Tuesday, November 15, 2011

Kukusan Kerapu Berbuah - Raymond


Bahan-bahan Ikan :
  • Ikan Kerapu Merah
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Daun Bawang
  • Kayu Manis
Bahan-bahan Sos :
  • Epal Hijau
  • Buah Pic
  • Mangga masak
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Kayu Manis
Bahan-bahan Sayuran :
  • Kacang Pea
  • Bawang Hijau
  • Sos kicap cair
  • Tomato kecil
Cara-cara Memasak Ikan :
  • Sumbatkan halia, bawang putih, daun bawang dan kulit kayu manis kedalam ikan kerapu merah.
  • Kemudian, panaskan periuk bersama air, dan stimkan ikan selama 15-20 minit.
Cara-cara Memasak Sos :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan kulit kayu manis diikuti dengan halia dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan buah mangga, epal hijau dan pic bersama sedikit air, dan gaul rata kesemua bahan-bahan tersebut.
  • Masak kesemua bahan-bahan menjadi pekat.
  • Selapas bahan-bahan menjadi pekat, keluarkan kulit kayu manis dan halia, kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi sos/puri.
Cara-cara Memasak Sayuran :

Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan kemudian gorengkan kacang pea, bawang hijau, sos kicap cair dan tomato kecil.

Hiasan :

  • Jus Oren
  • Daun Bawang (dipotong halus)
Hidangan :
  • Susun ikan stim di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya.
  • Susun sayur di atas ikan atau di bahagian tepi ikan mengikut citarasa.
  • Kemudian tuangkan jus oren di atas ikan dan hiaskan bersama daun bawang.

No comments:

Post a Comment