Tuesday, November 15, 2011

Ayam Kantan Bersama Krim Tomato dan Bunga Kantan - Ary Malik



Bahan-bahan Ayam :
  • Dada Ayam - 1 keping
  • Isi Limau Bali - ½ biji
  • Bunga Kantan (dihiris) - ½ kuntum
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Paprika
Bahan-bahan Sos Krim Tomato dan Bunga Kantan :
  • Tomato Puri - 3 sudu besar
  • Bunga Kantan (ditumbuk) - ½ kuntum
  • Jus Lemon - ¼ cawan
  • Daun Selasih (dicincang halus) - 1 ½ helai
  • Mentega - 2 sudu besar
  • Garam
  • Lada Sulah
Bahan-bahan Kentang Pesto :
  • Kentang - 2 biji
  • Garam
Bahan-bahan Sos Pesto Kailan dan Daun Selasih :
  • Daun Selasih - 10 helai
  • Daun Kailan - 7-8 helai
  • Jus perahan Limau Bali - 1/2 cawan
  • Jus perahan Lemon - 1/4 cawan
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Madu - ½ sudu besar
  • Kacang Badam (dipanggang)
  • Minyak
  • Paprika
Cara-cara Penyediaan Ayam :
  • Perapkan dada ayam bersama isi limau bali, bunga kantan. Perasakan dengan garam, lada sulah dan paprika secukup rasa selama 15 minit.
  • Kemudian panaskan kuali bersama sedikit minyak dan goreng kedua-dua belah bahagian dada ayam sehingga keperangan.
  • Keluarkan dan letak ke tepi.
Cara-cara Penyediaan Krim Tomato dan Bunga Kantan :
  • Gaulkan tomato puri, bunga kantan, jus lemon dan selasih. Gaul sehingga rata.
  • Selepas itu, lumurkan ia pada kedua-dua belah bahagian ayam yang telah di goreng tadi.
  • Kemudian, tuangkan sedikit minyak dan satu sudu besar mentega di atas ayam. Dan masukkan ia ke dalam ketuhar selama 10-12 minit pada suhu 180°c. Setelah masak, biarkan seketika.
  • Pada masa yang sama, lebihan sos tadi kemudiannya dipanaskan pada suhu api rendah dan tambahkan 1 sudu besar mentega dan gaul sehingga rata. Tuangkan ke atas ayam.
Cara-cara Penyediaan Kentang Pesto :
  • Panaskan periuk bersama sedikit air dan rebus kentang sehingga lembut dan empuk.
  • Kemudian, lenyekkan kentang tersebut sehingga hancur.
Cara-cara Penyediaan Sos Pesto Kailan dan Daun Selasih :
  • Masukkan daun selasih, daun kalian, jus limau bali dan jus lemon ke dalam pengisar. Tambahkan juga garam dan lada sulah secukup rasa. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga hancur dan sebati.
  • Kemudian, kacang badam dipanggang bersama sedikit minyak dan serbuk paprika. Apabila telah siap, gaulkan ia bersama madu dan serbuk paprika.

No comments:

Post a Comment