Tuesday, November 15, 2011

Ikan Kerapu Merah Bersama Sos Tiram dan Cili Padi - Zuraidah


Bahan-bahan :
  • 1 ekor Ikan Kerapu Merah
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang halus)
  • 4 biji Bawang Putih (dicincang dadu)
  • 2cm Halia (dimayang halus)
  • 2 biji Cili Padi (dimayang halus)
  • 1 biji Cili Merah ( dimayang halus)
  • ½ biji Tomato Besar (dipotong dadu)
  • 3 biji Tomato Ceri (dibelah dua)
  • 1 sudu makan Sos Tiram
  • 1 sudu makan Tepung Gandum
  • ½ cawan Air
  • 1 sudu makan Minyak Bijan
Cara-cara Memasak Ikan :
  • Siang dan kelar ikan.
  • Kemudian, salutkan ikan tersebut bersama garam dan tepung gandum.
  • Panaskan kuali bersama minyak, dan goreng ikan sehingga keperangan.
Cara-cara Memasak Sos :
  • Panaskan kuali bersama minyak bijan dan tumiskan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah dan tomato besar.
  • Selepas itu, masukkan sos tiram dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga naik bau wangi.
  • Pekatkan sos dengan mencampurkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air ke dalam bahan-bahan tersebut.
  • Perasakan sos bersama garam secukup rasa.
Hiasan :
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan goreng bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
  • Susun ikan goreng di atas pinggan dan kemudian, tuangkan sos dan tabur bawang putih dan bawang merah diatasnya.

No comments:

Post a Comment