Wednesday, November 16, 2011

Awan Dahlia - Chef Riz

    Bahan-bahan 'Meringue':
  • 8 biji Telur Putih
  • ¾ cawan Gula
  • Secubit Garam
  • ¾ periuk Air
  • Bahan-bahan Sos Kastard:
  • 4 biji Telur
  • ¼ cawan Gula
  • Secubit Garam
  • 2 cawan Susu
  • 1 tangkai Vanilla
  • Bahan-bahan Len Chi Kang:
  • 100gm Longan Kering/Laici
  • 20gm 'Fungus' Putih
  • 10gm Biji Selasih (direndam)
  • 30gm Mutiara Sagu Merah
  • 20gm Cincau
  • 4biji Telur
  • 30gm Barli (dimasak)
  • 15gm 'Foo Chook' (direndam)
  • 15gm Agar Agar Pandan
  • 15gm Nata De Coco
  • 10gm Taufu Lembut Putih
  • 10gm Kacang Gajus (dipanggang)
  • 10gm Ginko
  • 100gm Gula
  • 4helai Daun Pandan
  • Ais Hancur (secukupnya)
    Cara-cara penyediaan 'Meringue':
  • Panaskan ¾ periuk bersama air sehingga mendidih. Sementara itu, pukul putih telur bersama garam sehingga ia menjadi kembang. Kemudian, tambahkan gula dan pukul sehingga kental (stiff).
  • Perlahankan api dan biarkan air mereneh. Ceduk keluar telur putih dengan menggunakan sudu besar dan masukkan ke dalam air yang sedang direneh tadi dan biarkan ia direbus selama 2 minit. Terbalikkan menggunakan sudu yang sama tadi dan biarkan sebelah telur direbus selama 4 minit.
  • Keluarkan telur yang direbus tadi dan keringkan menggunakan kertas tisu dan ketepikan sehingga diperlukan.
    Cara-cara penyediaan Sos Kastard:
  • Pukul kuning telur sehingga kembang, dan masukkan gula dan garam.
  • Panaskan susu sehingga takat suam dan dengan berhati-hati, masukkan ia kedalam campuran telur.
  • Pada masa yang dengan menggunakan kaedah “double boiler”, panaskan kastard sehingga ia menjadi pekat dan melekat di belakang sudu. Selepas itu, keluarkan dan tambahkan vanilla dan biarkan ia sejuk. Ketepikan.
    Cara-cara penyediaan Len Chi Kang:
  • Panaskan periuk bersama air dan masukkan kesemua bahan-bahan kedalam bersama gula dan daun pandan.
  • Masukkan Len Chi Kang kedalam mangkuk hidangan dan masukkan sos kastard dengan berhati-hati.
  • Selepas itu, masukkan 'Meringue' kedalam mangkuk dan biarkannya terapung.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment