Monday, November 14, 2011

Salmon Goreng Bersama Lada Benggala dan Kentang Rosti (Pan Fried Salmon, Slow Cooked Red Peppers, Rosti Potato and Leek Ash) - Chef Jaffery


Bahan-bahan :
  • 120gm Filet Salmon (1 ekor)
  • 30gm Mentega tidak bergaram
  • 2 biji Lada Benggala Merah
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 10gm Puri Tomato
  • 20ml Jus Tomato
  • 250g Kentang ‘Idaho’
  • 15ml Minyak Zaitun
  • 5gm Garam
  • 10g Bawang Perai (bahagian hijau sahaja)
  • 10ml Minyak Zaitun (penapisan 2 kali)
  • Garam Laut ‘Maldon’
  • Lada Hitam Sarawak (dihancurkan)
  • 10gm Herba ‘Chervil’ (untuk hiasan)
Cara-cara Menyediakan Ikan (10-15 minit) :
  • ‘Filet’ Ikan Salmon dan keluarkan tulang.
  • Potong kepada 120gm ‘filet’ dan tutup menggunakan plastik lutsinar dan biarkan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan nanti.
Cara-cara Menyediakan Lada Benggala (20 minit) :
  • Kupas Lada Benggala dengan menggunakan pengupas sayuran. Kupas bahagian atas dan bahagian bawah, keluarkan biji dan dihiris nipis (Julienne)
  • Kupas dan cincang Bawang Besar.
  • Panaskan kuali leper yang besar dan masukkan Mentega, Bawang Putih dan Bawang Besar dan tumis sehingga bawang menjadi lembut.
  • Apabila bawang telah lembut, masukkan Puri Tamato, Jus Tomato, Lada Benggala dan masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah Lada Benggala masak, masukkan Garam dan Lada Hitam dan gaul sebentar dan tapiskan menggunakan penapis untuk mengasingkan jus dan ketepikan.
Cara-cara Menyediakan Bawang Perai (Leek Ash) (10 minit) :

Panggang Bawang Perai (Leek) diatas tempat memanggang sehingga ianya terbakar (burnt) dan letakkan dalam ‘pestle’ dan ‘mortar’. Tambahkan Minyak Zaitun (minyak tapisan 2 kali) dan kisarkan sehingga halus dan ketepikan.

Cara-cara Menyediakan Kentang Rosti (15 minit) :
  • Kentang dikupas kulitnya dan kemudian diparut dengan halus. Taburkan garam dan biarkan ia rehat selama 8 minit.
  • Selepas kentang direhatkan, letakkan kentang tersebut di atas kain yang bersih dan perah (squeeze) sehingga keluar jus.
  • Panaskan kuali leper yang kecil (small blinis pan) dan masukkan minyak. Masukkan kentang yang telah diperah tadi dengan menggunakan sudu atau spatula untuk meleperkan kentang tersebut di dalam kuali supaya ia berbentuk seperti bentuk bulat leper (seperti bentuk ‘disk’). Goreng kentang itu selama 6 minit pada setiap sisi/belah sehingga warna keperangan. Pastikan ianya tidak hangus.

No comments:

Post a Comment