Tuesday, November 29, 2011

Lasagna Terbuka Asam Pedas Salmon - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Pasta :

  • 500gm Tepung
  • 5 biji Telur
  • 1 sudu kecil Garam
  • Sedikit Air



Bahan-bahan Sos Bechamel :

  • ½ cawan Mentega
  • ½ cawan Tepung
  • ¼ cawan Susu
  • ¾ cawan Air
  • 1 biji Bawang Besar
  • 5 biji Lada Hitam
  • 1 batang Terung (potong dadu)
  • Oregani dan Thyme



 Bahan-bahan Asam Pedas Salmon :

  • 100gm Cili Kering (rendam air panas, potong dan buang biji)
  • 300gm Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Putih
  • 6 inci Halia
  • 50gm Belacan
  • 50gm Asam Jawa
  • 3 batang Bunga Kantan
  • 1 ikat Daun Kesum
  • 1kg Ikan Salmon



Cara-cara Penyediaan Pasta :

  • Campurkan bahan-bahan di atas sehingga sebati dan menjadi adunan yang licin dan lembut.
  • Rehatkan dalam peti ais selama 30 minit.
  • Menggunakan mesin pasta, bermula dengan setting paling tebal dan uli sehingga setting paling nipis.
  • Potong lapisan bulat dengan ‘round mould’ cutter.



Cara-cara Penyediaan Sos Bechamel :

  • Masakkan roux iaitu mentega dan tepung dan ketepikan.
  • Didihkan susu dan air bersama bawang besar dan lada hitam.
  • Tumiskan terung hingga masak.
  • Apabila susu dan air mendidih. Masukkan sedikit roux untuk memekatkan sos.
  • Gunakan roux sehingga cukup kepekatannya.
  • Masukkan terung dan sedikit oregano dan thyme dan garam secukup rasa.



Cara-cara Penyediaan Asam Pedas Salmon :

  • Kisarkan cili, bawang putih, halia dan belacan.
  • Tumiskan dan tambah air.
  • Masukkan bunga kantan, air dan asam jawa.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan daun kesum.



Pasukan Biru: Shahriah (Ketua Kumpulan), Ary Malik, Deena, Zamir, Zahin, Kamaruzzaman, Azlina, Mastura, Brian

No comments:

Post a Comment