Tuesday, November 15, 2011

Sup Labu dan Cendawan Dengan Ayam dan Salad - Saiful


Bahan-bahan Sup Labu dan Cendawan :
  • Isi Labu - ¼ biji
  • Krim - 1 cawan
  • Garam dan Lada Putih
  • Gula - 1 sudu
  • Lemak dan Isi Ayam
  • Lobak
  • Bawang Putih
  • Bawang Kuning
  • Cendawan
Bahan-bahan Ayam dan Salad :
  • Isi Ayam
  • Daun ‘Taragon’
  • Salad campur
  • Oren
  • Buah Pamelo
  • Keju Parmesan
  • Lobak
  • Timun
  • Daun Kailan
Cara-cara Memasak Sup Labu dan Cendawan :
  • Masak isi labu sampai lembut.
  • Selepas itu, masukkan lebihan isi ayam, lemak, lobak ke dalam periuk.
  • Setelah lembut, masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan tambah garam dan lada putih.
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumis cendawan, bawang putih, bawang kuning. Tambahkan dengan krim.
  • Setelah masak tuang ke dalam mangkuk.
Cara-cara Memasak Ayam dan Salad :
  • Perap isi ayam dengan garam, lada putih, minyak dan sedikit daun ‘Taragon’ selama 5 minit.
  • Ambil salad campur, isi oren, isi pamelo, keju parmesan dan gaulkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
  • Setelah semua bahan siap letak di atas pinggan.

No comments:

Post a Comment