Monday, November 14, 2011

Itik Panggang Sos Mandarin Bersama Bayam Keju Fatal - Danial


Bahan-bahan :
  • Bawang kuning
  • Bawang putih
  • Keju fatal
  • Bayam
  • Ubi keledek
  • Itik bahagian paha
  • Whipped krim
  • Limau mandarin
  • Daun rosmery
Cara-cara :
  • Taburkan secubit garam, lada putih, paprika ke atas paha itik.
  • Kemudian, gorengkan dengan sedikit minyak sehingga warna keemasan di bahagian kulit.
  • Masakkan itik itu ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.
  • Untuk menyediakan bayam keju fatal, bersihkan bayam.
  • Cabutkan bahagian daun sahaja. Selepas itu panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan bawang kuning yang dipotong dadu, tumis sebentar.
  • Masukkan bayam bersama sedikit whipped krim.
  • Goreng sebentar dan masukkan keju fatal.
  • Untuk menyediakan sos mandarin untuk itik, panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian, tumiskan sedikit bawang putih dan pecahkan jus limau mandarin ke dalamnya. Masukkan secubit garam dan siap dihidangkan bersama itik.

No comments:

Post a Comment