Monday, November 14, 2011

Jejari Sotong Bersama Salsa Lada Benggala - Zamir


Bahan-bahan Jejari Sotong :
  • 2 ekor sotong, dikisar halus
  • Satu sudu besar lada benggala, dicincang halus
  • Satu sudu besar bawang kecil, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Segenggam kaang bada, dikisar halus
  • Segenggam keju parmesan, diparut halus
  • Minyak masak
  • Garam dan lada secukup rasa
  • 1 biji telur (putih sahaja)
  • 4 sudu besar tepung gandum
Bahan-bahan Salsa Lada Benggala :
  • Satu biji besar tomato, dipotong dadu
  • ¾ biji besar lada benggala merah dibakar, dipotong dadu
  • Satu sudu besar bawang merah, dicincang halus
  • Satu sudu besar daun parsley, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih dibakar, dicincang halus
  • Secubit gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan-bahan Kentang Goreng :
  • Sebiji besar kentang VS dipotong batang besar
  • Minyak masak
  • Garam dan lada secukup rasa
Cara-cara Memasak Jejari Sotong :
  • Masukkan sesudu kecil minyak di atas kuali dan masak lada benggala, bawang merah, dan bawang putih selama 5 minit sehingga keluar bau.
  • Masukkan tumisan tadi di dalam mangkuk dan campurkan dengan sotong yang dikisar halus sehingga sebati.
  • Masukkan telur putih dan tepung gandum ke dalam campuran tadi, Tambah lagi tepung jika campuran masih melekit.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  • Campur kacang badam dan keju parmesan di dalam mangkuk yang asing.
  • Basahkan tangan dan buat jejari menggunakan campuran sotong tadi dan selaputi bahagian luarnya dengan kacang badam dan keju parmesan tadi.
  • Goreng jejari selama 5 minit di suhu yang sangat panas.
  • Angkat jejari menggunakan penapis dan letakkan di atas tisu.
Cara-cara Memasak Salsa Lada Benggala :
  • Bakar lada benggala dan bawang putih di ketuhar selama 30 minit pada suhu 180’c.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk besar dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara Memasak Kentang Goreng :
  • Masukkan kentang ke dalam kuali bersama minyak masak pada suhu api yang paling kecil selama 10 minit.
  • Keluarkan dari minyak dan tapis, sambil itu, panaskan minyak dengan api yang paling besar.
  • Goreng semula kentang tadi selama 5 minit dan tapis dan letakkan di atas tise.
  • Masukkan kentang ke dalam ketuhar pada suhu 70’c selama 10 minit untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment