Tuesday, November 29, 2011

Roti Keju Berlapis Ala Lasagna - Danial


Bahan-bahan :
  • 1 Roti Focaccia
  • 2 batang Sosej Ayam
  • 1 biji Ubi Bit
  • 1 biji Buah Pic
  • 2 sudu besar Pati Tomato
  • 1 biji Tomato Segar
  • 100gm Keju Mozarella
  • 1 biji Bawang Kuning
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Serbuk Thyme
  • 50gm Krim Putar
  • Garam secukup
  • lada sulah secukup rasa

Cara-cara :
  • Cincang bawang kuning dengan bawang putih kemudian hiris sosej ayam bulat-bulat.
  • Ambil satu periuk yang berisi air kemudian didihkan dan masukkan tomato yang telah dikelar ke dalamnya.
  • Panaskan kuali leper yang berisi minyak kemudian tumiskan bawang putih dengan bawang kuning yang telah dipotong dadu.
  • Setelah naik bau masukkan 2 sudu besar pati tomato bersama tomato yang direbus untuk keluarkan kulitnya. Kemudian cincang tomato tersebut.
  • Gaul kesemuanya dan masukkan sosej ayam yang dipotong bulat.
  • Masukkan thyme, garam, lada sulah secukup rasa dan letakkan bolognais di tepi.
  • Sekarang potongkan roti focaccia di bahagian tepi untuk dibahagikan kepada tiga.
  • Taburkan keju mozzarella yang telah diparut pada focaccia yang telah dibahagi kepada tiga itu .
  • Pastikan keju itu ditabur sehingga menutupi setiap permukaan roti itu.
  • Kemudian letak bolognis sosej ayam itu disetiap lapisan roti.
  • Setelah ia menjadi tiga lapisan, masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180’c.

Cara-cara Penyediaan Ubi Bit Manisan :
  • Ubi bit dipotong dadu kemudian dimasukkan ke dalam kuali leper yang telah dipanaskan .
  • Selepas itu, masukkan krim putar bersama dua sudu besar gula .
  • Akhir sekali, masukkan buah pic yang telah dicincang dan sejukkan.
  • Selepas itu, hidangkan bersama roti focaccia berlapis keju ala lagsana.

No comments:

Post a Comment