Tuesday, November 15, 2011

Badam dan Roselle - Hui Ting


Bahan-bahan Ayam :
  • Dada Ayam
  • Badam (dikisar)
  • Mentega
  • Herba ‘Thyme’ (secubit)
  • Garam dan Lada sulah (secukup rasa)
  • Serbuk Paprika (secubit)
Bahan-bahan 'Mash' Potato :
  • Mentega - 50gm
  • Bawang putih - 4ulas
  • Ubi kentang - 4biji
  • Garam
Bahan-bahan Batang Kailan :
  • Batang Kailan (dipotong nipis)
  • Garam
Bahan-bahan Jus Segar Roselle :
  • Sirap Gula - 2 sudu
  • Timun - 1 biji
  • Epal hijau (dibuang biji)
  • Roselle (dibuang biji dan dipotong dadu)
Cara-cara Penyediaan Ayam :
  • Campurkan herba ‘Thyme’, paprika, badam kisar bersama lada dan garam secukup rasa. Kemudian salutkan ayam bersama bahan campuran tersebut.
  • Panaskan periuk bersama minyak dan goreng ayam sehingga perang. Kemudian, masukkan ayam dalam ketuhar, dan bakar ia selama 15 minit pada suhu 180°c.
Cara-cara Penyediaan Mash Potato :
  • Masukkan ubi kentang dalam air mendidih dan rebus sehingga lembut.
  • Kemudian, lenyekkan kentang dan cairkan mentega dalam api yang kecil.
  • Masukkan bawang putih dan biarkan ‘infuse’.
  • Selepas itu, masukkan mentega cair ke dalam ubi kentang lenyek dan masukkan garam.
Cara-cara Penyediaan Batang Kailan :

‘Blanch’ batang Kailan selama 30 saat atau sehingga hijau, masukkan dalam air sejuk, masukkan garam.

Cara-cara Penyediaan Jus Segar Roselle :

  • Potong timun dan epal (buang biji) menjadi ketulan kecil.
  • Kisarkan timun, epal dan Roselle sehingga menjadi jus. Masukkan sirap gula sebagai perisa.
Untuk Hidangan :

Hidangkan ayam dengan mash potato dan batang kailan bersama jus segar roselle.

No comments:

Post a Comment