Monday, November 14, 2011

Ketam Bulan Purnama - Terrence


Bahan-bahan :
  • Celery
  • Ubi Kentang
  • Lobak Merah
  • Bawang Kuning
  • Mentaga
  • Susu Segar
  • Ketam
  • Udang
  • Chives
  • English Parsley
  • Telur
  • Tomato
Cara-cara :
  • Didihkan air untuk merebus ubi kentang dan ketam.
  • Potong lobak merah, bawang kuning dan celery besar cube kecil.
  • Kupas ubi kentang yang masak dan mula hancurkan dan campur mentega dan susu segar. Gaul rata. Ketepikan.
  • Tumis bawang, celery dan lobak merah hingga naik bau. Ketam yang sudah rebus, keluarkan isi ketam dan campur dengan bahan tumis, kupas udang dan hancurkan dan masak dengan bahan tumis dan ketam, hingga masak. Gaul dengan ubi kentang hancur dan gaul rata.
  • Kulit ketam yang jadi, sedia di isikan dengan bahan-bahan tumis tadi.
  • Isi penuh dan masuk ke ketuhar pada suhu 160’c untuk selama 20-25 minit.
  • Hiaskan tomato potong di pinggan dengan mengunakan minyak mentaga.
  • Hidang atas pinggan dan boleh dihidang selepas telur kuning di habiskan di atas isi ketam yang baru keluar dari ketuhar. Biarkan ia masak di atas.

No comments:

Post a Comment