Monday, November 14, 2011

Cucur Kentang Mummy - Azlina


Bahan-bahan Cucur Kentang :
  • 1 kentang besar (disagat besar)
  • ½ bawang besar (dipotong dadu-kecil)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan Daging :
  • Sekeping Steak Lembu (150gm)
  • Secubit garam
  • Secubit lada
Bahan-bahan Sos Kicap Cair Bersama Halia dan Bawang Putih :
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar
  • ½ sudu besar halia (dicancang halus)
  • Secubit garam
  • ½ sudu kecil gula
Bahan-bahan Pecahan Keju Parsley :
  • 50 gm keju cheddar (disagat halus)
  • Daun Parsley
  • Kertas kalis minyak
Cara-cara Memasak Cucur Kentang :
  • Gabungkan kentang yang disagat dengan bawang besar potongan dadu kecil, telur dan tepung.
  • Gaul sehingga rata.
  • Letakkan garam secukup rasa dan gaulkan.
  • Gorengkan sehingga keemasan dalam bentuk bulat sebesar 5-6cm.
Cara-cara Memasak Daging :
  • Perapkan daging steak dengan garam dan lada selama 10 minit.
  • Gorengkan daging sehingga masak (mengikut ketebalan).
  • Potongkan hirisan nipis selepas direhatkan separuh masa yang masak.
Cara-cara Memasak Sos Kicap Cair Bersama Halia dan Bawang Putih :

Gabungkan semua bahan-bahan di atas dengan whisk sehingga sebati.

Cara-cara Memasak Pecahan Keju Parsley :
  • Taburkan lapisan nipis keju cheddar yang disagat di atas kertas kalis minyak.
  • Masukkan ke dalam oven disuhu 150’c selama 5 minit atau sehingga cair dan sedikit garing.
  • Taburkan sedikit daun parsley dan keluarkan dari oven.
Cara-cara Penyusunan :
  • Cucur kentang dibawah.
  • Daging yang dihiris di atas.
  • Pecahan Keju Pasley ditabur atas daging.
  • Sedikit sos kicap cair bersama halia dan bawang putih.
  • **Sos boleh diletak dalam mangkuk untuk dicelup supaya cucur kekal garing.

No comments:

Post a Comment