gm buah2an campuran (mix fruit dlm kotak) - kalo x suka byk buah kurangkan buahnyer amik 350gm jer pun leh
220gm gula (utk wat gula hangus)
1 camca teh esen vanila
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh cream of tartar

caranya :

1. pukul mentega n gula hingga kembang, kemudian masuk esen
vanila
2. masukn telur sebiji demi sebiji pukul sampai kembang
3. masukn buah2an campuran kacau rata
4. masukn tepung gandum yg telah diayak bersama soda
bicarbonate n cream of tartar ke dalam adunan sedikit2 smpai
habis kacau rata
5. masak gula hangus pas tu masuk dlm adunan dan kacau rata
(masukn gula hangus semasa panas jgn biar sejuk nnti keras)
6. masukn aduan ke dlm loyang 10" (besar gak tau) tutup dgn
aluminium foil pas tu kukus sampai 4 jam

panduan :

- sebelum start mengadun kek , didihkn air dlm periuk kukus dulu
- sementara nak tgu abis adun air pun dah didih.
- pas 2 masukn loyang dlm periuk kukus besarkan api untuk 1 jam pertama (utk
jadikn buah2an tu x mendap ke bawah)
- pas 1 jam kecilkan api sampai kek masak (jgn bukak penutup periuk kukus tau smpai 4
jam - tu pantang larangnyer)
- kalau nk tmbh air dlm periuk kukus air mesti air yg panas jgn
masukn air sejuk. "SELAMAT MENCUBA" :)