Tuesday, November 15, 2011

Salad Ayam Masterstock dan Limau Bali - Ezani


Bahan-bahan Ayam 'Poach' Dalam Masterstock :
  • Air
  • Kicap Manis dan Masin
  • Lemus Jus dan Kulit Lemon
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Halia
  • Lada Besar
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Dada Ayam
Bahan-bahan Toffee Badam Berempah :
  • Badam (dibakar garing)
  • Gula
  • Air
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
Bahan-bahad Salad :
  • Buah Limau Bali (dipecah-pecahkan)
  • Bungan Kantan (dihiris halus)
  • Jus Lemon
  • Minyak
  • Garam (secukup rasa)
Bahan Sayur Kailan Untuk Hiasan :

Sayur Kailan

Cara-cara Penyediaan Ayam 'Poach' Dalam Masterstock :
  • Panaskan periuk bersama air dan masukkan kicap manis dan masin, jus dan kulit lemon, kulit kayu manis, bunga lawing, buah pelage, halia, lada besar bersama bawang putih dan bawang berar.
  • Rebus bahan-bahan tersebut sehingga sebati lebih kurang 15 minit dan kemudian masukkan ayam. Renehkan ayam selama 7 minit dan selepas itu padamkan api.
  • Biarkan ayam di dalam Masterstock selama 20 minit sebelum dikeluarkan.
Cara-cara Penyediaan Toffee Badam Berempah :
  • Panaskan kuali dan masukkan gula dan air. Gaul sehingga menjadi karamel.
  • Masukkan serbuk kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam mangkuk berisi karamel.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan kemudian, salutkan badan dengan campuran karamel dan ketepikan.
Cara-cara Penyediaan Salad :

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam mangkuk dan gaulkan ia sehingga sebati.

Cara-cara Penyediaan Sayur Kailan :
  • Didihkan Masterstock dan kemudian masukkan sayur kailan.
  • Angkat dan ketepikan.

No comments:

Post a Comment