Tuesday, November 15, 2011

Ayam Harmoni Malaysia - Imelda


Bahan-bahan :
  • Dada ayam - 1 bahagian
  • Limau Bali (dipotong kecil-kecil) - 2 hiris
  • Sayur Kailan - 3 batang
  • Lobak (diparut halus) - 1 batang
  • Kentang - 1 biji
  • Lemon - 1 biji
  • Halia - 3 inci
  • Bawang Putih - 1 ulas
  • Kulit Kayu Manis - 3 batang
  • Santan - 1 cawan
  • ‘Thyme’
  • ‘Chives’
  • Sos tiram
  • Perasa Maggi
  • Bunga Roselle (dipotong kecil)
  • Mentega
  • Badam
Cara-cara :
  • Perap ayam bersama sos tiram dan lada.Kemudian, panaskan kuali bersama sedikit minyak dan goreng sehingga sedikit keperangan.
  • Panaskan sebentar kulit kayu manis, bawang putih dan halia, kemudian masukkan air dan santan. Renih bahan tersebutsehingga mendidih dan masukkan ayam.
  • Kemudian tutup dengan kertas ‘baking’ dan tutupkan kuali.
  • Selepas itu, rebuskan kentang dengan sedikit air dan renih perlahan sehingga masak. Keluarkan dan ketepikan.
  • Pada masa yang sama, panaskan kuali dan goreng kacang badam hingga masak dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  • Gaulkan buah limau bali bersama parutan lobak, dan perahkan jus lemon.Perasakan dengan perasa Maggi secukup rasa. Ketepikan.
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan dan tumis bersama sayur kalian sehingga masak.
  • Panaskan kuali dan renih bunga Roselle bersama air dan gula sehingga ia menjadi pekat.
  • Susun ayam bersama bahan-bahan tadi di atas pinggan mengikut kretiviti dan sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment