Saturday, November 12, 2011

Dada Itik Slow-Roast, Emulsi Oren & Salad - Felix


Bahan-bahan Dada Itik Slow-Roast :
  • Dada itik x 2
  • Lada dan garam secukup rasa
  • Daun thyme
  • Panaskan ketuhar ke suhu 100 darjah celcius.
  • Panaskan non-stick pan dengan api yang paling kuat.
  • Sementara itu, taburkan lada hitam dan garam ke atas dada itik dan salutkan dada itik tersebutdengan minyak.
  • Dengan pantasnya, sear kedua-dua belah dada itik atas kuali panas sehingga warna perang keemasan.
  • Masukkan dada itik ke dalam ketuhar yang telah dipra-panaskan selama 50-60 minit untuk ‘med-well’.
Bahan-bahan & Penyediaan Salad :
  • Arugula ataupun ‘rocket leaves’ – 1 tangkai (dikoyak)
  • Fennels – 1 biji ( dihiris halus-halus)
  • Lobak merah 3 (dihiris ‘juliene’)
  • Tuang 2 cawan minyak ke dalam sancepot dan buka api yang kecil.
  • Dengan segeranya letakkan fennel ke dalam sancepot itu dan biarkan selama ½ jam. Inilah ‘fennel confit’.
  • Selepas siap, campurkan confit fennel’ lobak merah dan arugula ke dalam satu mangkuk salad dan biarkan.
Bahan-bahan & Penyediaan Kentang Lenyek (Hidangan Tambahan) :
  • Kentang ‘russet’ x 2 or 3 (dikupes kulit dan dipotong kuib)
  • Fennel fronds (daun dari atas fennel)- 1 sudu kecil.
  • Lada dan garam secukup rasa
  • Emulsi oren (sila rujuk 4)
  • Masuk kentang dalam air garam selama 20 minit atau sehingga lembut.
  • Lenyekkan kentang dalam mangkuk dan tambahkan fennel fronds, lada, garam dan emulsi oren sehingga secukup rasa.
Bahan-bahan Emulsi Oren :
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kulit Kayu Manis (1 sudu bagi setiap satu rempah yang disebut)
  • ½ biji bawang merah besar dipotong dadu
  • Jus oren-2 cawan
  • Minyak zaitun ½ cawan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Penyediaan Emulsi Oren :
  • Sediakan reduksi oren dahulu – tumiskan rempah sehingga wangi, lepas itu tuangkan jus oren ke dalam kuali yang sedang menumis rempah.
  • Biarkan jus reneh sehingga tinggal ½ cawan. Tapiskan dan simpan jus. Inilah reduksi oren.
  • Tambahkan garam ke dalam reduksi oren hingga secukup rasa.
  • Kisarkan reduksi dan minyak zaitun dalam blender. Inilah emulsi oren.
Cara-cara Hiasan :
  • Toskan salad dengan emulsi oren. Letakkan di atas pinggan yang leper.
  • Buat 2 quennelle kentang dan letakkan di tepi salad.
  • Susunkan dada itik yang telah dipanggang, di tepi quenelle kentang lenyek.
  • Curahkan emulsi oren secara perlahan disekeliling pinggan yang hidangkan.

No comments:

Post a Comment