Tuesday, November 15, 2011

Kerapu 2 Cara Aliff - Deena


Bahan-bahan Kerapu Masam Manis :
  • ‘Filet’ kerapu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Timun (dipotong dadu)
  • Nenas (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Halia (dimayang)
  • Bawang Merah (dimayang)
  • Bawang Putih (dimayang)
  • Garam
Bahan-bahan Ikan Kerapu Stim :
  • ‘Filet’ kerapu
  • Sos soya
  • Halia
  • Kucai
  • Bawang putih
  • Garam dan gula
Bahan-bahan Nasi Halia :
  • Beras
  • Halia
  • Kucai
  • Air
Cara-cara Memasak Kerapu Masam Manis :
  • Perapkan ‘filet’ kerapu dengan halia dan bawang putih dan kemudian goreng ‘filet’ kerapu sehingga garing.
  • Untuk menyediakan sos masam manis, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul bahan sehingga sebati.
  • Masukkan timun, nenas dan tomato serta sedikit air dan masak sos sehingga pekat.
  • Setelah sos masak, tuangkan sos di atas ikan yang digoreng tadi.
Cara-cara Memasak Ikan Kerapu Stim :
  • Letakkan ikan di dalam pembalut aluminium.
  • Taburkan halia, kucai dan bawang putih di atas ikan.
  • Tuangkan sos soya dan taburkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup pembalut aluminium yang mengandungi ikan dengan kemas.
  • Stimkan ikan tersebut.
Cara-cara Memasak Nasi Halia :
  • Letakkan beras dan air di dalam periuk.
  • Masak beras tersebut sehingga menjadi nasi.
  • Semasa proses memasak nasi, masukkan halia dan teruskan proses memasak nasi.
  • Setelah nasi masak, gaulkan nasi dengan daun kucai.
Hidangan :

Hidangkan kerapu masam manis dan ikan kerapu stim bersama nasi halia.

No comments:

Post a Comment