Friday, November 25, 2011

Manisan Terkejut dan Mengejutkan - Wahidan


Bahan-bahan :
  • 5 ulas durian - ambil isinya sahaja
  • 150 gm tepung
  • 50ml susu/krim
  • 2 biji telur
  • 1 buku roti
  • 1 sudu teh gula
  • 1 pek mentega - untuk disapu


Cara-cara :
  • Potong roti dan letak sedikit minyak.
  • Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180’c selama 10 minit.
  • Pukul 2 biji telur, masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga kembang, masukkan tepung dan susu sehingga sebati.
  • Jika roti tadi sudah kekuning-kuningan, keluarkan dan letak di loyang yang telah dilapik kertas minyak serta disapu mentega.
  • Susun roti mengikut selera anda. Kemudian, masukkan adunan tadi sehingga rata.
  • Bakar pada suhu 200’c selama 15 minit.
  • Gaul isi durian dengan mentega sehingga sebati.
  • Jika roti dan adunan tadi sudah sedia, keluarkan dari ketuhar dan rehatkan.
  • Kemudian potong bentuk segi tiga dan letak ke atas pinggan kemudian letak isi durian ke atas roti.
  • Hidangkan.

No comments:

Post a Comment