Bahan-bahan Beetroot Fondue :
- ½ cawan Mentega
- ½ cawan Air
- Daun Parsli seggenggam (dipotong)
- Garam dan Lada Hitam secukup rasa
- 1 biji Ubi Bit (bersaiz sederhana dipotong dadu)
Bahan-bahan Poached Egg :
- 1 biji Telur
- ½ cawan Cuka
- 1 cawan Air
Bahan-bahan Melba Toast :
- 1 keping Roti Focaccia/Ciabatta
- Mentega
Bahan-bahan Sup Pic :
- 1 biji Buah Pic (dipotong dadu)
- ½ jus Limau
- ½ cawan Gula
Bahan-bahan Sosej Panggang :
Bahan-bahan Sos Hollandaise :
- 1 cawan Mentega
- ½ biji Limau (ambil jusnya)
- Garam
- 1 sudu Daun Parsli (dihiris)
- 1 biji Kuning Telur
Cara-cara Penyediaan Beetroot Fondue :
- Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.
- Reneh dengan api perlahan hingga ubi bit masak, lebih kurang 45 minit.
Cara-cara Penyediaan Poached Egg :
- Panaskan cuka dan air dalam periuk yang kecil
- Taburkan sedikit garam
- Buka telur dan masukkan ke dalam cawan/mangkuk kecil
- Perlahan-lahan rendamkan telur ke dalam air cuka dan bentukkan putih telur supaya melekat dengan kuning telur dan telur membentuk bola
- Biarkan ia mereneh selama 3-4 minit. Bila sudah cukup masak, keluarkan telur
- Rendamkan telur rebus di dalam air ais supaya proses memasak dapat dihentikan
Cara-cara Penyediaan Melba Toast :
- Potong roti ke saiz berikut : 10cm (P) x 4cm(L) x 1cm(T).
- Sapu mentega yang dicairkan ke atas roti dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Bakar dengan suhu 250’c sehingga roti itu garing.
Cara-cara Penyediaan Sup Pic :
- Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besi .
- Tutup mangkuk besi dengan pembalut plastik.
- Letak mangkuk atas periuk yang ½ penuh dengan air.
- Buka api perlahan dan biar 1 jam.
Cara-cara Penyediaan Sosej Panggang :
- Potong sosej kepada kepingan 1 inci.
- Taburkan sedikit garam atas sosej.
- Panggang di atas kuali leper sehingga kulit sosej bakar warna menjadi kuning keemasan.
Cara-cara Penyediaan Sos Hollandaise :
- Cairkan mentega dalam periuk kecil dan biarkan dengan api kecil hingga mentega cair bertukar warna dan pecah minyak.
- Tapiskan mentega cair untuk mengasingkan protein dari lemaknya.
- Pukul kuning telur atas double boiler sedikit, buka api dan secara perlahan tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke dalam double boiler sambil memukul kuning telur untuk membentuk emulsi.
- Letak jus limau dan garam secukup rasa.
- Masukkan daun parsli.