Wednesday, November 16, 2011

Spagetti Bolognaise - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 250gm - Pasta ‘Spaghetti’ (direbus dan diletak garam sedikit)
  • 500 gm - Daging Kisar
  • 1 batang - Lobak (saiz besar dicincang)
  • 2 biji - Bawang Besar (dicincang)
  • 5 ulas - Bawang Putih (dicincang)
  • 1 tin - Tomato Kasar
  • ½ cawan - Pes Tomato
  • 10 biji - Cendawan Butang (dimayang)
  • 1 sudu besar - Herba Thyme kering
  • 3 helai - Daun Bay (Bay Leaf)
  • Secukup rasa - Serbuk Lada Hitam, Gula, Garam
  • 200gm - Peperoni (dipotong 4)
  • Minyak
  • Lada Hitam
Cara-cara :
  • Goreng daging kisar sehingga keperangan.
  • Masukkan bawang putih dahulu dan selepas itu masukkan bawang besar, lobak dan cendawan.
  • Tuang tomato kisar dan pes tomato.
  • Masukkan herba thyme dan daun bay.
  • Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada hitam.
  • Tuang di atas spaghetti.
  • Boleh digaul sekali dengan sos terpulang bagaimana anda menghidangkannya.
**Kumpulan Merah terdiri daripada Brian(Ketua), Imelda, Wahidan, Zuraidah, Ezani, Azilah, Danial, Zamir, Felix, dan Saiful.

No comments:

Post a Comment