Tuesday, November 15, 2011

Bubur Bersama Shichuan Ikan Stim - Danial


Bahan-bahan :
  • Ikan Kerapu Merah Fillet
  • 1 labu Bawang Putih
  • 2 biji Bawang Merah
  • 1 ½ cawan Beras
  • 5 cawan Air Panas
  • Secukup Rasa Garam dan Lada Sulah
  • Secukup Rasa Gula dan Garam
  • Halia
  • Ikan Bilis
  • Lobak Merah (dipotong dadu)
  • Ubi (dipotong dadu)
  • Daun Kucai Barat (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Ikan bilis
Cara-cara Memasak Bubur :
  • Panaskan 3 cawan air panas sehingga mendidih dan kemudian, masukkan beras dan biarkan ia menjadi nasi separuh masak selama 10 minit.
  • Kemudian tapiskan nasi dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar nasi sehingga halus dan masukkan ia semula ke dalam periuk dan sambung memasak.
  • Pada masa yang sama, masukkan 2 cawan air ke dalam bubur dan kacau nasi sehingga sebati dan biarkan ia mereneh.
  • Selepas itu masukkan lobak merah dan ubi ke dalam bubur dan letakkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Cara-cara Memasak Ikan Fillet Kerapu Merah :
  • Taburkan sedikit garam pada keseluruhan ikan, dan stimkan ikan itu selama 7 minit.
  • Selepas itu, masukkan air yang terhasil daripada ikan itu ke dalam bubur.
Cara-cara Memasak Shicuan Sos :
  • Kisar 4 ulas bawang putih, 5 hirisan halia dan kucai dengan sedikit air.
  • Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
Cara-cara Memasak Ikan Bilis Goreng :

Panaskan kuali dengan sedikit Minyak Neuvida dan gorengkan ikan bilis bersama bawang merah dan bawang putih.

Hidangan :
  • Hidangkan bubur bersama ikan stim, sos dan ikan bilis goreng.
  • Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment