Monday, November 14, 2011

Daddy's Crepe - Nik Michael


Bahan-bahan Crepe :
  • 1 telur
  • Cream
  • Air
  • Gula
  • Tepung
  • Minyak
Bahan-bahan Sos Epal :
  • Mentega
  • Jus Epal
  • Gula
  • Potongan Epal
Bahan-bahan Krim Putar :
  • Krim
  • Gula
Cara-cara Memasak Crepe :
  • Gabungkan semua bahan-bahan crepe kecuali tepung dan minyak.
  • Kacau sehingga gula telah larut.
  • Masukkan tepung dengan menggunakan tapis sehingga campuran sedikit pekat sahaja. Kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  • Larutkan sedikit minyak supaya campuran tidak melekat pada kuali leper.
  • Tuangkan campuran hanya supaya crepe akan menjadi nipis sahaja. Masak dengan api yang kecil. Terbalikkan apabila warna keperangan.
Cara-cara Memasak Sos Epal :
  • Cairkan mentega dalam kuali leper. Larutkan gula secukupnya.
  • Tambahkan jus epal dan biarkan merenih sehingga kepekatan yang dikehendaki.
  • Potongan epal dimasukkan ketika sos sedang merenih.
Cara-cara Memasak Krim Putar :
Putarkan krim dan gula sehingga pekat dan tebal.

Cara-cara Menghias :
  • Lipatkan crepe dan salutkan sos epal.
  • Susunkan potongan epal dan potongan strawberry serta anggur. Oleskan krim putar ke pinggan.

No comments:

Post a Comment