Friday, November 25, 2011

Mee Ayam Berempah Oriental - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Ayam Berempah :
  • 3 sudu besar serbuk 5 rempah
  • 1 labu bawang putih diketuk
  • 5 biji bunga lawang
  • 4 sudu besar kicap manis pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • Ayam daging (bahagian paha atau dada)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya untuk menutupi ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula perang secukup rasa
  • Telur burung puyuh (direbus dan dikupas kulit)
  • 2 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan air)

Bahan-bahan Mee Sua :
  • 1 bungkus mee sua
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kuah ayam berempah
  • 2 sudu besar minyak bawang putih
  • Sedikit air rebusan mee sua
  • 5 batang pak choi kecil

Cara-cara Penyediaan Ayam Berempah :
  • Perapkan ayam dengan bahan-bahan 1-5 untuk 10 minit.
  • Panaskan minyak dan masak daging ayam bersama dengan bahan-bahan perapan sehingga naik harum.
  • Tuang masuk air sehingga menutupi ayam. Masukkan telur burung punyuh dan sedikit garam dan gula - Jangan terlalu banyak kerana air rebusan akan berkurangan.
  • Keluarkan ayam apabila sudah masak, kira-kira 15 minit supaya daging ayam tidak menjadi keras dan simpan di mangkuk yang ditutupi.
  • Masak air rebusan sehingga tinggal separuh daripada yang asal, bubuh garam dan gula mengikut cita rasa sendiri.
  • Masukkan air, tepung jagung supaya kuah akan memekat. Masukkan ayam ke dalam kuah.
  • Potong ayam dan telur dan taburkan kuah di atas.

Cara-cara Penyediaan Mee Sua :
  • Panaskan pentuk dengan air yang cukup untuk merebus mee sua dan pak choi.
  • Keluarkan mee sua dan pak choi apabila sudah lembut dan campurkan dengan semua bahan-bahan yang lain.

Pasukan Merah: Ezani (Ketua Kumpulan), Imelda, Amita, Zuraidah, Felix, Saiful, Wahidan, Raymond, Nik Michael,Danial

No comments:

Post a Comment