Monday, November 14, 2011

Barci Itik Panggang - Azlina


Bahan-bahan Itik Panggang :
  • 2 bahagian dada itik
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 keping kecil kulit oren
  • Garam, gula dan lada
Bahan-bahan Salad Oren fdan Fennel :
  • ½ biji fennel
  • 1 biji jus oren
  • ½ biji oren
  • 3 sudu besar minyak
  • Garam dan gula
Bahan-bahan Kentang Lenyek Bawang Putih :
  • 5 biji kecil kentang
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar air
  • Secubit garam dan lada
Cara-cara Menyediakan Itik Panggang :
  • Perapkan dada itik dengan kicap cair, jus oren, kulit oren, garam, gula dan lada selama 15 minit.
  • Masakkan di atas pan bahagian kulit dahulu sehingga lemak pecah sedikit dalam masa 7-8 minit.
  • Terbalikkan dan masak selama 5 minit.
  • Masukkan ke dalam oven di dalam pan dan biar masak selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.
  • Dari masa ke semasa terbalikkan dada itik dan jiruskan minyak di dalam pan ke atas dada itik tersebut.
Cara-cara Menyediakan Salad Oren dan Fennel :
  • Hiriskan fennel dan celurkan selama 1 minit di dalam air mendidih.
  • Angkat, tapis dan masukkan ke dalam air sejuk lalu ketepikan.
  • Potong oren dalam bentuk dadu kecil lalu ketepikan.
  • Campurkan minyak dan jus oren. Kacaukan dengan whisk sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan gula sehingga secukup rasa.
Cara-cara Menyediakan Kentang Lenyek Bawang Putih :
  • Masukkan bawang putih di dalam kulitnya di oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
  • Rebuskan kentang sehingga lembut.
  • Lenyekkan kentang dan gunakan ayak untuk menapiskannya bagi memberi tekstur yang halus.
  • Masukkan bawang putih panggang dan lenyekkan bersama kentang di dalam pan, cairkan mentega.
  • Masukkan air dan whisk sehingga sebati.
  • Masukkan kentang dan bawang putih, dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.

No comments:

Post a Comment