Tuesday, November 15, 2011

Ayam Bercrumble dan Fennel Direneh Air Roselle - Zamir


Bahan-bahan Ayam Bercrumble :
  • Dada Ayam - 1 keping
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Kacang Badam - 1 mangkuk kecil
  • Mentega Cair - 3 sudu
  • Keju Parmesan - 3 sudu besar
  • Madu - 1 sudu kecil
  • Minyak Neuvida - 1sudu besar
  • Garam
  • Lada Sulah
Bahan-bahan Fennel Direneh Air Roselle :
  • ‘Fennel’ Kecil - 2 biji
  • Bawang Besar - ¼biji
  • Madu - 1 sudu besar
  • Bunga Roselle (dibelah dua dan dibuang putiknya) - 5 kuntum
  • Mentega - 1 sudu
  • Garam
  • Air - 125ml
Bahan-bahan Salsa Sitrus :
  • Tomato (dicincang) - 1 biji
  • Limau (dicincang) - 2 biji
  • Bawang Besar (dicincang) - ¾ biji
  • Pulpa Limau Bali - 3 sudu besar
  • Cili Merah - 2 tangkai
  • Jus Lemon - 1 biji
  • Gula - 1sudu kecil
  • Garam
  • Daun-daun ‘Fennel’ - 1 genggam
Cara-cara Penyediaan Ayam Bercrumble :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan masak ayam tersebut selama 3 minit di kedua-dua belah bahagian ayam. Kemudian keluarkan dan biarkan.
  • Kisarkan bawang putih, ½ dari pada kacang badam, mentegac air, keju Parmesan dan madu. Kisar sehingga halus.
  • Pada masa yang sama, dengan menggunakan bahan pengisar yang lain, kisar kasar lebihan kacang badam dan gabungkan kedua-dua kisaran ke dalam mangkuk.
  • Kemudian, campurkan ayam dan ‘crumble’ tersebut ke dalam ketuhar, dan masakkan selama 10 minit pada suhu 170°c.
Cara-cara Penyediaan Fennel Direneh Air Roselle :
  • Panaskan kuali dan campurkan ‘Fennel’ kecil, bawang besar, madu, bunga Roselle dan air. Masukkan garam secukup rasa dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  • Selepas 5 minit, masukkan mentega dan gaul sehingga sebati.
Cara-cara Penyediaan Salsa Sitrus :

Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment