Tuesday, November 15, 2011

Nasi Badam Bersama Ayam Roselle - Wahidan


Bahan-bahan :
  • Beras
  • Bawang Besar
  • Bawang Merah Kecil
  • Bawang Putih
  • Halia (ditumbuk lumat)
  • Lengkuas(ditumbuk lumat)
  • Rempah 4 Sekawan
  • Susu
  • Cili Merah
  • Bunga Roselle
Cara-cara :
  • Cuci beras, rendam seketika kemudian toskan.
  • Selepas itu, potong bawang besar, merah dan putih.
  • Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar, merah dan putih, kemudian rempah 4 sekawan, halia dan lengkuas.Tumis sehingga naik bau wangi.
  • Setelah bahan-bahan tadi masak sehingga kekuningan, masukkan beras dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih sehingga masak.
  • Selepas itu, perapkan ayam dengan garam dan lada sulah kemudian biarkan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan badam kemudian kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Kisar bunga Roselle hingga menjadi pes.
  • Panaskan kuali bersama minyak untuk menumis bawang besar, merah kecil dan putih. Tumis sehingga bahan-bahan tersebut lembut sedikit.
  • Masukkan rempah 4 sekawan, air, susu dan garam.
  • Biarkan seketika sehingga masak.

No comments:

Post a Comment