Saturday, December 31, 2011

Belut Gulung Bersoskan Jeruk Bawang - Wahidan

Bahan-bahan Belut :
  • 1 ekor Belut
  • Tepung
  • Jus Limau
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Sulah

Bahan-bahan Sos :
  • 5 labu Bawang Merah Kecil (dihiris)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 2 inci Halia (dihiris)
  • 150gm Jeruk Bawang
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 3 sudu besar Sos Cili Maggi
  • 2 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1 sudu teh Minyak Bijan
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu teh Garam

Cara-cara Penyediaan Belut :
  • Bersihkan belut dengan melumurkan tepung gandum untuk menghilangkan lendir pada belut.
  • Kemudian cuci dengan air hingga bersih, dan ratakan jus limau untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Cuci sekali lagi sehingga bersih dan keringkan dengan tisu bersih / tuala dapur yang bersih.
  • Kemudian asingkan tulang belut dan perapkan bersama garam dan lada sulah.
  • Akhir sekali, panaskan ketuhar dan masak selama 15 minit, dengan suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan yang dihiris sehinggga agak keperangan.
  • Kemudian, masukkan air sedikit agar bahan tumisan tidak hangit.
  • Selepas itu, masukkan daun limau purut, sos cili, sos tiram dan minyak bijan. Kacau sehingga pekat dan akhir sekali masukkan jeruk bawang dan perasakan ia bersama gula dan garam.
  • Susun belut yang dibakar tadi di atas pinggan hidangan yang telah dituang nasi.
  • kemudian letakkan sos di atas ikan tadi dan hidangkan.

Belut Bergelut - Imelda


Bahan-bahan :
  • 5 potongan Belut (direndam dengan air limau)
  • 6 batang Jagung Kecil (dihiris kecil)
  • 3 biji Cendawan Butang (dihiris nipis)
  • 3 biji Tomato Ceri (dihiris dua)
  • 3 helai Romaine Lolo
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • 1 sudu teh Serbuk Cili
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • Garam
  • Lada
  • Minyak (untuk menumis)
  • Nasi Panas

Cara-cara :
  • Bersihkan belut dan lumurkan dengan limau, dan biarkan seketika.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih hingga kuning dan masukkan jagung kecil, cendawan dan tomato ceri. Tumiskan hingga masak dan alihkan.
  • Selepas itu, tapiskan belut dan lumurkan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan lada. Lumurkan hingga sekata dan biarkan diperap sebentar.
  • Panaskan minyak panggang belut hingga masak.
  • Nasi panas dikepal bulat dan disusun di atas pinggan hidangan. Kemudian susun jagung, cendawan dan tomato di tepi nasi.
  • Akhir sekali, belut disusun di atas nasi dan sedia untuk dihidangkan.

Belut Panggang Kicap Madu - Felix


Bahan-bahan Belut Panggang :
  • 4 keping Belut (dibuang tulang dan potong 2 inci panjang)
  • 4 sudu besar Kicap
  • 4 sudu besar Madu
  • 2 sudu besar Cuka Putih

Bahan-bahan 'Fricasee' Cendawan Shitake :
  • 8 biji Cendawan Shitake (potong dadu)
  • 1 genggan Daun Shisho (dicincang)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)

Bahan-bahan 'Purce' Nasi :
  • 1 cawan Beras Sushi Jepun
  • 2 ½ cawan Air
  • 2 ulas Bawang Putih (hancurkan)
  • 2 sudu besar Mentega

Bahan-bahan Salutan :
  • 2 sudu besar Daun Shoshi (dicincang halus)
  • 2 sudu besar Fennel (dicincang halus)
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Lada Hitam

Bahan-bahan Jeruk Halia :
  • 6 hirisan Halia (dihiris)
  • 50ml Cuka
  • 150ml Air
  • 3 sudu besar Gula


Cara-cara Penyediaan Belut Panggang :
  • Perapkan belut bersama kicap, madu dan cuka putih.
  • Biarkannya diperap selama 20 minit dan panggang atas kuali selama 1 minit pada setiap bahagian.

Cara-cara Penyediaan 'Fricasee' Cendawan Shitake :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan cendawan shitake sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan daun shisho dan perasakan hidangan dengan garam dan lada.
  • Gaul sehingga rata dan tutupkan api.

Cara-cara Penyediaan 'Purce' Nasi :
  • Masakkam beras di dalam periuk sehingga menjadi nasi dan kisarkan bersama mentega sehingga halus.
  • Tambahkan air dan gaul sehingga sebati.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Salutan :
  • Campurkan kesemua bahan dan salutkan bahagian kulit belut yang sudah dipanggang dengan campuran ini.

Cara-cara Penyediaan Jeruk Halia :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak selama 30 minit.

Salad Belut Dengan Karamel Gula Melaka - Ezani


Bahan-bahan Sos Karamel Gula Melaka :
  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • 3 cm Halia (ditumbuk kasar)
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 3 batang Daun Ketumbar
  • 1 batang Cili Merah (dipotong kasar)
  • Sebiji Bunga Lawang
  • 1 sudu kecil Udang Kering
  • 1 cawan Air
  • 4 sudu besar Gula Melaka (diparut)
  • 1 biji Jus Limau Nipis
  • Minyak Masak

Bahan-bahan Belut :
  • Belut
  • Jus Limau Nipis
  • Garam
  • Minyak
  • Sos Karamel

Bahan-bahan Salad :
  • ½ biji Timun Jepun
  • 4 biji Tomato Ceri Merah
  • 4 biji Tomato Ceri Kuning
  • 1 ikat Daun Ketumbar
  • Sehelai Daun Limau Parut (diracik halus)
  • 1 batang Daun Bawang
  • Sos Karamel

Cara-cara Penyediaan Sos Karamel Gula Melaka :
  • Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau dan tambahkan air, gula melaka dan jus limau.
  • Gaul sehingga rata dan biarkan mendidih sehingga sos pekat dan tapiskan.

Cara-cara Penyediaan Belut :
  • Perapkan belut dengan sedikit jus limau nipis dan garam. Kemudian, sapukan sedikit minyak pada belut.
  • Selepas itu, gorengkan di dalam kuali leper dengan api yang sederhana.
  • Bila ianya masak, tuangkan sedikit sos karamel dan ratakan pada belut.

Cara-cara Penyediaan Salad :
  • Campurkan semua bahan-bahan salad dan gaulkan dengan sos karamel.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Belut Lam Mee - Danial


Bahan-bahan Belut :
  • 1 ekor Belut (dipotong 3cm)
  • 500ml Air
  • 6 inci Halia Muda (dipotong 2)
  • ‘Leek’ (dipotong kecil)
  • Tepung
  • Air Limau

Bahan-bahan Sup Belut :
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 4 biji Bawang Merah Kecil (dihiris halus)
  • 3 inci Halia Muda
  • 100ml Air Rebusan Belut
  • 1 sudu kecil Serbuk 5 sekawan
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 batang Lobak Merah Kecil (dipotong 2)
  • 1 batang Cili Merah (dihiris halus)
  • Secukup rasa Minyak Bijan
  • Secukup Rasa Lada Sulah
  • Secukup Rasa Garam

Bahan-bahan Maggi :
  • 100gm Mee Maggi
  • 2 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 2 biji Bawang Merah Kecil (dipotong dadu)
  • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
  • Secukup Rasa Garam

Cara-cara Penyediaan Belut :
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan batang ‘leek’, halia.
  • Sementara itu, potongkan belut sepanjang 3 cm dan basuh bersama tepung dan air limau sehingga hilang lender dan bau.
  • Lepas itu masukkan ia ke dalam periuk tadi dan rebus sehingga belut masak.
  • Selepas belut itu masak toskan belut itu dan simpan air rebusan itu untuk digunakan bagi penyediaan belut Lam Mee.

Cara-cara Penyediaan Sup Belut :
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih bersama halia dan bawang merah kecil.
  • Tumiskan sehingga naik bau kemudian masukkan air rebusan belut tadi diikuti dengan serbuk 5 sekawan dan sos tiram.
  • Kacau semua bahan-bahan itu kemudian masukkan sayur-sayuran seperti loabk merah dan cili merah.
  • Rebus ramuan-ramuan itu selama 5 minit kemudian masukkan belut.
  • Akhir sekali, masukkan 3 titik minyak bijan bersama garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Maggi :
  • Rebuskan mee maggi kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah kecil dan tomato.
  • Kemudian, tapiskan Mee Maggi kemudian masukkan ia kedalam bahan tumisan.
  • Kacau sehingga sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.

Belut Semanis Anggur Semasam Cuka - Brian


Bahan-bahan :
  • 1 ekor Belut (dibuang tulangnya)
  • 3 keping Roti Lama (dikisar)
  • 2 biji Telur (dipukul)
  • 100gm Tepung
  • Minyak
  • 3 cm Halia (dihiris)
  • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 2 biji Tomato Besar (dikuib)
  • 250gm Anggur(dipoting kecil)
  • 150ml Cuka Apple
  • 100ml Stok Ayam
  • ½ biji Lada Benggala Merah (dipotong kecil)
  • ½ biji Lada Benggala Kuning (dipotong kecil)
  • 4 batang Jagung Kecil (dipotong dua)
  • Hiasan:
  • ½ cawan Anggur
  • 3 biji‘Patty Pan Squash’ (direbus)

Cara-cara :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan belut yang disaluti tepung, telur dan serbuk roti sehingga garing.
  • Tumiskan bawang besar sehingga kekuningan dam masukkan halia dan tumis sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan tomato dan anggur dan gorengkan seketika.
  • Selepas itu, tambahkan cuka dan stok ayam dan biarkan mereneh
  • Selepas siap direneh, kisarkan renehan tadi dan masukkan kesemua bahan kisaran ke dalam periuk.
  • Gaul supaya tidak hangus dan masukkan lada benggala, jagung kecil dan biarkan mereneh sehingga masak.
  • Perasakan bersama garam dan lada secukup rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Belut Berlada Hijau - Ary Malik


Bahan-bahan Belut Berlada Hijau :
  • Belut (dibuang tulang dan potong 2 inci panjang)
  • 10 tangkai Cili Hijau (dibuang bijinya)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/3 biji Bawang Holland
  • 1/3 inci Belacan
  • ½ sudu besar Perahan Jus
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Gula
  • Secukup rasa Lada Hitam
  • Tepung Gandum

Bahan-bahan Nasi Wangi Serai Bebawang :
  • 1 cawan Beras
  • 1 cawan Air
  • Secukup rasa Garam
  • 1 batang Serai (dititik)
  • ½ biji Bawang Holland (dihiris)
  • ½ helai kecil Daun Kunyit (dihiris)

Bahan-bahan Sayur Tumis Kicap :
  • 3 batang Kacang Buncis (dipotong sepanjang 1 inci)
  • ½ batang Daun Leek (dihiris)
  • 3 biji Tomato Ceri (dibelah dua)
  • 1 ½ sudu besar Kecap Manis
  • 2 sudu besar Jus Perahan Lemon
  • 1/3 biji Bawang Holland (dipotong dadu)
  • 1 ulas Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Gula
  • Secukup rasa Lada Sulah

Cara-cara Penyediaan Belut Berlada Hijau :
  • Cuci belut sehingga bersih, kemudian gaulkan di dalam tepung untuk membuang bau dan lendir. Biarkan selama 5-10 minit.
  • Kemudian, cuci belut dan perapkan selama 5 minit menggunakan garam dan lada hitam.
  • Panaskan minyak dalam kuali leper, masukkan belut dan masak sehingga perang kedua-dua belah.
  • Kisarkan cili hijau, bawang putih, bawang holland, belacan dan tambahkan 1/3 cawan air.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar dan masak bersama belut sehingga sebati dan naik bau wangi.
  • Apabila bahan kisar sudah masak tambahkam perisa garam dan lada hitam, serta gula.
  • Gaulkannya sehingga sebati dan masukkan jus perahan lemon dan tutupkan api.
  • Siap untuk dihidang bersama dengan nasi dan sayur.

Cara-cara Penyediaan Nasi Wangi Serai Bebawang :
  • Cucikan beras dan masukkan kesemua bahan kedalam periuk berisi beras dan masakkan ia sehingga menjadi nasi.
  • Apabila ia sudah menjadi nasi, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sayur Tumis Kicap :
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang, bawang putih, kacang buncis, daun ‘leek’ untuk beberapa minit (sebelum layur).
  • Kemudian, masukkan kicap manis, garam, gula, lada sulah dan tomato ceri.
  • Gaul sehingga rata dan tutupkan api. Selepas itu, masukkan jus lemon dan gaulkan sehingga sebati.
  • Siap untuk dihidang.

Belut Ala-ala Unagi - Zamir


Bahan-bahan Belut dan Sos :
  • 1 ekor Belut
  • 1 sudu besar Sos Hitam
  • 1 sudu besar Kicap Masin
  • 1 sudu besar Kicap Manis
  • 1 sudu besar Halia (dicincang)
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)

Bahan-bahan Cendawan Shitake Goreng :
  • 7 batang Cendawan Shitake (dihirs nipis)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • ½ biji Cili (dicincang)
  • 1 sudu kecil Daun Ketumbar (dimayang)
  • 1 sudu kecil Kicap Masin
  • 1 sudu kecil Kicap Manis
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida

Bahan-bahan Jeruk Halia :
  • 6 hirisan Halia (dihiris)
  • 50ml Cuka
  • 150ml Air
  • 3 sudu besar Gula

Cara-cara Penyediaan Belut dan Sos :
  • Perapkan belut dengan sos hitam, kicap masin, kicap manis, halia dan bawang putih selama 3 minit.
  • Kemudian, masukkan belut bersama bahan perapan kedalam ketuhar selama 7 minit pada suhu 150C.
  • Setelah itu, kelurkan dari ketuhar dan masukkan ikan belut tadi kedalam kuali yang panas selama 1 minit atau sehingga bahan perapan sudah pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Cendawan Shitake Goreng :
  • Panaskan minyak dan masukkan cili dan bawang putih dan tumis selama 2 minit.
  • Masukkan cendawan, kicap masin dan kicap manis, dan masak selama 3 minit.
  • Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tutup api.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Jeruk Halia :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak selama 30 minit.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Tempura Belut Bersama Sup Lobak - Amita


Bahan-bahan Tempura Belut :
  • 1 ekor Belut
  • 1 sudu kecil Kicap Manis
  • ½ sudu kecil Garam
  • ½ sudu Serbuk Lada Hitam
  • 1 biji Telur (dipukul)
  • 50gm Tepung Gandum
  • ½ cawan Minyak
  • 2 sudu besar ‘Mayonnaise’

Bahan-bahan Sup Lobak :
  • ½ batang Lobak Putih (dipotong menjadi dadu sederhana)
  • ½ batang Lobak Merah
  • ¼ cawan Ikan Bilis
  • 3 cawan Air
  • 3cm panjang Halia (dihiris)
  • 4 biji Bawang Putih (diketuk)
  • 1 sudu besar Minyak
  • Secukup Rasa Garam

Cara-cara Penyediaan Tempura Belut :
  • Perapkan belut yang dipotong dengan kicap manis, garam, serbuk lada hitam.
  • Celup belut di dalam tepung, diikuti dengan telur dan kembali kepada tepung.
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan belut dan masak sehingga ranggup dan kekuningan.
  • Masukkan ‘mayonnaise’ ke dalam ‘piping’ beg dan paipkan jaluran ‘mayonnaise’ di atas tempura.

Cara-cara Penyediaan Sup Lobak :
  • Rebuskan lobak putih, lobak merah, ikan bilis, air, halia dan bawang putih sehingga semua rasa daripada bahan-bahan terserap dalam sup dan lobak menjadi lembut. Perasakan ia dengan garam mengikut citarasa sendiri.
  • Sementara itu, gorengkan hirisan halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Letakkan halia dan bawang putih di atas sup.

Friday, December 30, 2011

Lidah Lembu Panggang Bersalut Telur Dengan Mee Sua dan Sup Perut Lembu - Chef Zubir


Bahan-bahan Lidah Lembu Panggang Bersalut Tepung :

  • 1kg Lidah Lembu
  • ½ batang Lobak Merah (dihiris)
  • 20gm Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 50gm Bawang Putih
  • ½ batang Saderi (dihiris)
  • ¼ batang ‘Leek’ (dihiris)
  • 0.7gm Daun Limau Purut
  • ½ batang Serai
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili
  • 1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
  • Secukup rasa Garam dan Lada
  • Air



Cara-cara Penyediaan Lidah Lembu Panggang Bersalut Tepung :

  • Basuh lidah lembu dengan air yang bersih dan rebuskan dengan lobak merah, bawang besar, bawang putih, lobak merah, saderi, 'leek', daun limau purut dan serai. Biarkan selama 2 hingga 3 jam.
  • Kemudian, angkat dan siatkan kulitnya. Alihkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
  • Selepas itu, gaulkan dengan serbuk cili, serbuk ketumbar dan, garam dan lada sehingga rata.
  • Sesudah itu, celupkan ke dalam tepung dan telur, dan masakkan dengan api yang sederhana.

Ayam Mentega - Chef Liza


Bahan-bahan Rempah Ayam Mentega :
  • 2 sudu kecil Jintan Manis
  • 2 sudu kecil Bunga Cengkih
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 4 sudu kecil Biji Ketumbar
  • 2 sudu kecil Lada Hitam
  • 1 sudu kecil Halba
  • 500gm Isi Ayam (dada)
  • 5 ulas Bawang Putih (ditumbuk halus)
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
  • 2 sudu kecil Serbuk Cili
  • 2 sudu kecil Garam Masala
  • 4 sudu kecil Dadih Asli (Yogurt)
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Air Lemon
  • 1 sudu kecil Gula Pasir


Bahan-bahan Kuah :

  • 2 sudu besar Mentega
  • 2 biji Tomato (dicincang)
  • 2 sudu besar Pes Tomato
  • 30gm Serbuk Biji Gajus
  • ¾ cawan Kirm Tawar
  • 1 sudu besar Daun Ketumbar (dicincang)
  • Secukup rasa Garam dan Gula



Cara-cara :

  • Panaskan kuali bersama minyak dan goreng jintan manis, bunga cengkih, kulit kayu manis, biji ketumbar, lada hitam dan halba. Selepas itu, kisarkan bahan-bahan tersebut dengan menggunakan pengisar dan ketepikan.
  • Kemudian, perapkan dada ayam bersama bawang putih, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk cili, garam masala, dadih asli (yogurt), garam, air lemon dan gula pasir. Biarkan diperap selama 4 jam. Selepas itu, panggang ayam tersebut sehingga masak dan ketepikan.
  • Bagi penyediaan kuah, cairkan mentega didalam kuali dan masukkan tomato yang dicincang. Biarkan is masak seketika dan masukkan 1 sudu besar rempah ayam mentega.
  • Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan masukkan pes tomato dan serbuk biji gajus serta sedikit air.
  • Biarkan mereneh, dan kemudian masukkan pula krim tawar, garam dan gula secukup rasa.
  • Sesudah itu, gaulkan ke semua bahan-bahan tersebut sehingga rata dan masukkan ayam yang telah dipanggang tadi.
  • Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan masak sehingga pekat.

Nasi Bebawang - Chef Liza


Bahan-bahan :

  • 1 cawan Minyak Masak
  • 3 biji Bawang Bombay (dihiris halus)
  • 2 sudu besar Minyak Sapi ‘Ghee’
  • 1 sudu besar Minyak Zaitun
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Kayu Manis
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 4 cawan Beras Basmati (dibasuh dan dibersihkan)
  • 5 cawan Air
  • 1 cawan Susu cair
  • 50gm Kismis
  • 1 sudu besar Garam
  • 1 ikat Daun Ketumbar
  • 1 biji Lobak (disagat



Cara-cara :

  • Panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan bawang Bombay sehingga naik bau. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  • Selepas itu, goreng daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Gaul rata kesemua bahan-bahan itu, dan masukkan beras basmati. Masak selama 2 minit.
  • Masukkan air, susu cair dan kismis dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak.
  • Kukuskan nasi tersebut dan letakkan bawang Bombay goreng, lobak dan daun ketumbar di atas nasi tersebut.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Kek Labu Berkeju Bersama Krim Karamel - Chef Johari


Bahan-bahan :

  • 1 biji Oren
  • 1 ¼ cawan Gula
  • 225gm Krim Keju (yang lembut)
  • 1 cawan Labu (puri)
  • 6 biji Telur
  • 1 tin Susu Sejat
  • ½ cawan Krim Putar
  • ¼ cawan Estrak Oren
  • 1 sudu teh Estrak Vanilla
  • 1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
  • Secubit Serbuk Buah Keras



Cara-cara :

  • Panaskan ketuhar (Microwave Convection Oven trigger) dengan suhu 150C. Pada masa yang sama, masukkan air ke dalam ‘saucepan’ dan panaskan sehingga mendidih.
  • Sementara itu, dengan menggunakan pengupas buah, kupaskan kulit buah oren sebanyak 6 jalur dengan ukuran 3 inci setiap 1 jalur.
  • Dengan menggunakan pisau, buangkan empulur putih dari kulit buah oren yang telah dijalurkan tadi.
  • Dengan menggunakan ‘saucepan’, panaskan kulit oren yang telah dikupaskan tadi bersama ¾ cawan gula dan ¼ cawan air panas yang dididihkan dengan api yang sederhana. Tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian, buka penutup periuk dan masak selama 1-2 minit atau sehingga campuran gula tadi menjadi warna keperangan atau karamel.
  • Masukkan karamel panas tadi ke dalam acuan logam (metal loaf pan). Dengan menggunakan garfu, keluarkan jalur kulit oren. Ketepikan acuan.
  • Dengan menggunakan mangkuk yang besar , pukul krim keju dengan menggunakan pemutar dengan kelajuan sederhana bersama ½ cawan gula selama 2 minit.
  • Dari masa ke semasa, guna spatula getah untuk membersihkan tepi mangkuk dari krim keju supaya kesemua krim keju dapat diputar secara keseluruhan.
  • Selepas itu, masukkan labu dan telur satu per satu. Kurangkan kadar kelajuan dan campurkan susu sejat, krim, estrak oren, vanilla, serbuk kayu manis dan serbuk buah keras, bersama secubit garam. Putar sehingga kesemua bahan-bahan sebati.
  • Campurkan campuran labu yang di putar tadi ke dalam karamel. Ratakan ia dengan menggunakan spatula getah. Letakkan acuan logam (metal loaf pan) ke dalam Loyang membakar (baking pan) dan letakkan di dalam ketuhar (microwave convection oven trigger). Dengan berhati-hati, tuangkan air panas ke dalam Loyang membakar (baking pan) sebanyak ¾ daripada acuan logam (metal loaf pan).
  • Masakkan selama 1 jam 10–15 minit atau sehingga masak. Kemudian keluarkan acuan logam (metal loaf pan) dari Loyang membakar (baking pan) untuk sejukkan selama 1 jam. Tutup dan sejukkan krim karamel sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman.
  • Untuk mengeluarkan dari acuan, lalukan spatula logam yang kecil atau pisau di sekeliling acuan. Telangkupkan acuan di atas pinggan yang digunakan untuk menghidang selama beberapa minit supaya sirap karamel keluar daripada acuan.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, December 20, 2011

Sayur Campur Cina - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • ½ biji Kubis (dihiris)
  • 2 batang Lobak Merah (dihiris)
  • 2 biji Bawang Besar Merah (dicincang)
  • 5 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • Halia (dihiris)
  • 3 batang Daun Bawang (dihiris)
  • 1 sudu besar Udang Kering (direndam Air Panas)
  • Segenggam Cendawan Telinga Tupai

Cara-cara :
  • Tumiskan bawang putih dan merah serta halia dan daun bawang. Campurkan udang kering dan tumiskan sehingga bau naik.
  • Masukkan kubis dan layurkannya sedikit sebelum memasukkan lobak merah dan cendawan telinga tupai.
  • Campurkan stok ayam dan sos tiram secukup rasa.
  • Renehkan sehingga cukup masak. Tambahkan garam dan lada secukup rasa.


Kumpulan Merah: Zamir (Ketua), Ary Malik, Brian, Ezani, Shahriah

Salad Jambu Air Dengan Karamal Asam Jawa - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Salad Jambu Air :
  • Timun (dibuang biji dan dipotong serong)
  • Tomato (dibuang biji dan dipotong panjang)
  • Jambu air (dipotong 8)
  • Daun Ketumbar

Bahan-bahan Karamel Asam Jawa :

  • 2 inci Halia (ditumbuk kasar)
  • 4 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • 3 batang Akar Ketumbar
  • 1 biji Lada Merah (dipotong kasar)
  • Gula
  • Air Asam Jawa
  • Garam

Cara-cara :
  • Tumiskan bahan-bahan ini dalam sedikit minyak sehingga naik bau.
  • Tambahkan gula, air asam jawa, garam dan masakkan sehingga pekat.
  • Tapikan sos dan sejukkan seketika.



Kumpulan Merah: Zamir (Ketua), Ary Malik, Brian, Ezani, Shahriah

Ayam Masak Merah - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 1 ekor Ayam ( dipotong 8/10)
  • 1 cawan Air Asam Jawa
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 1 ½ sudu besar Gula
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Lada Sulah/Lada Hitam
  • ½ bungkus/1 tin Kacang Pis
  • ½ cawan Kismis

Bahan-bahan Kisar :
  • 2 labu Bahan Kisar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 ½ inci Halia
  • 15 tangkai Cili Merah Segar
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 inci Belacan


Bahan-bahan Perapan :

  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • Secukup rasa Garam
  • 1 sudu teh Serbuk Ketumbar

Bahan-bahan Campuran Rempah :

  • 1 sudu teh Lada Sulah/Lada Hijau
  • 2 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu besar Serbuk Jintan Putih

Cara-cara :

  • Perapkan ayam bersama ketiga-tiga bahan perapan (kunyit/garam/serbuk ketumbar). Biarkan selama 5-10 minit.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ kadar masakan. Angkat dan asingkan.
  • Asingkan minyak berlebihan dan tanggalkan sebanyak ¼ cawan minyak di dalam kuali untuk menumis.
  • Apabila api panas, masukkan bahan kisar sehingga wanggi dan naik bau.
  • Kemudian, masuk pula bahan campuran rempah hingga masak dan wangi.
  • Masuk semula ayam yang telah digoreng bersama dengan air asam jawa.
  • Setelah hampir masak, masukkan kacang pis, kismis dan sos cili dan sos tomato.
  • Akhir sekali, tambahkan perisa gula, garam, lada sulah atau lada hitam mengikut citarasa

Kumpulan Merah: Zamir (Ketua), Ary Malik, Brian, Ezani, Shahriah

Nasi Serai - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 5kg Beras (ukuran 1 mangkuk beras dan 2 mangkuk air)
  • 15 batang Serai (dititik)
  • 8 biji Bawang Besar (dikisar)
  • 20 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 8 helai Daun Pandan

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun pandan.
  • Masukkan bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan besar yang telah direndam dan dicuci terlebih dahulu.
  • Janak sehingga masak.
  • Hidangkan dan makan bersama-sama.

Kumpulan Merah: Zamir (Ketua), Ary Malik, Brian, Ezani, Shahriah