Tuesday, November 15, 2011

Mousse Ayam Damia - Deena


Bahan-bahan Mousse Ayam :
  • Dada Ayam
  • Telur Putih
  • Krim
  • Bawang Putih
  • Badam (digoreng terlebih dahulu dan ditumbuk)
  • Garam dan Lada Sulah
  • Daun Kailan
Bahan-bahan Sos Lemon Roselle :
  • Jus Lemon
  • Roselle (dicincang kasar)
  • Limau Bali
  • Gula
  • Mentega
  • Garam dan Lada Sulah
Bahan-bahan Tomato Bakar :
  • Tomato ceri
  • Bawang putih
  • Gula
  • Daun Rosemary
  • Garam dan Lada Sulah
Cara-cara Penyediaan Mousse Ayam :
  • Kisarkan dada ayam, telur putih, krim, bawang putih dan badam sehingga ia menjadi ‘mousse’.
  • Gunakan mangkuk kaca sebagai ‘mould’, dan lapik mangkuk dengan ‘cling wrap’.
  • Kemudian susunkan daun kalian dan masukkan ‘mousse’ ayam. Kemaskan ‘cling wrap’ supaya air tidak masuk apabila dikukuskan.
  • Panaskan periuk berisi air, dan kukuskan ‘mousse’ ayam.
Cara-cara Penyediaan Sos Lemon Roselle :
  • Panaskan kuali dan masukkan Roselle dan jus lemon dan kacau sehingga sebati.
  • Masakkan bahan-bahan tersebut sehingga pekat dan kemudian, masukkan mentega.
  • Perasakan dengan gula, garam dan lada sulah.
Cara-cara Penyediaan Tomato Bakar :
  • Cincang bawang putih dan daun rosemary. Perasakan ia bersama gula, garam dan lada sulah.
  • Kemudian, campurkan bahan tersebut bersama tomato ceri.
  • Selepas itu bakar ia didalam ketuhar selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment