Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Merah Disalut Kucai Hoisin - Nik Michael


Bahan-bahan :
  • Kerapu Merah
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Saderi
  • Kucai
  • Sos Hoisin
  • Minyak Bijan
  • Bawang Kuning
  • Cendawan
  • 5 Rempah Cina
  • Nasi Putih
Cara-cara Memasak Ikan :

Kelar isi ikan dan sumbat dengan hirisan halia. Lumurkan garam dan stim selama 10 minit.

Cara-cara Memasak Sos Kucai Hoisin :
  • Kisarkan halia, bawang putih, saderi, sos hoisin, gula, garam dan sedikit air.
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar bersama minyak bijan sehingga menjadi “pes”.
  • Salutkan ikan yang telah dimasak dengan sos yang telah siap.
Cara-cara Memasak Nasi Goreng Bawang Putih :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama bawang kuning serta serbuk 5 rempah Cina sehingga naik bau wangi.
  • Masukkan cendawan dan masak sehingga lembut.
  • Kemudian, campurkan nasi putih dan gaul sehingga rata. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Selepas itu, masukkan daun saderi dan titiskan sedikit minyak bijan dan gaul rata bahan-bahan tersebut.
Hidangan :

Hidangkan nasi goreng bawang putih bersama ikan yang telah disalut sos kucai hoisin.

No comments:

Post a Comment