Tuesday, November 29, 2011

Haruan Reneh Mentega Dengan Emulsi Belacan - Felix


Bahan-bahan Haruan Reneh Mentega :
  • 250gm mentega
  • 2 sudu besar buah pelaga - dilenyek
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet

Bahan-bahan Sayur Campur :
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 1/3 batang saderi - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang

Bahan-bahan Sos Emulsi :
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah - dipotong dadu
  • 1/2 batang saderi - dipotong dadu
  • Tulang ikan haruan - dopotong kasar
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 inci belacan - dibakar
  • 1/2 cawan krim
  • 50gm mentega

Cara-cara Penyediaan Haruan Reneh Mentega :
  • Cairkan mentega atas kuali.
  • Masukkan buah pelaga dan fillet ikan haruan.
  • Masak untuk 10 minit atau sampai masak, dan keluarkan dari kuali.

Cara-cara Penyediaan Sayur Campur :
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan bila minyak panas, tumis bawang putih.
  • Masukkan kesemua bahan yang lain, dan tumis hingga lebih lembut.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Sos Emulsi :
  • Tumis semua bahan kecuali mentega dan krim di dalam periuk dengan sedikit minyak sehingga harum.
  • Masukkan 2 cawan air ke dalam campuran dan reneh selama 20 minit.
  • Masukkan krim dan mentega serta air sehingga mentega cair.
  • Tapiskan campuran ini, dan ambil cecair sahaja.
  • Kisarkan cecair hingga amat halus dan berbuih.

No comments:

Post a Comment