Tuesday, November 15, 2011

Roti Jala Badam dengan African Stew - Danial


Bahan-bahan :
  • Tomato - 2 biji
  • Telur - 4 biji
  • Bawang Besar (dihiris) - 2 biji
  • Bawang Putih (cincang) - 3 ulas
  • Air - 1 cawan
  • Pati Ayam - 1 kiub
  • Tepung - 2cawan
  • Dada Ayam (dipotong kecil)
  • Kacang Badam
  • Kailan\ Thyme (kering)
  • Cili Kering (dikisar)
Cara-cara Memasak African Stew :
  • Rebuskan dada ayam, bawang besar,bawang putih, thyme kering dan kiub pati ayam. Direbus selama 15 minit.
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumis cili kering sehingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan ke dalam periuk air rebusan ayam bersama tomato yang telah dipotong.
  • Biar selama 15minit dan ketepikan.
Cara-cara Memasak Roti Jala Badam :
  • Masukkan sedikit air ke dalam bekas pengisar, tepung, telur 3 biji dan sebiji telur kuning dan secubit garam. Kisar ke semua bahan-bahan.
  • Selepas itu, masukkan ke dalam acuan dan jalakan di atas kuali.
  • Sebelum roti jala itu masak, taburkan badam yang telah dikisar halus dan kemudian lipatkan.

No comments:

Post a Comment