Monday, October 4, 2010

Ayam Masak Merah


Bahan-bahannya:

seekor ayam di besihkan dan di potong2 - lumurkan ayam dengan serbuk kunyit+ garam dan digoreng, ketepikan.

sambalnya/ kuahnya:.

cili kering -di kisar
2 biji bawang besar - 1 di kisar da satu lg di potong bulat.
5 ulas bawang putih+ halia - dikisar
2 batang serai - di ketuk
sos tomato + sos cili + garam + gula + air asam jawa -secukupnya
serbuk perasa ( jika suka)
kayu manis +pelaga+ bunga lawang
minyak masak
Daun bawang - sebagai hiasan

caranya:-

- tumiskan bahan yg di kisar+ serai+ kayu manis + pelaga dan bunga lawang hinga naik bau.
- lepas tu masukan bawang besar yg dipotong bulat , layukan sekejap dan masukkan sos cili+ sos tomato + garam + gula + serbuk perasa dan air asam jawa secukupnya dan rasa ...
-setelah semuanya cukup rasa baru masuk ayam yg telah di goreng tadi dan kacau rata..
- Dah siap Ayam Masak Merah bolehlah dihidangkan dan hiasailah dengan daun bawang .

Nasi Tomato


Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan beras basmati
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

## Bahan tumis ##
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

## Hiasan ##
Bawang goreng

Cara-cara :
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Tepung Talam Tepung Beras


bahan lapisan bawah

3 keping gula kabung
4 sudu gula pasir
2 cawan tepung gamdum
5 cawan air
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh air kapur makan

cara-cara :
panaskan kukus dan sapu loyang dgn minyak
gula kabung di masak dgn 3 cawan air tapis dan sejukkan, satukan semua bahan jika sudah manis x perlu masukkan gula pasir (ikut rasa masing2) kemudian dikacau hingga sebati ( lbih mudah guna blender) masukkan dlm loyang dan kukus 20-39 minit

lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil gram (Ikut rasa lebih baik masin sedikit)

cara-cara :

satukan semua bahan (blend lagi mudah) dan masak atas api sehingga agak pekat kemudian tuang atas lapisan bawah yg telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 minit
Tutup pengukus dibalut kain supaya air x menitik atas lapisan kuih

Talam Suji


lapisan bawah

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
3/4 cawan gula (ikut selera nak manis tambah lagi
secubit garam (Ikut rasa)
pewarna kuning

1. bahan ni dicampurkan sekali dan dimasak diatas api yg kecil hingga agak pekat
2. selepas itu masukkan dalam loyang ratakan dan mampatkan dan dikukus selama 20 - 30 minit

lapisan atas

4 cawan santan pekat
1 1/3 cawan tepung gamdum
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut manis - masukkan dulu gula merah kalau kurang manis tambah gula pasir kalau dah sesuai x perlu)

1. semua bahan ini dicampurkan dan diadunkan sehingga tepung tidak berketul2 lagi mudah kalau masuk dlm blender kemudian tapis
2. masakkan di atas api yg kecil hingga pekat

****

lapisan bawah dah masak masukkan lapisan atas dan kukus selama 30 minit lagi
pastikan periuk kukusan dibalut kain supaya air x menitik ke dlmnya..

Seri Muka


lapisan pulut
bahan
300 gm pulut diremdam selama 3 jam dan toskan
400 ml santan cair
garam - ikut rasa masing2

pulut letakkan dlm loyang bersama santan yg dibancuh dgn garam.( letakkan santan separas dgn pulut.biar masin terasa...).kemudian kukus sehingga masak
pulut masak padatkan dia dengan sudu

lapisan sekaya
bahan
150 ml santan pekat
5 helai daun pandan
2 biji telur
3/4 cawan gula- ikut rasa biar rasa manis dimulut
150 ml air
8 sudu besar tepung gamdum
2 sudu besar tepung jagung

daun pandan di blend dgn 150 ml air bg mendapatkan jus pandan.
jus pandan campurkan dgn telur,gula, tepung gamdum dan tepung jagung. lagi mudah kalau semua bahan masuk dlm blender kemudian ditapis. masak atas api sebentar

* kemudian tuang di atas lapisan pulut. pulut itu permukaannya dicakar sedikit. kukus

Apam Aiskrim


Bahan A :
2tsp esen vanila,
250g gula kaster,
1s/b ovellete,
3 bj telur.

Bahan B :
300g tpg gandum,
1tsp serbuk penaik.

Bahan C:
200ml air sprite/ice cream soda.

Cara-cara :

- pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. kemudian masukkan bahan B dan C.
- bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.
- letak dalam cawan kertas atau acuan plastik dan kukus selama 10minit.

Bahulu Rose


Bahan-bahan :

* 4 biji telur
* 1 1/2 cwn gula pasir, bleh kurangkan skit kalau x suka manis
* 1 3/4 cwn tepung gandum
* 1/2 penutup esen rose
* sedikit pewarna, ikut suka
Pukul telur bersama gula hingga kembang.


Cara-cara :

Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen rose. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

Butir Nangka


Bahan-bahan :

• Adunan tepung:
• 1 kampit tepung beras pulut
• 10 helai daun pandan (diblender dan di ambil airnya)
• sedikit air kapur
• Kuah:
• 1 biji kelapa (diambil santannya)
• secubit halba
• 1/2 inci halia (dipotong halus)
• daun pandan
• gula melaka (secukup rasa)
• gula pasir (secukup rasa)
• sedikit garam
 

Cara-cara :

1. adunan tepung: letakkan semua tepung beras kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.

2. ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya.( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.

3. rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.

4. Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan. 


5. selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.

6. kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga.... 


7. selamat mencuba