Tuesday, November 15, 2011

Ikan Kerapu Goreng Bersos Tiram - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :
  • 1 ekor - Ikan Kerapu (dibuang tulang)
  • 3 sudu - Sos Tiram Maggi
  • Cendawan Shitake Kering (direndam terlebih dahulu, selepas kembang diricik)
  • Tepung Gandum
  • Minyak NeuVida
  • Cili Merah (diricik)
  • Salad Romaine
  • Tumisan A
  • Bawang Merah (diricik)
  • Bawang Putih (diricik)
  • Halia (diricik)
Cara-cara Memasak Ikan Kerapu Goreng :
  • Lumurkan ikan dengan tepung gandum dan tabur sedikit garam.
  • Kemudian panaskan kuali dengan minyak dan gorengkan ikan tersebut dalam keadaan ikan tersebut dikepakkan.
Cara-cara Memasak Kuah Sos Tiram :
  • Rebus tulang ikan yang telah diasingkan tadi untuk mendapatkan stok ikan.
  • Pada masa yang sama, panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bahan Tumisan A sehingga naik bau wangi. Selepas itu, masak Cendawan Shitake dengan Sos Tiram secukupnya. Gaul sehingga rata.
  • Kemudian, masukkan stok ikan dan biarkan sehingga ia mendidih. Kecilkan api dan masukkan tepung yang telah dicampur air untuk memekatkan sos.
  • Masukkan cili merah yang telah diricik.
Hidangan :

Tuangkan sos pada ikan kerapu goreng dan hidangkan. Hiaskan bersama salad romaine.

No comments:

Post a Comment