Friday, November 25, 2011

Batang Pinang Dengan Salsa Air Asam - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Tenderloin :
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan gula
  • Filet mignon
  • Tali (untuk mengikat filet mignon)

Bahan-bahan Kuah Percik :
  • Cili Kering
  • Serai
  • Bawang Merah Besar
  • Bawang Putih
  • Serbuk Kunyit
  • Santan

Bahan-bahan Air Asam :
  • Tomato
  • Cili Merah
  • Cili Padi
  • Ketumbar
  • Bawang Merah
  • Stok Udang
  • Air Asam
  • Limau

Bahan-bahan Nasi Putih :
  • Beras Jasmine
  • Serai
  • Halia

Bahan-bahan Salsa :
  • Potong tomato ceri menjadi dua.
  • Hiris bawang kecil dan cili padi.
  • Koyak daun ketumbar ke serpihan kecil

Cara-cara Penyediaan Tenderloin :
  • Trim filet mignon dari bahagian batang pinang yang lain hingga cantik dan bulat.
  • Ikat dengan tali supaya bahagiannya kekal bulat dan cantik masa memasak.
  • Perapkan seluruh filet mignon dengan kunyit, garam dan gula, selama 1 jam.
  • Goreng dengan sekejap (sear) semua bahagian filet hingga perang dengan suhu yang panas di atas kuali menggoreng.
  • Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 100 darjah celcius selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara-cara Penyediaan
  • Kisarkan semua bahan hingga amat halus dengan air.
  • Reneh atas pot untuk selama 1 jam supaya semua bahan jadi lembut.
  • Letakkan gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Air Asam :
  • Kisar tomato, cili merah, cili padi, ketumbar dan bawang merah, dengan jus limau dan air asam.
  • Tambahkan gula, garam dan jus limau mengikut cita rasa anda.

Cara-cara Penyediaan Nasi Putih :

  • Tanak nasi dengan serai dan halia.

Cara-cara Penyediaan Salsa :

Semasa menghidang, toskan bersama bahan dengan sedikit air asam dan lobak atas pinggan.

Pasukan Merah: Ezani (Ketua Kumpulan), Imelda, Amita, Zuraidah, Felix, Saiful, Wahidan, Raymond, Nik Michael,Danial

No comments:

Post a Comment