Tuesday, November 15, 2011

Kerapu Merah Masam Manis, Nasi Goreng Yong Chow Bersama Sos Cili Cuka - Ary Malik


Bahan-bahan Kerapu Merah Masam Manis :
  • Bawang Putih (dihiris halus)
  • Halia (dihiris halus)
  • Lada benggala Hijau (dihiris halus)
  • Cili merah (dihiris halus)
  • 3 sudu besar - Sos tomato
  • 2 sudu besar - Sos cili
  • 1 sudu teh - Tomato puri
  • 1 sudu besar - Cuka
  • Secukup rasa - Garam
  • Secukup rasa - Lada sulah
  • Dipotong kiub - Ikan kerapu merah
  • ¼ cawan - Ais
Bahan-bahan Nasi Goreng Yong Chow :
  • Nasi
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kacang Buncis (dipotong kecil)
  • Cili Merah (dicincang halus)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu minyak neuvida
  • Garam (Secukup rasa)
  • Lada sulah (Secukup rasa
  • Stok perasa
Bahan-bahan Sos Cili Cuka :
  • 10 tangkai - Cili merah
  • 4cm - Halia
  • 3 ulas - Bawang Putih
  • Perasa
  • Secukup rasa - garam
  • ¼ cawan - Cuka
  • 2 sudu besar - Gula
Cara-cara Memasak Kerapu Merah Masam Manis :
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, apabila minyak telah panas, masukkan halia dan bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan sos tomato, cili dan tomato puri. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan lada benggala hijau, cili merah. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan dan cuka, dan biarkan ia mereneh sehingga masak. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Cara-cara Memasak Nasi Goreng Yong Chow :
  • Panaskan kuali bersama minyak. Masukkan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan nasi, sayuran dan cili. Gaul sehingga rata.
  • Selepas itu, tambahkan garam, lada sulah dan stok perasa dan gaul sehingga rata. Kemudian campurkan minyak bijan dan gaul sehingga sebati.
Cara-cara Memasak Sos Cili Cuka :

Kisarkan bahan-bahan hingga hancur dan sebati.

Hidangan :

Hidangkan kerapu merah masam manis bersama nasi goreng ‘yong chow’ dan tuangkan sos cili cuka mengikut kreativiti.

No comments:

Post a Comment