Monday, November 14, 2011

Kari Ayam Kering Mummy - Danial


Bahan-bahan :
  • 3 ketul Paha Ayam
  • Halia Muda
  • Bunga Lawang
  • Kayu Manis
  • Ubi
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Serbuk Cili
  • Serbuk Kari Ayam
Cara-cara :
  • Mula-mula kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia muda. Letakkan berasingan.
  • Gaulkan serbuk cili, serbuk kari ayam dengan sedikit air. Gaulkan sehingga menjadi pes.
  • Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bunga lawang, kayu manis ke dalamnya. Tumiskan dan masukkan semua bahan yang dikisar. Selepas itu, tumiskan bahan-bahan itu sebentar.
  • Kemudian, masukkan pes kari ke dalam kuali dan kacau sehingga naik minyak.
  • Selepas naik minyak, masukkan ubi, dan masak sehingga ubi empuk. Selepas 15 minit masukkan paha ayam dan masak sehingga kuah menjadi kering.
  • Selepas itu, masukkan garam, gula, lada putih secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.
  • Potong halia muda panjang-panjang dan halus-halus untuk dihiaskan di atas kari ayam.

No comments:

Post a Comment