Tuesday, November 15, 2011

Ikan Kerapu Merah - Felix


Bahan-bahan :
  • 1 ekor - Ikan kerapu Merah (dibuang tulang)
  • 1 sudu besar - Sos Hoi Sin
  • 4 sudu besar - Sos Tomato
  • 1 biji - Bawang merah (dipotong dadu)
  • 3 biji - Bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 cm - Halia (dipotong dadu)
  • 5 tangkai - Cili merah (dipotong dadu)
  • 5 biji - Cendawan Kering (dihiris)
  • 1 sudu kecil - Stok Ayam
  • ½ cawan - Daging Ayam kisar
  • Secukup rasa - Cuka
  • Secukup rasa - Gula
  • Secukup rasa - Garam
  • ½ biji - Bawang (dihiris)
Cara-cara :
  • Stim ikan selama 12 minit atau sehingga masak.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia hingga naik bau wangi.
  • Masukkan pula cendawan, stok ayam, daging ayam kisar, sos tomato, sos hoi sin, cuka dan gula.
  • Reneh bahan-bahan tersebut dan perasakan dengan gula dan garam. Biarkan sebentar.
  • Untuk hiasan, rendamkan sedikit bawang hiris di dalam air yang telah dicampurkan garam dan cuka.
  • Selepas ikan masak, tuangkan sos ke atas ikan dan hidangkan bersama nasi putih. Hiaskan bersama bawang hiris mengikut kreativiti.

No comments:

Post a Comment