Tuesday, November 15, 2011

Ayam Roselle Berpesta Kacang - Raymond


Bahan-bahan Ayam :
  • Ayam bahagian dada
  • Kacang Badam
  • Bunga ‘Roselle’
  • Garam
  • Lada hitam
Bahan-bahan Pesto :
  • Daun Basil
  • Keju Parmesan
  • Kacang Almond/Badam
  • Minyak Neuvida
  • Bawang Putih (1/4)
Bahan-bahan Sos Roselle :
  • Bunga ‘Roselle’
  • Air
  • Madu
Bahan-bahan Hiasan / Salad :
  • Tomato kecil
  • Daun Basil
  • Kacang Badam
  • Keju Parmesan
  • Bunga ‘Roselle’
  • Bunga Kailan
Cara-cara :
  • Gorengkan ayam dengan minyak yang sedikit bersama lada hitam dan sedikit garam.
  • Rebus bunga ‘Roselle’ sehingga menjadi pekat dan ditambah dengan madu.
  • Kacang Badam dipanggang di dalam oven pada suhu 150° selama 5 minit dan kemudian dikisar.
  • Selepas itu, ayam yang telah digoreng tadi disalutkan dengan sos ‘Roselle’ dan kemudian disalutkan juga dengan kacang badam.
  • Kemudian untuk pesto, gilingkan daun basil, keju parmesan, kacang almond/badam, minyak Neuvida dan bawang putih menggunakan batu lesung.
  • Salad diaturkan di dalam pingan dan diletakkan sedikit pesto pada salad kemudian susun ayam yang telah digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment